Bab 70

Drama Completed 14233

Sembilan bulan berlalu dan Dir selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Aira Amalin. Bayi tersebut sangat comel. Matanya seperti Megat dan bibirnya cantik seperti bibir Dir.

"Dear.." Megat membuka pintu bilik Dir. Dia duduk dikatil sebelah anaknya dan Dir yang sedang berehat. Dir sedang berpantang ketika ini. Dahi Dir dikucup Megat. Dir tersenyum.

"Hi baby girl, anak daddy." Megat mencuit pipi anaknya yang berada ditengah katil.

"Megat.. Janganlah. Baby baru je tidur." kata Dir dengan lembut. Dia alihkan tangan Megat. Megat pegang tangan Dir.

"Dear.." panggil Megat.

"Ye?" balas Dir.

"I love you." ucap Megat. Dir tersenyum manis. Senyuman Dir yang sentiasa buat Megat cair.

"Dear.." panggil Megat lagi.

"Ye?" balas Dir.

"Do you love me?" soal Megat. Dir tersenyum.

"Yes, of course." kata Dir sambil membetulkan selimut anaknya.

"How much?" soal Megat. Dir pandang muka Megat.

"Err.. Banyak ni." Dir rapatkan jari telunjuk dan ibu jarinya.

"Hah? Sikitnya?" Megat terkejut. Mukanya berubah muram. Dir ketawa.

"Kenapa sikit sangat?" soal Megat. Kedekut betul isteri Megat ni.

"Okaylah tu." kata Dir.

Megat muncungkan mulutnya. Dia merajuk. Dia sayang Dir dan baby bagai nak rak. Dir sayang dia sikit je. Mana adil macam ni.

"Alalala. Merajuk ke tu? Dah tua pun merajuk. Buat malu kat baby je." perli Dir. Dia tersenyum.

"Ha.. Dah la sayang kita sikit. Dia kutuk kata kita tua pulak. Haih.." Megat pegang dadanya.

Dir ketawa. "Merajuk betul ke tipu tu?" soal Dir.

"Betul-betullah ni." kata Megat dengan serius.

"Nak tahu rahsia tak?" soal Dir.

"Rahsia apa?" soal Megat.

"Sebenarnya kan.." kata Dir.

"Ha hah?" balas Megat.

"You are my ex rush crush." kata Dir.

"What? I'm your crush?" soal Megat. Dir tersenyum malu.

"Hm.. Dah tahu dah." kata Megat.

"How?" soal Dir.

"Saya kan hensem." kata Megat.

"Ei, perasan." Dir tolak bahu Megat.

"Tapi kan kenapa ex? Sekarang bukan crush lagi ke?" soal Megat.

"Yup." kata Dir.

"But why? I wanna be your forever crush." kata Megat.

"Because you are my husband. Not my crush anymore." kata Dir.

"Kalau dah jadi husband tak boleh jadi crush lagi dah ke?" soal Dir.

"Hm.. Entah." kata Dir. Dir mengangkat bahu.

"So maknanya awak sayang saya banyaklah kan?" soal Megat.

"Ye.. Saya sayang awak dengan baby banyak-banyak sampai infiniti." kata Dir.

"Ye ke?" soal Megat. Dia mengangkat keningnya.

"Yup." kata Dir.

"Okay good." kata Megat. Mereka pun ketawa. Anak mereka merengek sedikit.

"Shuh.." kata Dir. Dia tepuk anaknya. Mereka tersenyum.

Hubungan rumah tangga Dir dan Megat semakin bahagia dengan kehadiran cahaya mata sulong.

Megat memulakan perniagaan yang baru hasil daripada penjualan tanah tempoh hari. Megat membuka sebuah kedai aksesori telefon dan juga mewujudkan jualan secara atas talian. Dir sekali sekala ada membantu Megat dikedai.

Kehidupan mereka sekeluarga makin hari makin bahagia. Mereka bersyukur kerana dipertemukan semula dan masing-masing telah membuat keputusan yang tepat untuk berkahwin.

Mencintai dan dicintai itu percuma. Hanya masa dan hati yang setia dapat memilikinya. Semaikan dengan rasa. Jinakkan dengan kata-kata. Jangan takut memilih cinta kerana cinta sejati akan kekal selamanya.

Jika kamu cinta dia luahkan sahaja. Jangan tunggu lama kerana cinta bisa pergi tanpa diduga. Tetapi ingat cintailah secara bersederhana kerana cinta itu derita juga bahagia.

=Tamat=

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience