Bab 33

Drama Completed 14234

"Ibu, ayah, angah ada benda nak cakap." kata Ira. Dir sekeluarga sedang makan malam ketika ini. Hidangan makan malam hari ni Dir yang masak ada ayam masak cili kering, kangkung goreng belacan dan telur dadar.

"Angah nak cakap apa?" soal ayah.

"Ha Dir apa benda?" soal ibu.

"Cakaplah angah." bisik Ira disebelah. Dia tolak kaki Dir dengan kakinya. Mereka sedang makan dimeja makan.

"Err.." Dir tergagap.

"Kenapa Dir? Ada masalah?" soal ibu.

"Bukan.." kata Dir.

"Habis tu?" soal ibu.

Dir berdebar-debar. Dia malu campur takut. Takut dengan reaksi ayah dan ibu.

"Err.." Dir berpeluh.

"Cakaplah angah." kata Ira.

"Sebenarnya.. Err.." Dir menelan air liur.

"Sebenarnya?" soal ibu.

"Haish.. Sebenarnya ibu, ayah. Angah nak kahwin." kata Ira. Dir tersentak.

"Apa? Nak kahwin?" serentak ibu dan ayah.

"Err.. Ye.." kata Dir. Dia malu.

"Dengan siapa?" soal ibu.

"Dengan pakwe angah." kata Ira. Dir malu jadi biar Ira yang cakap.

"Pakwe?" kata ayah. Dir menunduk.

"Sejak bila angah ada pakwe?" soal ibu.

"Baru je." kata Ira.

"Ira.. Ibu tanya angah kan." kata ibu.

"Ira tolong jawab untuk angah je." kata Ira.

"Dir?" panggil ibu. Dir hanya senyap dari tadi.

"Sebenarnya ibu, ayah. Dir dah lama kenal kawan angah tu. Nama dia Megat. Baru-baru ni Dir jumpa dia. Lepas tu dia ajak kahwin." kata Dir perlahan.

"Angah suka dia?" soal ayah. Dir mengangguk.

"Dir dah ready nak kahwin?" soal ibu.

"Err.." Dir mengangkat bahu.

"Budak tu serius ke dengan Dir?" soal ibu.

"Ye.. Dia nak jumpa ibu dan ayah." kata Dir.

"Hmm.. Kalau dia serius angah bawa dia datang rumah nanti biar ayah tengok dulu." kata ayah.

"Baik ayah." Dir mengangguk.

"Dah makan semua." kata ayah. Kami pun sambung makan semula.

"Patutlah angah masak ada sebab rupanya." kata ibu. Dir tersenyum malu.

Beberapa hari kemudian Dir pun bawa Megat untuk jumpa keluarganya.

"Megat.. Awak dah ready ke nak jumpa family saya?" soal Dir.

"Untuk awak saya sentiasa ready Dir." kata Megat.

"Okay. Good luck." kata Dir. Mereka pun masuk ke dalam rumah Dir.

"Assalamulaikum pak cik.. mak cik.." sapa Megat. Dia tersenyum. Megat bersalaman dengan ayah Dir.

"Waalaikumsalam. Megat ye?" kata ayah.

"Ye, saya Megat." kata Megat.

"Dah lama kenal Dir?" soal ayah.

"Kenal masa sekolah pak cik." kata Megat. Dia berdebar.

"Angah pergi buat air." kata ibu.

Dir mengangguk. Dia pun ke dapur. Dir membancuh air ribena. Ayah, ibu dan Megat berbual diruang tamu.

"Okay ke angah?" soal Ira yang baru datang ke dapur. Dia tak pergi pun ke ruang tamu. Ibu dah pesan pada Ira agar jangan muncul masa Megat datang. Tahulah Ira tu macam mana.

"Entahlah. Okay kot." kata Dir.

"Ira rasa okay je. Mesti lepas punya. Abang Megat pun nampak bijak je." kata Ira sambil makan buah epal.

"Harapnya lah." kata Dir.

"Air ni bancuh saje-saje je ke?" soal Ira. Dia tengok air yang dibancuh Dir.

"Taklah untuk tetamu." kata Dir.

"So tunggu apa lagi? Pergilah bawa gi sana." soal Ira.

"Okay." kata Dir. Dia pun bawa ke ruang tamu.

"Jadi kamu memang serius nak kahwin dengan anak pak cik?" soal ayah. Dir curi-curi dengar.

"Ye pak cik. Saya serius nak kahwin dengan anak pak cik, mak cik. Saya nak jadikan Dir isteri saya yang sah." kata Megat. Ayah dan ibu mengangguk.

"Dir.." kata ayah. Dia tersipu malu tertangkap pula. Dir pun letak air dimeja kopi.

"Jemput minum.. Ayah, ibu, Megat." kata Dir sopan-sopan. Dia duduk sebelah ibu.

"Minumlah Megat." kata ibu. Megat mengangguk.

"Dir.. Kamu setuju nak kahwin dengan Megat? Betul kamu suka dia?" soal ayah.

Dir jadi malu. Tetapi tetap juga mengangguk. "Ye ayah." kata Dir sambil menunduk.

"Kalau macam tu.. Cukup bulan Megat bawa keluarga Megat jumpa kami. Kita sembang pasal hal yang seterusnya." kata ayah.

"Baik pak cik. Terima kasih pak cik, mak cik." kata Megat. Dia gembira.

Mereka pun makan makanan yan disediakan Dir sendiri iaitu spagetthi carbonara, ayam goreng tepung dan agar-agar buah. Setelah selesai makan Megat pun pulang ke rumahnya.

"Terima kasih dear. I love you." Megat menghantar mesej suara kepada Dir. Hati Dir berbunga-bunga.

Dir hanya menaip. 'Sama-sama' disertai emoji love. Dia malu. Tetapi dia rasa gembira sangat hari ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience