Bab 23

Drama Completed 14233

Ring.. Ring.. Telefon Megat berbunyi segera diangkat.

"Assalamulaikum mama." ucap Megat. Mama yang telefon.

"Waalaikumsalam. Tengah buat apa tu?" soal mama Megat.

"Tengah kerja ma. Kat office. Ada apa ma?" kata Megat.

"Ohh.. Lama tak call mama?" soal mama. Mama dan papa tinggal di Sarawak untuk jaga nenek Megat disebelah bapa yang sudah uzur. Sekali sekala Megat ada juga terbang ke sana. Cuma kebiasaannya telefonlah yang menjadi alat penghubung mereka.

"Err.. Sorry ma. Im busy sikit." kata Megat. Dia mengaru kepalanya. Betullah dah lama dia tidak telefon mama.

"Im busy dengan girlfriend?" soal mama. Im adalah panggilan manja Megat dalam keluarganya yang diambil daripada namanya iaitu Muslim.

"Taklah mana ada. Im mana ada girlfriend." kata Megat.

"Hah? Putus dah ke?" soal mama. Sebelum ni Megat ada ada bawa Raisya ke Sarawak. Mama tahu yang Raisya tu teman wanitanya. Cuma dia tak berapa suka dengan pakaian Raisya. Tapi dah putus pula?

"Ye. Takde jodoh ma." kata Megat.

"Haih.. Lambat lagilah mama nak dapat menantu." kata mama. Megat senyap sahaja.

"Im tak nak kahwin ke?" soal mama.

"Nak tapi lambat lagi kot." kata Megat.

"Jangan lambat sangat. Mama teringin nak ada menantu. Nak jaga cucu." kata mama.

"Im muda lagi ma." kata Megat.

"Takdelah muda sangat. Anak pak long tu 20 dah kahwin. Pak ngah, mak su pun merasa dah ada menantu. Mama jelah.." kata mama. Mulalah tu mama.

"Jodoh dorang sampai awal ma." kata Megat.

"Jodoh kena cari Im. Carilah. Cuba tengok pak ngah. Anak dia semua dah kahwin. Pak ngah dah ada cucu 7 orang. Anak dia pun kahwin dengan kawan kerja je.." kata mama.

"Ma.. Pak ngah ada anak dua je ma. Anak dia dah tua pun. Memang patut kena kahwin." Megat bagi alasan.

"Mama tak nak kamu jadi macam mama. Kahwin lambat. Tok dan tokwan tak sempat nak tengok kamu lahir." kata mama dengan nada sedih. Ibu bapa mama meninggal masa sebelum kelahiran Megat lagi. Megat jadi tak keruan.

"Im nak kumpul duit ma. Mama suruhlah Kak Medina kahwin dulu." kata Megat.

"Kakak kamu busy belajar. Kamulah kahwin dulu." kata mama.

"Mama.." kata Megat.

"Haish kamu ni Im kalau mama cakap pasal kahwin. Ada je alasan." kata mama.

"Sorry ma. Nanti kalau jumpa jodoh Im kahwin. Mama tolonglah doakan Im." kata Megat. Dia tak tahu nak kata apa lagi.

"Yelah.. Mama selalu doa untuk anak-anak mama. Okaylah pergilah sambung buat kerja tu. Kerja kerja jugak jangan lupa solat dan makan." pesan mama.

"Ye mama. Insha Allah mama. Assalamulaikum.." kata Megat.

"Waalaikumsalam." jawab mama. Panggilan dimatikan.

"Haish.. Kahwin?" Megat bersandar dikerusinya.

"Siapa nak kahwin dengan aku? Calon pun takde." kata Megat sendirian. Dia geleng kepalanya rasa stress sikit.

Tok.. Tok.. Pintu pejabatnya diketuk.

"Masuk." kata Megat. Pintu pun dibuka.

"Encik Megat, ni fail yang encik minta tadi." kata Iffah. Fail diletakkan dimeja.

"Okay, thank you. Hari ni saya ada apa-apa meeting tak?" soal Megat.

"Takde encik. Minggu depan baru ada." kata Iffah.

"Okay. Awak boleh sambung buat kerja." kata Megat. Iffah pun mengangguk dan keluar dari pejabat Megat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience