Keesokan harinya..
Dir sedang leka menonton televisyen. Lalu Megat menghampiri Dir. Dia duduk bersebelahan dengan Dir.
"Dir.. Saya ada nak benda nak cakap." Megat pandang Dir. Dir menoleh melihat Megat.
Gulp. Dir hati berdebar-debar. Dia dapat rasakan sesuatu yang lain macam ditambah dengan wajah Megat yang nampak serius.
"Cakap apa?" soal Dir. Dia gementar tetapi pura-pura bertenang.
"Sebenarnya.." kata-kata Megat terhenti apabila pintu rumah diketuk.
"Siapa tu?" soal Dir. Megat mengangkat bahu lalu dia ke depan untuk membuka pintu.
"Assalamulaikum che. Mak Dah wak mai pisang dengan cempedak goreng sikit untuk hampa." Mak Dah menghulurkan sebekas pisang dan cempedak goreng.
"Oh.. Mak Dah. Walaikumsalam." kata Megat. Dia tersenyum.
"Terima kasih Mak Dah." ucap Megat. Dia menyambut huluran yang diberi Mak Dah.
"Sama-sama. Makanlah noh." kata Mak Dah.
Megat mengangguk. Mak Dah pun berlalu pergi. Pintu rumah ditutup.
"Siapa yang ketuk awak?" soal Dir.
"Mak Dah.. Dia bagi kuih." Megat letak kuih tersebut diatas meja kopi. Dir pun membuka bekas yang diberi Mak Dah.
"Wah pisang goreng dengan cempedak mesti sedap. Lagi sedap kalau ada milo panas. Awak nak milo tak?" soal Dir. Dia pandang Megat yang berada disebelah.
"Milo? Ada milo ke?" soal Megat. Setahu dia, Mak Dah kata ada kopi 3 in 1 je, milo tidak ada.
"Ada saya ada beli masa singgah kedai runcit semalam." kata Dir.
"Oh.. Bolehlah." kata Megat. Dir berlalu ke dapur untuk membancuh air. Air letak air didalam cerek dan api dapur dihidupkan. Sementara menunggu air masak Dir ke depan semula.
"Megat.. Tadi awak cakap apa?" soal Dir.
Megat yang sedang makan ketika itu hampir sahaja tercekik. Tetapi nasib baiklah tidak disedari Dir.
"Err.. Takde apalah. Lupa nak cakap apa." kata Megat. Dia batalkan niatnya untuk menceritakan hal yang sebenar.
"Lah? Betul ni takde apa?" soal Dir. Dia mahukan kepastian.
"Betul." kata Megat. Dia mengangguk.
Cerek pun berbunyi. Dir ke dapur untuk menutup api dapur. Dia capai dua biji mug. Setiap mug diletakkan air panas dan satu sachet milo bagi setiap cawan. Selesai membancuh dia ke ruang tamu.
"Nah milo." Dir menghulurkan air milo kepada Megat.
"Terima kasih dear." ucap Megat. Dia menghirup milo tersebut.
"Sama-sama." kata Dir sambil tersenyum.
Petang itu, mereka tidak ke mana-mana hanya berehat dirumah sahaja memandangkan cuaca tidak mengizinkan. Hujan renyai-renyai turun membasahi bumi.
Suasana yang nyaman buat Dir rasa selesa sangat. Dia memandang keluar tingkap. Sawah padi yang menghijau kelihatan lebih cantik apabila waktu hujan. Dir tersenyum sendiri. Dia rasa gembira.
Share this novel