Bab 30

Drama Completed 14234

Hari ni hari ketiga trial date untuk Megat dan Dir. Kedua-duanya rasa gementar, gembira, takut dan keliru. Perasaan mereka bercampur baur.

"Dir.. Awak tahukan hari ni last date kita?" soal Megat. Dir mengangguk. Dia lihat tasik dihadapannya. Hari ni Megat bawa Dir berkelah ditepi tasik. Macam-macam jenis manisan dia bawa untuk Dir. Ada brownies, cupcake, coklat dan banyak lagi.

"Dir jom makan." ajak Megat. Mereka makan makanan yang dibawa Megat.

"Sedap tak?" soal Megat.

"Sedap.. Tapi kalau banyak macam ni saya boleh kencing manis." kata Dir. Dia tersenyum.

"Kita makan sama-sama. Kalau tak habis nanti Dir boleh bawa balik." kata Megat. Dir mengangguk.

"Dir.. Hari ni awak boleh tanya saya apa sahaja soalan. Saya jawab." kata Megat.

"Betul?" soal Dir.

"Yes my dear." Megat mengangguk.

"Kenapa awak pilih saya untuk jadi calon isteri? Why me?" soal Dir. Dia hanya menunduk.

"Kan saya dah cakap sebelum ni.." kata Megat.

"Tapi saya tak cantik?" kata Dir. Bekas teman wanita Megat semuanya cantik-cantik. Kenapa tiba-tiba Megat nak suka Dir pulak? Apa yang ada pada Dir? Dia biasa-biasa je.

"Takpe saya tak suka perempuan yang cantik." kata Megat.

"Ye ke? Kenapa tak suka pulak?" soal Dir.

"Ye sebab cantik itu bosan." kata Megat.

"Hah?" Dir tak faham.

"Saya dah biasa jumpa perempuan cantik. Sekarang ni nak cantik make up jelah tebal-tebal terus cantik. Jadi benda tu jadi bosan. Awak lain." kata Megat.

"Saya pun make up jugak. Apa yang lain?" kata Dir.

"Ye ke awak make up? Tak nampak macam make up pun." kata Megat.

"Saya pakai bedak dengan lipbalm." kata Dir.

"Tu je kan? Tak tebal pun. Awak natural beauty. Sebab tu lain." kata Megat.

"So apa yang lain?" tanya Dir.

"Awak rare." kata Megat.

"Rare? Rare macam benda yang ada kat pasar karat tu ke?" soal Dir.

"No lah. Awak.. Special. Awak adalah awak. Datang sahaja 10 orang perempuan cantik saya tetap pilih awak." kata Megat.

"Tak fahamlah apa yang specialnya?" soal Dir.

"Susah nak terang. Saya nampak kecantikan awak didalam bukan luaran. Saya rasa bertuah sebab saya nampak that pretty's on the inside. Inside your heart." kata Megat. Dir keliru.

"Dir.. Saya pernah baca satu ayat ni kat twitter. Kita datang ke dunia, orang sambut. Kita meninggal dunia, orang hantar. Berbuat baiklah dengan semua orang. Dan jangan layan orang lain hanya kerana rupa dia. Tetapi pada hatinya. And it’s not your job to be everything to everyone." kata Megat.

"Awak terima saya walaupun saya tak sempurna?" soal Dir. Dia tahu yang dirinya banyak kekurangan.

"Yes saya terima sebab saya pun tak sempurna. Tapi bila ada awak dan saya, kita jadi yang sempurna." kata Megat. Dia senyum. Kata-kata Megat mencairkan hati Dir.

"Good looks fade. But a good heart keeps you beautiful forever Dir. All you need is love." kata Megat.

"Okay.. Kalau macam tu jawab soalan saya ni dengan jujur." kata Dir.

"Soalan lagi?" soal Megat.

"Yup ni last." kata Dir.

"Okay bring it on." kata Megat.

"Megat awak ni antivaxxer? Flat earther??" soal Dir.

"What?" Megat tersentak. Tak terfikir Dir nak tanya soalan macam ni.

"Ya atau tidak?" Dir bertegas.

"Tidak." Megat menggeleng.

"Bagus!" kata Dir sambil tersenyum.

"Kenapa tanya soalan tu?" soal Megat. Dia rasa pelik pula.

"Well, I can choose my husband but my child can't choose their daddy." kata Dir. Dia takut jika tersalah memilih bakal suami. Dia mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya pada masa akan datang.

"So.. kiranya saya lepaslah ni?" soal Megat. Dir mengangguk.

"Alhamdulillah lepas ni boleh lah saya masuk meminang awak." kata Megat. Dir tersenyum tersipu malu.

"Bercakap pasal tu.. Err.." balas Dir.

"Awak jangan risau saya akan bawa awak jumpa family saya dan saya jumpa family awak okay?" kata Megat. Dir pun mengangguk.

"Dah makan. Saya beli semua ni khas untuk awak tau." kata Megat.

"Terima kasih Megat." ucap Dir.

"Sama-sama dear." balas Megat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience