Malam ni Dir masuk tidur awal. Tetapi dia tak tidur pun. Baring-baring kat katil je sambil main telefon. Sambil tu dia sambung berangan.
"Megat-megat awak hidup lagi tak?" soal Dir sendirian. Rasa macam rindu pula pada Megat.
Dia buka laman muka buku. Nama Megat ditaip pada bahagian carian.
"Ni kot." kata Dir. Dia tekan profil yang paling atas. Profil itu dibelek.
"Betullah ni." kata Dir. Dia lihat gambar Megat. Dir mulakan aktivitinya sebagai stalker Megat. Kerjaya yang sangat tidak bertauliah.
"Dah putus ke?" soal Dir. Dia tengok tiada satu pun gambar Yasmin. Ada gambar awek baru tapi tak bertudung dan agak seksi sikit.
"Wah lain macam taste sekarang?" kata Dir.
"Hmm.." Dir mengeluh. Fikirannya kembali ke masa lalu.
"Nak bercinta pun janganlah depan pintu." kata Megat kepada Dir dan Aiman yang ketika itu sedang berbual.
"Eh?" Dir terkejut dengan kata-kata Megat.
"Boleh dia kata macam tu?" Dir rasa tidak puas hati.
"Bukan aku diri tengah jalan pun. Nak lalu, lalu jelah. Buat apa nak perli?" fikir Dir.
"Bila masa pulak aku bercinta dengan Aiman?" fikir Dir lagi.
Sebenarnya Dir tiada kenangan manis pun dengan Megat. Semuanya kenangan pahit.
Kenangan pahit bersama Megat episod kedua..
"Okay.. Cikgu nak kamu siapkan kerja ni. Make sure hantar hari ni. Siapa nak jadi volunteer untuk kutip dan hantar buku?" soal Cikgu Fatimah, cikgu subjek Kimia.
"Dir cikgu." kata Megat. Dir menoleh sekejap ke arah Megat. Megat buat muka blur.
"Apalah nak sebut-sebut nama aku." fikir Dir.
Sejak Dir bagitahu Anne yang dia suka Megat. Megat asyik nak menyakat Dir je. Hal ini buat Dir rasa lain macam.
"Saje je buat aku perasan." kata Dir.
Kenangan pahit episod ketiga..
"Untuk next lesson teacher nak kamu semua present. Teacher nak dalam pasangan. Lelaki dan perempuan." kata Teacher Hajar, cikgu subjek Biologi.
"Ala.." kata beberapa orang pelajar.
"Teacher pilih atau kami yang pilih?" soal Nana.
"Hm.." fikir Teacher Hajar.
"Biar kami yang pilih teacher. Saya cadangkan Dir dengan Megat." kata Irfan, rakan semeja dengan Megat.
"Tak nak aku." kata Megat. Dia buat muka.
Dir terkejut. "Buang tabiat ke Irfan ni? Awek dia tu nak campak mana? Megat ni pun satu ingat aku nak sangat ke?" bentak Dir didalam hati. Dir mengeleng.
"Biar teacher je tentukan." kata Wardah.
"Bu.." kata Zarif.
"Ye, teacher yang akan tentukan." kata Teacher Hajar.
Nasib baik Dir berpasangan dengan Irfan. Dia tak nak berpasangan dengan Megat. Dia suka tapi benci. Manakala Anne berpasangan crushnya iaitu Azam. Eyy, berjodoh dua orang ni. Seperti biasa Megat berpasangan dengan kekasihnya itu.
"Sorry Dir, aku nak kau jadi partner Megat. Tapi aku pulak yang jadi partner kau." kata Irfan. Mereka berada diperpustakaan untuk berbincang.
"Merepeklah. Aku nak dengan kau je." marah Dir. Dia buat muka. Geram pula dengan si Irfan ni. Tak faham dia kenapa Irfan cakap macam tu.
"Seriuslah Dir?" Irfan terkejut.
"Aku gurau jelah. Cepatlah salin ni." kata Dir. Masam sahaja mukanya. Irfan mengangguk.
Setelah selesai membuat pembentangan secara berpasangan, Teacher Hajar meminta membuat pembentangan secara kumpulan pula. Pasangan yang ditentukan sebelum ini digabung menjadi kumpulan. Kumpulan Dir terdiri daripada Irfan iaitu pasanganya, pasangan Megat dan pasangan Anne.
Mereka membuat perbincangan secara berkumpulan.
"Megat tolong tulis kat kertas manjung. Tulisan kau cantikkan?" kata Irfan. Megat mengangguk.
Setelah selesai membuat peta minda. Megat tulis nama ahli kumpulannya. Mula-mula dia tulis namanya sendiri, nama Yasmin, nama Irfan.
"Full name kau?" soal Megat kepada Dir.
"Nur Herny Hadirah binti Muhammad Zain." kata Dir.
"Apa?" kata Megat. Dir memberi bukunya kepada Megat.
"Compilcated nya nama. Dah la panjang." kata Megat. Setelah itu dia bertanya dan menulis nama penuh Anne dan Azam.
Begitulah hari-hari Dir disekolah. Hubungannya dengan Megat tidak begitu baik.
Kenangan pahit bersama Megat episod lima..
"Cepatlah sikit. Lambatnya." tegur Megat kepada Dir yang sedang membuka pintu kelas.
Selalunya kunci pintu kelas dipegang oleh ketua dan penolong kelas. Tapi hari ni kedua-dua orang itu tidak hadir. Jadi Dir lah yang bertanggungjawab untuk mengambil kunci dibilik guru kebetulan hari ni dia datang awal. Kunci tu Dir yang pegang.
Dir hanya buat bodoh dengan kata-kata Megat. Perkara yang berlaku buat Dir rasa menyampah dengan sikap Megat. Tetapi semakin kuat rasa benci itu, semakin kuat ingatan Dir kepada Megat. Dir fikir mungkin dia takkan berjodoh dengan Megat.
Tetapi pernah satu hari tu ada majlis khatam Al-Quran disekolah. Boleh pulak Dir sedondon dengan Megat. Kedua-duanya pakai baju warna yang sama iaitu warna merah jambu.
"Weh baju kau sedondon lah dengan Mickey. Ada jodoh macam pinang dibelah dua." usik Anne. Mickey tu nama samaran Megat yang dicipta oleh Anne sendiri.
"Kebetulan. Lagipun ramai je orang pakai baju pink. Takkan lah semua tu jodoh aku." kata Dir. Dia tidak mahu berharap sangat.
"Ish kau ni." balas Anne.
Masa SPM pun boleh pula Megat duduk sebaris dengan Dir. Dia duduk betul-betul depan Dir. Kebetulan yang sangat membuatkan Dir bagai nak pengsan. Tetapi Dir rasa macam teruja pula. Sepanjang SPM dia lihat Megat dari belakang. Bolehlah dia usha lama-lama sebab lepas ni belum tentu jumpa lagi dah.
"Haih.." Dir mengeluh. Fikiran Dir kembali ke masa kini. Dia rasa kesian pula pada diri sendiri. Selama ni dia sahaja yang mengharap.
"Aku kena move on." kata Dir. Dia tak nak ingat Megat lagi. Dia mahu berhenti berharap. Setelah itu, dia pun tidur.
Share this novel