Bab 56

Drama Completed 14233

"Woi bangun." kaki Dir disepak seorang lelaki.

Dir perlahan-lahan membuka matanya. Kepalanya terasa berpinar. Dia tak nampak apa-apa. Matanya telah ditutup dengan kain hitam. Kaki dan tangannya tidak dapat digerakkan.

Dir meronta-ronta untuk melepaskan diri. Usahanya hanya sia-sia kerana tangannya digari. Manakala kakinya dibalut dengan pita pelekat dari buku lali sehingga peha. Dia langsung tidak dapat mengerakkan kakinya.

"Tolong.." jerit Dir sekuat hati kerana mulutnya tidak tertutup. Dia pelik kenapa dia jadi macam ni. Mana Megat? Apa yang dah jadi ni?

Pang.. Pipi Dir ditampar dengan kuat. Pipinya terasa pijar. Dir menangis. Dia takut.

"Nak jerit? Jeritlah lagi." kata seorang perempuan. Tudung Dir ditarik dari belakang.

"Kau jerit pun tak ada orang dengar. Bodoh!" perempuan itu menolak kepala Dir.

"Tolong.. Lepaskan saya. Saya merayu. Kenapa ni? Mana Megat. Apa yang jadi pada dia?" pinta Dir. Dia menangis.

"Apa? Aku tak dengar." kata perempuan itu.

"Tolong lepaskan saya. Saya nak jumpa Megat. Mana dia?" kata Dir.

"Hah! Jangan harap kau dapat jumpa dia." kata perempuan itu.

"Tolong saya. Kenapa buat saya macam ni?" soal Dir. Suaranya terketar-ketar. Dia takut sangat.

"Kenapa? Kau tanya aku kenapa? Hahaha." kata perempuan itu.

"Korang jaga perempuan ni. Jangan sampai dia terlepas." arah perempuan itu. Dia meninggalkan tempat itu.

"Encik tolong lepaskan saya. Kenapa ni? Mana suami saya?" rayu Dir.

"Haha.. First time orang panggil aku encik. Tapi sorrylah aku takkan lepaskan kau. Suami kau takde kat sini." kata Haze bukan nama sebenar.

"Kenapa korang culik saya? Apa salah saya?" soal Dir. Dia takut. Dia nak balik.

"Entah. Aku pun tak tahu. Aku cuma ikut arahan je." balas Haze.

"Arahan siapa?" soal Dir. Kenapa tiba-tiba sahaja mereka culik Dir? Apa motif mereka? Dir bukannya orang kaya pun. Lagipun yang pasal Megat tu apa? Mana dia? Adakah Dir telah ditipu?

"Rahsia." balas Haze.

"Korang along ke?" soal Dir. Dia dapat rasakan yang mereka adalah along yang Megat pernah katakan sebelum ini.

"Along?" Haze ketawa.

"Kenapa ketawa? Suami saya mana?" soal Dir. Takut memang takut tapi dia tetap nak tahu juga.

"Baik kau diam sebelum perempuan gila tadi seksa kau." kata Haze. Dir senyap.

"Saya kat mana?" soal Dir. Tiada balasan.

"Kenapa culik saya? Saya nak jumpa suami saya. Tolonglah." soal Dir lagi.

"Kau boleh senyap tak? Tak wujud pun pasal suami kau tu." bisik Haze ditelinga Dir. Darah Dir berderau laju. Dia takut dirinya diapa-apakan apabila lelaki itu terlalu dekat sangat dengannya.

Lelaki itu ketawa. Dir senyap dan tutup rapat mulutnya. Dia tidak lagi bersuara. Dia takut. Betullah dia kena tipu. Dir menyesal kerana percaya pada orang yang salah.

"Ya Allah tolonglah hambamu ni.." kata Dir didalam hati.

"Megat.. Tolong saya.. Tolong cari saya.." kata hati Dir. Airmatanya mengalir.

"Ibu, ayah.. Tolong Dir.. Dir takut.." Dir teresak-esak menangis. Wajah Megat dan ahli keluarga terbayang-bayang dikotak fikiranya. Dir takut tidak dapat berjumpa mereka lagi.

Lelaki tu hanya melihat Dir. Dia duduk dikerusi yang ada disitu. Tugas untuk menjaga dan memerhatikan Dir.

"Kan bagus senyap macam ni. Jangan nak bising." kata Haze.

Selama seharian Dir dibiarkan kelaparan tanpa makanan dan minuman. Dia rasa lapar dan sangat dahaga. Dirinya mula terasa lemah. Apabila dia rasa tak larat dia hanya mampu tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience