Bab 49

Drama Completed 14233

Hari ini Megat akan jelaskan semuanya kepada Dir. Ada rahsia yang perlu diberitahu.

"Sebenarnya Dir saya dah miskin." kata Megat.

"Hah?" soal Dir.

"Saya dah berhenti kerja Dir." kata Megat. Patutlah lama diorang kat Kedah. Rupanya Megat tak kerja dah.

"Kenapa awak berhenti kerja?" soal Dir.

"Saya difitnah Dir. Ada orang fitnah saya kononnya saya pecah amanah dan makan duit syarikat." kata Megat.

"Apa? Betul ke?" soal Dir. Dia terkejut.

"Ye tp saya tak buat semua tu. Saya tahu halal, haram. Ada orang perangkap saya. Datuk bagi pilihan untuk saya sama ada mengaku dan bagi ganti rugi atau berhenti kerja. Saya pilih berhenti sebab buat apa saya nak mengaku benda yang saya tak buat. Datuk tahu saya kena fitnah tapi kami tak tahu dalangnya. Datuk dan Isaac akan siasat benda ni. Kalau betul terbukti saya tak salah. Insha Allah saya boleh kerja sana balik." kata Megat

"Ohh.. Jadi kita datang sini sebab tulah? Awak nak tenangkan fikiran kat sini." kata Dir

"Yup tapi sebenarnya bukan sebab tu je." kata Megat.

"Habis tu sebab apa? Awak dah jumpa kerja lebih baik kat sini ke?" soal Dir.

"Bukan sebenarnya kita tengah lari." kata Megat.

"Hah? Lari? Lari dari apa?" soal Dir. Dia tak sedap hati.

"Along." kata Megat. Dia menunduk.

"Apa? Along? Awak pinjam along?" soal Dir. Dia terkejut sangat.

"Tak.. Saya kena jadi penjamin entah siapa pun saya tak tahu." kata Megat.

"Boleh ke jadi macam tu? Macam mana boleh jadi macam tu?" soal Dir

"Haih.. Saya tak tahu. Malangkan nasib saya?" kata Megat. Fikirannya runsing.

"Tak baik cakap macam tu. Banyak ke orang tu pinjam?" soal Dir.

"Banyak RM 30 ribu. Saya takde duit sebanyak tu. Balik sini sebab nak lari sementara minta tolong kawan saya siasat siapa puncanya. Tapi mungkin saya kenal orang tu." balas Megat.

"Awak tak report polis ke?" soal Dir.

"Report polis? Report macam mana? How? Saya pun tak tahu pasal ni. Takkan saya nak.. Hello polis saya kena kejar along sebab ada orang hutang dengan along?" kata Megat.

"Hmm.. Kesiannya awak." Dir rasa simpati pada Megat. Dia pun tak tahu macam mana nak tolong Megat.

"Yup. Kesian, kesian." Megat mengangguk.

"Saya takde duit nak bagi. Ada pun sikit je. Tak cukup." kata Dir.

"Takpe saya tengah nak settle ni. Don't worry okay?" kata Megat. Dia senyum kelat pada Dir.

"Sorry tak dapat tolong.." kata Dir.

"It's okay dear." kata Megat.

"Jap. Jadi kita lari hari tu sebab along ke?" soal Dir. Dia rasa mengelabah.

"Saya tak pasti. Cuma orang tu asyik pandang saya. Tu yang saya ajak awak lari." kata Megat.

"Ohh.. Nasib baik." kata Dir.

"Tapikan.. kenapa awak bawa saya sekali eh? Tak bahaya ke?" soal Dir. Dia rasa takut.

"Dir.. Awak orang yang paling saya sayang. Saya nak awak ada disisi saya walau ke mana pun saya pergi." kata Megat. Dir mengangguk.

"Ye saya pun akan menemani setiap langkah awak." kata Dir. Megat tersenyum dan dia peluk Dir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience