"Assalamualaikum." ucap Megat semasa kaki melangkah masuk ke rumah.
Dir yang ketika itu sedang menonton televisyen terus bangun dan masuk ke dalam biliknya. Megat mengeluh. Dir masih dingin dan enggan bercakap dengannya.
"Dir.. Kenapa dengan awak ni?" bicara benak Megat. Dia duduk ditempat Dir duduk sebelum ini.
"Baru balik?" soal ibu.
"Ye ibu, sorry tak cakap nak keluar tadi." kata Megat.
"Takpe." kata ibu.
"Ibu.." kata Megat.
"Megat.." mereka bercakap secara serentak.
"Err.. Ibulah cakap dulu." kata Megat.
"Hmm.. Ibu nak tanya pasal Dir. Ada apa-apa yang berlaku ke?" soal ibu.
"Sebenarnya ibu, Megat sendiri pun tak tahu." kata Megat.
"Pasal kes culik tu?" soal ibu.
"Sebenarnya ibu, kami kena culik dengan bekas kekasih Megat. Megat dah putus lama dengan perempuan tu. Dia cemburu dengan hubungan kami jadi dia cuba nak pisahkan kami berdua. Semua yang jadi adalah rancangan dia." kata Megat.
"Oh.." ibu terkejut sedikit.
"Mungkin Dir terkesan daripada peristiwa tu. Megat, kamu pujuklah Dir tu. Mungkin dia dah salah faham pada kamu." kata ibu.
"Baik ibu. Ibu tolong pujuk Dir juga tau." kata Megat.
"Yelah. Ibu nak buat kuih ni untuk makan petang. Megat nak minum air apa-apa tak?" soal ibu.
"Tak. Takpe ibu." kata ibu.
"Okay." ibu terus ke dapur. Ibu membuat kuih cucur udang.
"Dir.. Jom makan." kata ibu sebaik sahaja selesai mengoreng kuih. Dia lihat Dir dibilik.
"Takpelah ibu. Dir tak lapar." kata Dir.
"Dir.. Jomlah makan. Megat pun ada sekali tu." kata ibu. Ibu masuk ke dalam bilik Dir.
"Takpelah ibu. Ibu simpankan untuk Dir. Nanti Dir makan dengan Ira." kata Dir. Ira keluar sebentar untuk mengulangkaji pelajaran dengan rakannya.
"Yelah." kata ibu. Ibu keluar dari bilik Dir dan ke ruang tamu.
"Ibu." tegur Megat. Ibu tersenyum.
"Dir tak makan sekali ke ibu?" soal Megat.
"Dia tak lapar lagi." kata ibu.
"Oh.." Megat tahu Dir bukan tidak lapar tetapi dia tidak suka apabila Megat ada dirumah.
"Makanlah Megat banyak ibu buat ni." tegur ibu apabila melihat Megat yang sedang termenung. Dia tidak menjamah pun cucur udang itu.
"Oh ye." kata Megat.
"Sedap cucur udang ibu buat." kata Megat. Sudah lama dia tidak merasa masakan ibu seperti ini. Maklum sahajalah mamanya jauh di Sarawak. Sekali sekala sahaja dia dapat merasa masakan mama.
Bila teringat pasal mamanya, Megat terus bangun dan mengeluarkan telefonnya. Sudah lama dia tidak menghubungi mamanya.
"Sekejap ye ibu, Megat nak telefon mama." kata Megat.
"Yelah. Jangan lupa kirim salam." pesan ibu.
"Okay ibu." kata Megat. Megat pun menghubungi mamanya. Ibu pula menonton televisyen.
"Assalamualaikum mama." ucap Megat apabila panggilan diangkat.
"Waalaikumsalam Im, mama baru terfikir nak telefon kamu." kata mama. Megat ketawa.
"Macam mana? Im dah okay ke?" soal mama.
"Okay dah mama. Luka pun dah nak hilang." kata Megat. Dia pegang bahunya.
"Oh.. Alhamdulillah. Menantu mama macam mana? Okay?" soal mama.
"Dir okay. Ibu kirim salam ma." Megat mengangguk. Dia tidak mahu menceritakan apa yang terjadi pada hubungannya dan Dir.
"Oh.. Waalaikumsalam. Dir ada tak? Mama nak cakap dengan dia." kata mama.
"Nak cakap dengan Dir? Err.. Jap eh ma." kata Megat. Dia ke bilik Dir.
"Dir.. Mama nak cakap dengan Dir." kata Megat sambil mengetuk pintu bilik Dir. Dir buka pintu dan ambil telefon Megat. Megat tunggu didepan bilik Dir.
Setelah beberapa minit Dir pulangkan semula telefon Megat. Dia tutup pintu biliknya. Megat kembali ke ruang tamu. Megat senyum pada ibu dan dia makan cucur udang itu lagi. Hendak bermanja dengan kesayangan tidak dilayan maka dia makan sahajalah.
Share this novel