Bab 46

Drama Completed 14233

"Awak.. Saya tak puas hatilah." kata Dir. Fikirannya masih lagi memikirkan tentang hal petang tadi.

Dir bersila dikatil. Megat sudah pun baring.

"Kenapa? Tak puas hati apa?" soal Megat. Dia kebingungan.

"Petang tadi, awak nak cakap pasal apa sebenarnya?" soal Dir. Dia memandang tepat ke arah Megat.

Megat kelihatan mengeluh sedikit.

"Sebenarnya..." kata-kata Megat tergantung.

Grung...

"Mak.." jerit Dir. Dia terkejut apabila lampu tiba-tiba terpadam.

Bunyi guruh bergentum. Hujan pada malam ni lebih lebat daripada petang tadi.

"Ha.. Saya takut." kata Dir. Tangannya memaut lengan Megat yang sedang duduk.

"Awak takut gelap?" soal Megat. Dia tersenyum senget.

"Tak.. cuma terkejut." kata Dir. Dia melepaskan tangan Megat.

Tok.. Tok..

"Assalamulaikum.." ada seseorang memberi salam diluar rumah.

"Ha.. Siapa tu?" soal Dir. Dia berasa takut. Dia tarik baju Megat.

Megat bangun untuk membuka pintu. Dia membuka lampu dari telefon bimbitnya.

"Nak pergi mana tu?" soal Dir.

"Nak buka pintu. Kan ada orang ketuk tu." kata Megat sambil tersenyum. Penakut rupanya Dir ni.

"Awak ni.." kata Dir.

Megat tetap ke depan dan membuka pintu.

"Mak Dah. Waalaikumsalam." kata Megat apabila melihat Mak Dah didepan pintu. Mak Dah memakai baju hujan dan memegang sekaki payung.

"Hujan lebat habis api semua terpadam. Hampa okay dak?" soal Mak Dah. Dia risaukan keadaan Megat dan Dir. Mereka sudahlah dari bandar mesti belum dapat sesuai diri dengan suasana kampung. Sebagai jiran dia perlu mengambil berat.

"Okay. Cuma tulah gelap." kata Megat. Dir berdiri dibelakang Megat. Dir memegang keychainnya yang mempunyai lampu.

"Ni Mak Dah mai nak habaq, gurih dengan lilin ada kat dapoq. Mak Dah ada letak kat situ hari tu sebab kampung ni memang biasa api terpadam. Hampa gunalah. Pasai kadang kalau jadi lagu ni lama jugak. Tulah takkan hampa nak dok dalam gelap ja." kata Mak Dah.

"Oh. Terima kasih Mak Dah." kata Dir.

"Sama-sama. Takpa la noh. Mak Dah balik dulu." kata Mak Dah. Dia pun pulang ke rumahnya.

Megat pun ke dapur untuk mengambil lilin. Dir ikut dibelakang. Mereka cari lilin dan mancis dikabinet dapur.

"Ni lilin dengan mancis." kata Dir. Dia berikan lilin dan mancis itu kepada Megat.

Megat menyalakan dua batang lilin. Sebatang lilin diletakkan ditin kosong dan diletakkan diruang tamu. Sebatang lagi dia bawa masuk ke dalam bilik. Dir masuk sekali.

"Gelapnya." kata Dir.

"Tidur jelah." kata Megat. Dia baring dikatil. Gelap-gelap macam ni nak buat apa lagi? Tidur sajalah.

Dir terasa sunyi. Dia duduk dikatil. Dia belum mengantuk lagi.

"Awak dah tidur ke?" soal Dir.

"Hmm.." balas Megat.

"Alah janganlah tidur lagi. Sembanglah dengan saya." kata Dir. Megat senyap.

"Megat.. Awal lagi. Tak kan nak tidur dah?" kata Dir.

"Megat?" panggil Dir. Megat masih senyap. Seriuslah Megat dah tidur? Dir pandang muka Megat. Dia cuit kening Megat.

"Dear.." kata Megat.

"Ingatkan dah tidur." kata Dir. Dia tersenyum.

"Macam mana nak tidur kalau bising?" soal Megat.

"Saya bosan." kata Dir.

"Bosan?" kata Megat. Megat bangun dan bersila. Dia juga rapatkan dirinya kepada Dir dan kepala Dir diletakkan ke dadanya. Dir terkejut.

"Err.. Megat.." kata Dir terketar-ketar. Terkejut dengan tindakan Megat.

"Tadi kata bosan? Dengarlah degupan jantung saya. Mesti tak bosan." kata Megat. Dia ketawa. Dir mendongakkan kepala ke atas dan terkena dagu Megat. Gigi Megat berlaga.

"Aduh." kata Megat.

"Padan muka." kata Dir. Megat peluk kepala Dir dengan kuat.

"Megat!" kata Dir. Dia cubit Megat. Megat melepaskan pelukkannya. Dir baring dikatil dan berpaling ke arah lain. Dia juga jarakkan dirinya dengan Megat.

"Alamak dear merajuk ke?" kata Megat. Dia peluk Dir dari belakang dan mengucup ubun-ubun Dir. Dir tersentak. Tapi dia rasa selesa berada didalam pelukan Megat.

"Megat.." kata Dir. Dia gementar. Dia tarik tangan Megat.

"Shuh.. Dah jangan bising. Tidur cepat." bisik Megat ditelinga Dir. Tangannya menepuk tangan Dir seolah-olah mendodoi Dir untuk tidur.

Jantung Dir berdegup kencang. Dia cuba pejamkan matanya. Dia mahu meredakan cemas didadanya. Setelah itu, mereka berdua pun tertidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience