Air dicurahkan kepada Dir. Dir terasa lemas. Dia rasa sangat tidak selesa. Matanya masih tertutup dengan kain hitam.
"Bangunlah perempuan bodoh." kata seorang perempuan. Baldi dibaling ke arah Dir. Nasib baik sahaja tidak terkena. Suara perempuan itu sama seperti perempuan sebelum ini.
"Apa yang kau nak?" soal Dir. Suaranya ditinggikan sikit. Dia tidak tahan diperlakukan sebegini. Kenapa jadi macam ni?
"Apa yang aku nak?" perempuan itu ketawa.
"Nyawa kau." kata perempuan itu.
"Kau siapa? Kenapa kau culik aku?" soal Dir. Masa macam ni tak perlu nak berbudi bahasa lagi.
"Kau tak perlu tahu siapa aku." jerkah perempuan itu. Dagu Dir dipegang kasar. Dir meronta untuk dilepaskan. Dia ketakutan.
"Jangan gerak-gerak. Nanti tertikam pisau. Hehe." perempuan itu meletakkan pisau dipipi Dir. Rasa sejuk besi pisau terasa dipipi Dir.
"Tolong jangan bunuh aku." suara Dir terketar-ketar. Dia menangis.
"Hahah. Tahu takut." kata perempuan itu.
"Haish. Apalah yang ada pada perempuan macam kau ni? Nak kata cantik? Hah! Tapak kasut aku lagi cantik. Aku rasa lebih baik aku jual je kau ni. Tu pun kalau ada orang nak beli." hina perempuan itu kepada Dir. Dir senyap. Ketika ini dia hanya mampu untuk berdoa.
"Ya Allah.. Selamatkan aku. Aku mohon Ya Allah." bicara hati Dir. Airmatanya tidak berhenti mengalir.
"Woi perempuan. Tak payah nak menangis sangat." kata perempuan itu. Dia tolak tubuh Dir. Kepala Dir ditunjal beberapa kali.
"Selamatkan aku Ya Allah." Dir berdoa didalam hati.
"Haish.. Kecik besar je aku tengok kau ni. Ikutkan hati aku nak lupuskan je kau ni. Tapi tak fun lah kan." kata perempuan itu.
"Kenapa saya?" soal Dir dengan lemah. Dia tidak bermusuh dengan sesiapa. Kenapa tiba-tiba sahaja jadi macam ni?
"Tak payah tanyalah bodoh." kata perempuan itu. Pipi Dir ditampar. Dir seperti boneka kepada perempuan itu.
"Bos. Telefon bunyi." kata seorang lelaki.
"Okay. Korang jaga perempuan ni. Ingat! Aku je boleh sentuh dia. Bagi dia makan dan minum." kata perempuan itu. Dia berlalu pergi.
"Baik bos." kata lelaki itu.
Suasana senyap sunyi. Dir hanya menangis dia mengharapkan ada keajaiban yang berlaku. Adakah ini mimpi? Kalau mimpi cepatlah sedar Dir.
"Ikutkan hati aku, jadi lauk je perempuan ni." kata seorang lelaki kepada rakannya. Dir menelan air liurnya. Dia bertambah takut.
"Kau ni. Kau tak ingat pesan bos? Kau cari jelah lauk kat tempat lain. Kau nak kita rugi RM 50 K sebab lauk ni? Aku tak nak." kata Haze.
"Haish! Aku tahu lah." kata lelaki itu. Dia keluar untuk hisap rokok. Dir dengar derapan tapak kaki lelaki itu.
"Encik.. Tolong lepaskan saya." kata Dir.
"Aku takkan lepaskan kau." kata Haze.
"Tapi kenapa? Tergamak awak tipu saya." kata Dir. Dia sedih sangat. Haze senyap seribu bahasa.
"Encik?" panggil Dir.
"Kau diam jelah." kata Haze. Dia benci bila Dir merayu-rayu. Dia cuma buat kerja dia sahaja.
"Bukak mulut kau." kata Haze. Dia menyuapkan nasi ke mulut Dir. Mulut Dir ditutup rapat. Dia tak nak makan. Dia takut kalau mereka racun Dir.
"Baik kau buka mulut sebelum aku cium kau." ugut lelaki itu.
"Jangan. Tolong jangan." kata Dir. Dia takut. Diri Dir hanya untuk Megat sahaja. Hanya Megat yang boleh sentuh Dir.
"Baik-baik aku makan." Dir pun makan nasi yang disuap Haze. Kemudiannya dia diberi air mineral. Dir menyedut air itu menggunakan straw.
"Dah makan kan?" sekarang kau tidur. Jangan bising. Kalau tak, tahulah nasib kau." ugut Haze. Dir hanya mengangguk. Dia senyap.
"Kau dah bagi makan perempuan itu?" soal Uno bukan nama sebenarnya.
"Dah." kata Haze.
"Bagus. Kau jaga perempuan tu. Aku nak keluar kejap." kata Uno.
"Okay." balas Haze. Haze mengeluarkan rokoknya. Dia menghisap rokok dibilik itu.
Dir terbatuk akibat asap rokok itu. Dia rasa tak selesa.
"Kau ada asma?" soal Haze. Dir mengeleng. Dia tak asma cuma asap rokok menyesakkan dadanya. Haze membuka tingkap dan dia menghisap rokok mengadap luar tingkap.
Dir terasa sejuk. Bajunya yang basah membuatkan badannya mengigil. Dir sekali lagi menangis. Dia tidak tahu untuk berbuat apa. Dia rasa lemah sangat. Dia tak nak mati lagi. Perlahan-lahan mata Dir tertutup.
Share this novel