Keesokan harinya, Megat bawa Dir jalan-jalan dipasar malam pula. Sebelum Megat sudah berjanji dengan Dir untuk dibawa jalan-jalan.
Dir tidak melepaskan peluang ini untuk mencuci mata dan membeli sedikit barangan. Setelah puas pusing-pusing mereka pun pulang ke rumah.
"Dir.. Kita tinggal lama sikit tau kat sini sebab nak settle kan hal jual tanah. Kebetulan saya ada tanah kat sini untuk dijual. Awak okay kan?" kata Megat.
"Okay je. Lagipun saya suka lah duduk kat kampung. Nyaman je. Syok tengok sawah padi." kata Dir. Megat mengangguk.
Dir masukkan makanan ke dalam mangkuk. Makanan ni mereka beli kat pasar malam tadi. Macam-macam makanan yang mereka beli. Ada bihun sup kuning sambal merah, laksa, kuih peneram, kuih dangai, apam lenggang dan macam-macam lagi.
"Esok saya nak jumpa orang untuk settle kan hal jual tanah tu tau." kata Megat.
"Oh.. Okay." kata Dir. Dia mengangguk.
"Jom makan." kata Dir. Megat bacakan doa dan mereka pun makan. Bihun sup untuk Megat dan laksa untuk Dir. Mereka pun saling berkongsi makan tersebut.
"Sedap." kata Dir. Megat mengangguk. Memang sedap.
Selepas makan, perut mereka pun terasa kenyang. Mereka menonton televisyen sekejap dan kemudiannya masuk tidur.
Keesokan harinya pula, Megat keluar untuk berjumpa dengan rakan lamanya untuk berbincang dan juga mencari seseorang ejen hartanah yang boleh membantu membuat urusan jual beli tanah miliknya.
Megat berjumpa dengan rakannya disebuah warung yang berdekatan.
"Assalamulaikum Megat." tegur Farouq. Dia duduk dihadapan Megat.
"Waalaikumsalam Farouq." balas Megat. Dia tersenyum. Mereka berjabat tangan.
Farouq rakan lama Megat. Dulu bila balik kampung, Farouq lah teman sepermainan Megat. Sudah lama Megat tidak bersua muka dengan Farouq.
"Kau apa khabar?" soal Farouq.
"Alhamdulillah sihat. Kau?" kata Megat.
"Aku biasa-biasalah. Alhamdulillah." kata Farouq.
"Hai.. Dah dekat 10 tahun kita tak jumpa. Lain kau sekarang. Aku hampir-hampir tak cam kau tadi." kata Farouq.
"Takde ah. Biasa je. Kaulah makin sado." kata Megat.
"Haha.. Biasalah petani moden." kata Farouq. Megat menggeleng sambil ketawa.
"Aku dengar kau dah kahwin. Betul ke?" soal Farouq sambil menyalakan rokoknya.
"Betul." Megat mengangguk.
"Oh.. Aku ada dapat undangan kat fb hari tu. Tapi sorry tak dapat datang. Bini aku baru lepas pantang." kata Farouq sambil merokok.
"Oh, takpe. Kau dapat baby boy ke baby girl?" soal Megat. Dia terbayang kalau dia dan Dir dikurniakan bayi lelaki tentu comel. Mukanya tentu ada iras-iras Dir dan Megat. Megat tersenyum.
"Baby boy." kata Farouq sambil tersenyum. Dia jadi teringat pada anaknya. Rokoknya dibuang ke dalam bekas rokok. Dia pernah terfikir untuk berhenti rokok demi anaknya.
"Oh, anak nombor dua kan?" soal Megat. Setahu dia Farouq ada seorang anak perempuan.
"Yup. Kau bila lagi?" soal Farouq.
"Hah? Err.." Megat jadi malu. Dia dan Dir baru sahaja kahwin. Macam cepat sangat je. Mungkin nanti dapatlah. Insha Allah.
"Nanti dapatlah tu." kata Farouq. Megat mengangguk.
"Aku dengar kau nak jual tanah kau yang sini kat sini? Betul ke?" soal Farouq.
"Memang aku nak jual tanah. Sebab kau tahu jelah aku jarang dah balik sini. Daripada tanah tu terbiar macam tu je lebih baik aku jual." kata Megat. Kalau nak usahakan tanah tu pun susah sikit sebab Megat tak duduk sini. Lagi pula Megat tiada modal.
"Oh.. Betul jugak. Dah ada pembeli ke?" soal Farouq. Dia hirup air teh tariknya.
"Tulah masalahnya. Pembeli takde lagi. Aku pun belum jumpa ejen yang boleh tolong jualkan." kata Megat. Farouq mengangguk.
"Kau ada ke kenal siapa-siapa yang boleh tolong?" soal Megat.
"Ada. Itupun kalau kau naklah." kata Farouq.
"Aku tak kisah siapapun janji hal ni boleh settle cepat. Kau tahu jelah aku bukannya duduk sini." kata Megat.
Megat pun mahu menyelesaikan masalah yang dihadapi. Hal along semua tu. Sudahlah dia tiada kerja sekarang ni. Kalau tanah tu dapat dijual bolehlah dia buat modal meniaga atau sebagainya.
"Okay. Kalau macam tu esok aku bawa kau jumpa bini aku." kata Farouq.
"Kenapa jumpa bini kau?" soal Megat. Dia terasa pelik.
"Lupa nak bagitahu. Sebenarnya bini aku ejen hartanah. Aku rasa dia boleh tolong kau." kata Farouq.
"Oh. Okay-okay. Terima kasih." balas Megat.
"Sama-sama." kata Farouq.
Share this novel