Farouq membawa Megat ke rumahnya. Megat ikutkan sahaja. Kata Farouq lebih sedang berbincang dirumah. Rumah Farouq pun tidak jauh sangat dari homestay teman tinggal Megat dan Dir.
"Assalamulaikum." Farouq memberi salam sambil membuka pintu rumahnya. Besar juga rumah Farouq ni. Cantik.
"Abah.." anak perempuan Farouq meluru datang ke arah Farouq. Megat tersenyum. Comel sahaja anak Farouq ni.
"Hi anak abah." Farouq terus mendukung Fathiya Yusra anaknya yang berusia 5 tahun. Yusra tersenyum. Dia gembira apabila abahnya balik.
"Megat, nilah anak sulung aku, Yusra." kata Farouq. Megat mengangguk.
"Oh.. Hai Yusra." Megat senyum ke arah Yusra.
"Abah.. Siapa tu?" bisik Yusra. Farouq tersenyum.
"Oh.. Ni kawan abah. Nama dia Uncle Megat." kata Farouq.
"Oh.." Yusra mengangguk.
"Mama mana?" soal Farouq mengenai isterinya. Dia letak anaknya dibawah semula.
"Ada kat dapur." balas Yusra. Isteri Farouq sedang menyiapkan makanan untuk tetamu yang datang pada hari ini.
"Adik mana?" soal Farouq. Dia bertanya mengenai anak lelakinya iaitu Faiz Yusuf. Anaknya itu baru berumur 8 bulan. Masih bayi lagi.
"Adik tidur dalam bilik." jawab Yusra.
"Oh.." kata Farouq.
"Ya Allah lupa pulak. Jemput masuk Megat." pelawa Farouq. Megat pun duduk disofa.
"Abang dah sampai." sapa isteri Farouq. Dia bawa dulang air bersama. Megat menoleh ke arah empunya suara. Dia terkejut.
"Megat?" soal isteri Farouq.
"Yasmin?" soal Megat.
"Korang kenal ke?" soal Farouq. Megat dan Yasmin mengangguk.
"Macam mana?" soal Farouq.
"Kawan masa sekolah dulu." kata Yasmin.
Yasmin sebenarnya bekas teman wanita Megat. Mereka berpisah pun disebabkan masing-masing buat keputusan mahu melanjutkan pelajaran. Hubungan mereka pun baik je macam biasa. Cuma tak sangka pula boleh berjumpa dan Yasmin kahwin dengan Farouq rupanya.
"Baguslah kalau macam tu." kata Farouq.
Setelah itu, mereka pun berbincang mengenai hal jual beli tanah milik Megat. Mereka pun telah mencapai kata sepakat. Yasmin pun bersedia untuk membantu Megat dan Megat amat berterima kasih untuk itu.
Mereka juga tidak mencampurkan hal peribadi kerana masing-masing sudah pun berumah tangga. Perkara yang lepas mereka biarkan.
Megat pun dipelawa untuk makan tengahari dirumah Farouq. Mereka berbual dan mengambil gambar sebagai kenangan. Yasmin memuat naik gambar mereka diakaun instagram miliknya. Megat juga ditag pada gambar tersebut.
"Hah? Yasmin?" Dir yang sedang membuka laman instagram terkejut apabila ada gambar Megat bersama bekas teman wanitanya.
"Megat jumpa Yasmin?" Dir jadi cemburu.
"Macam mana?" soal Dir. Dia akan tanya pada Megat nanti.
Share this novel