"Hello Dir kau dah siap?" Iffah telefon Dir.
"Dah." balas Dir.
"Okay kau tunggu kat luar. Aku nak keluar dah." kata Iffah.
"Okay." Dir simpan telefonnya didalam beg.
"Pergi dulu ibu, ayah. Nak tunggu kat luar." kata Dir. Ayah mengangguk.
"Balik awal." pesan ibu.
"Okay." balas Dir. Dir pun keluar dari rumah setelah minta izin dan bersalaman dengan ibu dan ayahnya.
Tin.. Tin.. Bunyi hon kereta Iffah. Dir terus masuk ke dalam kereta Iffah.
"Amboi glamnya." puji Dir kepada Iffah.
"Mestilah. Eh? Dir kau tak make up?" soal Iffah. Dia tenung muka Dir.
"Aku mana reti make up." kata Dir. Dia sukakan gaya ringkas. Dia cuma pakai bedak tabur dan lip balm sahaja.
"Alah.. Alah. Meh sini aku make up kan. Nape tak cakap?" kata Iffah. Dia buka lampu dan terus memberi solekkan kepada Dir. Solekkan yang jenis natural look.
"Razzle dazzle. Cantiknya kawan aku." kata Iffah.
"Thanks." ucap Dir. Iffah mengangguk. Mereka pun menuju ke hotel yang di Kuala Lumpur. Setelah sampai mereka terus menuju ke lobby hotel.
"Alah! Dir kau tunggu sini jap. Aku lupa ambik handphone. Ada dalam kereta." kata Iffah. Dia memeriksa tas tangannya.
"Okay.." balas Dir. Iffah pun berjalan ke parkir kereta semula.
Dir tunggu di lobby hotel bersendirian.
"Raisya. I wanna ask you something. Who is Farid to you?" soal seorang lelaki kepada temannya.
"Farid? None of your business." kata Raisya.
"What do you mean? I'm your bf. Apa hubungan you dengan dia? Kenapa you macam rapat dengan dia?" soal lelaki itu.
Raisya senyap.
"Raisya?" panggil lelaki itu.
"You know what actually I dah muak dengan you. I tak suka you. I lagi suka Farid. Dia lagi caring dari you. You asyik busy dengan kerja. Dan paling penting you miskin. I lagi happy dengan Farid." kata Raisya. Dia kelihatan sangat materialistik.
"You know what, I pun benci you. Bitch." kata lelaki itu.
Raisya tampar pipi lelaki itu. "Kita putus." Raisya terus meninggalkan lelaki itu.
Dir yang ada lobby telah menyaksikan kejadian itu. Lelaki itu terpandang ke arah Dir. Dir mengalihkan pandangan dengan cepat. Lelaki itu menghampiri Dir.
"Nampak ke tadi?" soal lelaki itu kepada Dir. Dia terasa malu.
Dir mengangguk jujur.
"First time nampak lelaki kena dump dengan perempuan depan mata?" soal lelaki itu.
Dir mengangkat bahu.
"Wait the minute.. You Dir kan?" soal lelaki itu.
Dir tenung wajah lelaki itu.
"Ya Allah.." Dir terkejut. Lelaki ini.. lelaki inilah yang Dir asyik teringat semenjak dua ini. Kebetulan sangat ni.
"Tak sangka boleh jumpa sini." kata Megat.
"Buat apa kat sini?" soal Megat.
Dir tidak tahu pula si Megat ni bertukar menjadi seorang yang peramah. Dulu bukan Megat tak suka kat Dir? Yelah asyik nak perli je. Lepastu mereka mana ada pernah berbual pun. Sekarang macam jumpa kawan lama pula. Lain betul ni. Mungkin Megat yang dewasa ni lebih matang kot.
"Nak pergi dinner company tempat kerja kawan." balas Dir.
"Company mana?" soal Megat. Menyibuk betul Megat ni.
"Err.. Syarikat Star Diamond." kata Dir.
"Kebetulan? Siapa kawan awak tu?" soal Megat.
"Iffah?" kata Dir. Dia terasa janggal.
"Iffah? Iffah Fatini?" soal Megat. Megat kerja disyarikat yang sama. Dia datang ke dinner yang sama dengan Dir.
Dir mengangguk. Dia terasa pelik.
"Oh.. Jadi awak plus one dia?" soal Megat.
"Ye." jawab Dir.
"Boleh minta tolong tak?" soal Megat.
"Err.. Tolong apa?" soal Dir. Dia rasa pelik pula, tiba-tiba sahaja Megat hendak meminta pertolongan.
"Be my plus one?" kata Megat.
"Hah?" Dir terkejut beruk.
"Peliknya tiba-tiba nak jadi plus one dia. Dia tak tahu yang dia tu Megat. Megat Muslim ex crush aku dulu-dulu." kata hati Dir.
"Tak boleh. Saya datang dengan Iffah. Dah janji." kata Dir.
"Please.." pinta Megat.
Dir senyap. Dia jadi tidak tentu arah. Rasa nak menyorok dalam longkang sahaja. Kenapalah dia boleh jumpa Megat kat sini? Nasib baik jumpa masa dia tengah cantik. Tapi..
"Tolonglah saya bos Iffah. Wajib bawa plus one. Tak kesian ke? Dah la baru kena tinggal. Semua orang tahu saya datang dengan someone hari ni. Malulah saya nanti." kata Megat.
"Iffah macam mana?" soal Dir.
"Takpe Iffah staf biasa. Okay je takde plus one. Lagipun awak dah nampak tadi. Aib saya." kata Megat.
"Saya takkan cerita kat orang pasal tu." kata Dir.
"Boleh percaya ke awak tak sebarkan gosip ni? Awak dah lah kawan Iffah." kata Megat.
"Haih dia ni macam tak kenal aku je?" bisik Dir.
"Saya tak suka gosip." kata Dir.
"Awak kena buktikan." kata Megat.
"Buktikan?" soal Dir. Dir kebingungan.
"Ye buktikan awak takkan sebarkan dengan menjadi my plus one." kata Megat.
"Hah?" Dir rasa tidak selesa apabila dipaksa.
"Takpelah." kata Dir. Dia terlihat Iffah dari jauh lalu dia menghampiri Iffah tetapi Megat yang terlebih dahulu berjumpa dengan Iffah. Langkah Dir terhenti.
"Iffah, boleh saya ambil your plus one?" soal Megat.
"My plus one?" soal Iffah. Dia kebingungan.
"Yes, her." Megat menunjuk ke arah Dir.
"Kenapa Encik Megat? Encik Megat kenal Dir ke?" soal Iffah. Dia terasa pelik dengan bosnya.
"Ye dah kenal lama. She's my.. Um. Saya takde plus one jadi saya nak jadikan dia my plus one. Awak tahukan saya wajib bawa my plus one. Remember I'm your bos." kata Megat. Terpaksa jadi diktator.
"Err.. tapi Dir okay ke?" soal Iffah. Rasa serba salah pula sebab dia yang ajak Dir. Dia pun rasa pelik juga. Setahu dia Encik Megat sudah ada teman wanita iaitu Cik Raisya. Kenapa tak bawa yang tu je? Dah putus ke?
"Err.. Awak tolong pujuk dia." kata Megat.
Tiba-tiba mereka melihat Raisya berjalan beriringan dengan Farid. Iffah sudah dapat meneka apa yang terjadi.
"Okaylah kalau macam tu." Iffah terpaksa bersetuju.
Iffah menghampiri Dir.
"Dir.. Boleh kau jadi plus one Encik Megat?" kata Iffah.
"Hah? Tapi.." balas Dir. Iffah tahu Dir tidak berapa setuju.
"Please.. Encik Megat tu bos aku. Please. Please. Kau kenalkan Encik Megat tu?" minta Iffah sambil merapatkan tapak tangannya.
"Ala.." balas Dir.
"Please..." pinta Iffah.
"Yelah." kata Dir. Dia kesian pada Iffah apabila Iffah merayu seperti itu. Megat menghampiri mereka.
"Nah, plus one Encik Megat." Iffah tolak Dir. Dir mengecilkan bola matanya kepada Iffah. Iffah mengangguk sambil membisik perkataan "Please."
"Iffah ni?" getus hati Dir. Dia rasa tidak berpuas hati sikit bila dipass-pass untuk dijadikan plus one. Tetapi memandang Iffah tu kawan dia dan Megat dalam keadaan terdesak. Dia terpaksa biarkan sahaja.
"Thanks." kata Megat.
Mereka pun naik lif dan tiba diluar dewan. Mereka menunggu diluar sebelum masuk.
Share this novel