Hubungan Dir dan Megat menjadi baik semula. Dir masih cintakan Megat seperti dulu. Megat juga akan sentiasa cintakan Dir.
Mereka pun sudah balik ke rumah mereka berdua. Sudah lama mereka tidak pulang ke rumah itu.
"Dir.. Terima kasih sebab percayakan saya." kata Megat. Dia pegang erat kedua-dua belah tangan Dir.
"Sama-sama. Terima kasih kat awak jugak sebab setia dengan saya." kata Dir.
"Dear.. Saya bersyukur sangat ada awak. Saya bersyukur sebab kahwin dengan awak. Hati saya telah buat keputusan yang betul. Perasaan yang saya simpan selama ini sangat bermakna. Terima kasih sebab awak juga simpan perasaan yang sama." luah Megat.
"Ye.. Saya tak sangka awak pun suka saya selama ni. Awak tahu tak saya hampir move on tau sebelum ni." kata Dir sambil tersenyum.
"Ye.. Saya ingat masa yang saya lamar awak hari tu kan?" Megat ketawa.
"Ye." balas Dir.
"Habis tu menjadi tak proses move on tu?" soal Megat sambil ketawa.
"Tak. Jadi kacau bilau." kata Dir.
"Tulah.. Sebab tu awak ada depan saya ni." Megat peluk tubuh Dir.
"I love you, Dir." ucap Megat. Dir mengangguk.
"Megat.. Dah lah tu. Jom kemas rumah. Dah berhabuk rumah ni. Dah lama tak kemas." kata Dir. Kali terakhir mereka dirumah ini adalah sebelum mereka berangkat ke Kedah lebih kurang 3 minggu yang lalu.
"Okay." mereka pun kemas rumah sama-sama.
Beberapa bulan pun berlalu. Mereka pun sudah memulakan kehidupan yang baru.
"Dir.. Pening kepala lagi ke? Nak pergi klinik tak?" soal Megat.
Dir terbaring disofa rumah. Sejak pagi tadi kepalanya terasa pening. Dia sendiri tidak tahu mengapa. Mungkin masuk angin agaknya.
"Pening sikit.." kata Dir.
Tiba-tiba Dir terasa mual. Dia terus ke tandas dan muntah-muntah.
"Uwerk.." Dir muntah.
"Dear awak okay tak ni?" soal Megat. Dia risau lihat Dir muntah-muntah. Dia gosok belakang badan Dir.
"Entahlah tekak ni rasa tak sedap je." kata Dir. Dia pegang lehernya. Badan Dir nampak lemah.
"Kita pergi klinik." kata Megat. Dia takut Dir sakit. Dia nak Dir cepat mendapatkan rawatan. Tidak kisahlah kalau hanya demam atau pening kepala.
"Tak payahlah." kata Dir. Dia picit kepalanya. Dia tidak larat. Dir duduk semula. Muka Dir nampak pucat.
"Uwerk!" Dir terasa mual sekali lagi.
"Dear jangan degil please. Kita pergi klinik okay?" pujuk Megat. Dir mengangguk. Megat pimpin Dir masuk ke dalam keretanya.
Mereka pun ke klinik berhampiran. Mereka tunggu giliran. Apabila nama Dir dipanggil, dia pun masuk ke bilik doktor. Megat tunggu diluar.
"Harap-harap takde apa-apalah." kata hati Megat.
"Err.. Encik Megat?" soal seorang jururawat wanita.
"Ye?" soal Megat.
"Encik kena masuk bilik doktor sekarang. Doktor ada sesuatu nak beritahu." kata jururawat itu.
"Hah?" hati Megat berdebar-debar. Dia pun masuk ke bilik doktor.
"Jemput duduk Encik Megat." kata Doktor Ally.
Megat duduk sebelah Dir. Dia lihat seketika wajah Dir. Dir senyap sahaja. Megat lihat Doktor Ally pula.
"Encik Megat.. Ada sesuatu yang saya perlu beritahu." kata Doktor Ally.
"Apa doktor?" soal Megat.
"Isteri encik.." kata doktor. Megat pandang Dir. Hatinya berdebar.
"Isteri encik hamil 3 minggu. Tahniah." kata Doktor Ally.
"Apa?" Megat terkejut. Dia pandang Dir. Dir mengangguk.
"Alhamdulillah." Megat gembira sangat-sangat. Tiada yang lebih indah daripada ini.
Sepanjang kehamilan Dir, Megat jaga Dir dengan sebaiknya. Megat sedaya upaya menjadi suami yang terbaik. Apa yang diidamkan Dir, Megat tunaikan.
Ibu, ayah serta ahli keluarga lain dimaklumkan dengan berita gembira ini. Cumanya selepas tiga bulan Dir hamil. Seluruh ahli keluarga gembira dan tidak sabar menantikan cahaya mata Dir dan Megat.
Dir berdoa agar proses kehamilannya berjalan lancar. Megat juga sentiasa mendoakan kesihatan isterinya serta anak yang bakal lahir tidak lama lagi.
Share this novel