Bab 66

Drama Completed 14233

Kini sudah beberapa hari Dir dirumah ibu dan ayah. Segala makan dan minum Dir diuruskan oleh ibu.

"Dir.. Boleh ibu masuk?" soal ibu dimuka pintu bilik Dir.

"Ibu.. Masuklah." Dir tersenyum.

"Dir.. ibu buat bubur." kata ibu. Dir hilang selera makan sejak akhir-akhir ini.

"Ibu suap?" Dir buka mulutnya.

"Hm.. Yelah." ibu pun suap Dir. Dir pun makan.

"Dear.." Megat masuk ke bilik Dir. Ibu berhenti menyuap Dir. Muka Dir berubah sedikit.

Sejujurnya mereka duduk bilik asing. Hal ini kerana Dir seperti tidak mahu bersua muka dengan Megat. Kata-kata Raisya terngiang-ngiang ditelinganya. Dia jadi was-was terhadap Megat. Dia pun tidak percaya cuma dia perlukan penjelasan.

"Ibu.. Suruh dia keluar. Dir tak nak jumpa dia" kata Dir dengan perlahan tapi tegas.

"Dir.. Itukan Megat. Suami Dir." kata ibu.

"Dir tak nak jumpa dia." kata Dir. Dir dingin dengan Megat.

"Dir.." kata Megat. Dah lama dia tidak berada disisi Dir. Dia rindu.

"Keluarlah." kata Dir. Dia tak nak tengok muka Megat buat masa ni.

"Dir.." Megat seperti merayu. Merayu untuk berada disisi Dir.

Sekalipun mereka tidak pernah bercakap lepas kejadian yang berlaku. Dir pun seperti mengelak dari Megat. Megat sendiri tidak tahu apa masalahnya.

"Keluar!" kata Dir. Dia tinggikan suaranya.

"Megat.." kata ibu. Ibu perasan ada sesuatu yang tidak kena pada hubungan Dir dan Megat. Tetapi dia sendiri bingung. Dir pula tidak memberitahu apa-apa. Megat pula nampak seperti tidak tahu apa-apa.

Ibu mengeluh didalam hati. Dia memandang ke arah Megat.

Megat mengangguk. Dia pun keluar.

Megat langsung tidak tahu mengapa Dir benci padanya. Apa yang telah meracuni fikiran Dir?

Megat terus keluar dari rumah. Dia membawa diri.

"Bro." tegur Issac. Tak sangka boleh jumpa Megat melepak kedai mamak hari ni.

"Issac?" Megat mengangkat kepalanya.

"Apa khabar?" soal Isaac.

"Baik je." balas Megat.

"Sorry tak sempat melawat." kata Issac. Dia sibuk bekerja sampai tidak sempat melawat Megat dan Dir.

"Eh, takpe. Aku dah okay." kata Megat. Dia tersenyum kelat.

"Betul dah okay? Sebab kau macam tak okay je. Kau ada problem?" soal Issac. Agaknya teruk sangat kot rupa Megat.

"Entahlah." kata Megat.

"Kenapa?" soal Issac. Dia dapat rasa sesuatu yang tidak kena.

"Haih.. Bini aku." kata Megat dengan nada sedih.

"Kenapa bini kau?" soal Issac.

"Dia benci aku." kata Megat.

"Hah? Kenapa?" soal Issac.

"Aku tak tahu. Lepas apa yang jadi dia macam benci gila kat aku." kata Megat.

"Aku rasa mungkin dia trauma kot." kata Issac.

"Aku tahu. Tapi aku suami dia. Bukan aku yang buat semua ni. Kenapa dia nak benci aku?" kata Megat.

"Kau bagi dia masa. Nanti dia okaylah tu." kata Issac.

"Aku harap macam tulah." kata Megat.

"Em.. Takpelah aku balik dulu." kata Megat.

"Okay." Isaac mengangguk. Megat pun berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience