Bab 55

Drama Completed 14233

"Mana Dir ni?" soal Megat. Kepalanya terasa rungsing. Dia risau sangat dengan keadaan Dir. Dir hilang macam tu je. Dia tidak dapat bertenang.

Megat telefon rakannya iaitu Farouq.

"Hello Farouq. Aku ada hal emergency. Bini aku hilang." kata Megat.

"Hah? Bini kau hilang? Biar betul?" soal Farouq.

"Ye. Aku dah cari merata tempat. Langsung tak jumpa." kata Megat. Dia susah hati.

"Kau biar betul? Tah-tah dia keluar gi kedai ke apa." kata Farouq.

"Takde aku dah cari dia tak ada pun." kata Megat.

"Kau boleh tak datang tolong aku. Aku nak cari Dir lagi." kata Megat.

"Kau kat mana?" soal Farouq.

"Kat area rumah aku. Kau datang rumah aku." kata Megat.

"Okay. On the way." kata Farouq. Dia bingkas bangun dari katilnya. Masa macam ni sepatutnya masa tidur. Tapi dah kawan perlukan bantuan dia kena tolong.

"Assalamulaikum Megat." ucap Farouq dimuka pintu.

"Waalaikumsalam. Masuklah." kata Megat. Farouq pun masuk ke rumah Megat.

"Macam mana dia dah balik?" soal Farouq.

"Tak." kata Megat. Dia menggeleng kepalanya. Wajah dia nampak teruk sangat.

"Dah try call? Dapat tak?" soal Farouq.

"Dah tapi tak dapat." kata Megat. Telefon Dir memang tidak ada kat rumah. Tetapi langsung tidak dapat dihubungi seperti telah dimatikan.

"Dia takde kata apa-apa ke? Text ke apa?" soal Farouq. Dia pun risau juga. Dah tengah malam ni. Takkan merayau pula. Mustahil. Kedai pun dah tutup.

"Takde. Aku risau sangat ni. Tiba-tiba je." kata Megat. Dia pegang kepalanya. Dia rungsing.

"Dah try report polis?" soal Farouq.

"Belum cukup 24 jam." kata Megat.

"Oh.. Dia ada kata apa-apa tak sebelum ni? Ada problem ke apa?" soal Farouq.

"Takde pulak. Aku je yang ada problem. Dia okay je." kata Megat. Dia rasa Dir tidak menunjukkan tanda dia terbeban dengan masalah yang dihadapi Megat. Lagipun Megat dah kata yang dia boleh selesaikan masalahnya.

"Korang ada gaduh tak?" soal Farouq. Bukan niat dia nak masuk campur tapi mungkin sedikit sebanyak membantu dalam pencarian Dir.

"Tak.. Kami okay je selama ni. Kalau ada apa-apa biasanya Dir merajuk. Tapi sekejap je. Dia tak pernah pulak bawa diri semua." kata Megat.

"Pelik." kata Farouq.

"Rumah kau ada tak tanda-tanda kena pecah masuk ke apa?" soal Farouq.

"Masa aku balik pintu tak kunci. Telefon Dir takde. Macam dia keluar. Tapi takkanlah dia keluar macam tu je. Tak bawak dompet dan tak kunci pintu." kata Megat.

"Dah tanya jiran-jiran? Mana tahu dorang ada nampak Dir keluar ke apa." soal Farouq.

"Takde. Dorang ada yang dah tidur. Ada yang kata tak tahu." kata Megat.

Sepanjang malam mereka cari Dir. Tapi bayang Dir tiada dimana-mana. Tiada siapa yang tahu dimana Dir berada sekarang ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience