Setelah selesai melihat perarakan dan perbarisan Dir dan Iffah pun mahu pulang. Tetapi sebelum tu..
"Eh Dir. Aku macam kenal orang tu." kata Iffah. Dia menujuk ke arah seorang lelaki. Iffah mendekati lelaki itu. Dir pun ikut sekali.
"Encik Megat?" tegur Iffah. Megat menoleh ke arah Iffah.
"Iffah? Dir?" kata Megat. Dia tersenyum.
"Wah.. Encik Megat pun ada?" soal Iffah.
"Ye." Megat mengangguk.
"Korang pun sama?" soal Megat.
"Ha'ah." kata Iffah. Dir menganguk.
"Encik Megat selalu ke join program macam ni?" soal Iffah.
"Ye.. mestilah hari ni kan hari kemerdekaan negara kita. Mesti kena datang. Tapi Iffah tak payahlah ber 'encik' dengan saya kita kat luar office ni kan?" kata Megat.
"Oh.. Okay-okay." kata Iffah.
"Jom kita selfie nak?" soal Iffah.
"Okay.." Megat, Iffah dan Dir pun bergambar bersama dan berbual sedikit. Setelah itu Iffah dan Dir meminta diri untuk pulang dahulu.
"Okaylah kami balik dulu." kata Iffah. Megat mengangguk.
Dir dan Iffah singgah disebuah gerai menjual air yang tidak jauh dari situ.
"Tak sangkakan boleh jumpa Encik Megat kat sini?" kata Iffah. Dia menyedut jus mangga yang baru dibelinya. Mereka duduk ditepi tembok.
"Ye.." balas Dir.
"Kau macam tak suka je jumpa Encik Megat?" soal Iffah. Dia perasan yang Dir senyap sahaja tadi.
"Hah? Mana ada biasa je." kata Dir. Dia buat muka pelik.
"Takdelah kau senyap je tadi." kata Iffah.
"Err.. Dah dia takde tanya apa-apa, takkan aku pula nak cakap sorang-sorang. Kau ni pun." kata Dir. Dia menyedut minumannya.
"Hmm. Ye tak ye juga." kata Iffah. Dia mengangguk.
"Iffah.. Jom balik?" ajak Dir. Dia rasa nak balik. Agak panas juga cuaca hari ini.
"Okay." kata Iffah.
Mereka pun pulang setelah itu.
"Thanks Iffah ajak aku hari ni. Best sangat. Nanti kita pergi lagi eh?" kata Dir. Apabila mereka berjalan kaki dari perhentian bas ke rumah mereka.
"Ohh.. Tu mesti. Welcome." kata Iffah. Dia tersenyum
"Bye Iffah." kata Dir apabila sampai dihadapan rumahnya.
"Bye Dir." Iffah melambai. Mereka berdua berbalas senyuman dan masuk ke rumah masing-masing.
Dir menghempas dirinya disofa. Terasa penat sedikit.
"Best tengok perarakan live?" soal Ira. Dia duduk sebelah Dir
Dir menoleh melihat Ira. "Best. Rugi Ira tak ikut." kata Dir.
"Eleh. Angah yang tak ajak Ira." kata Ira. Dia mengiku lengan Dir.
"Dah Ira tu bangun lambat." kata Dir. Dia pula menyiku lengan Ira.
"Ala.. Cuti kan?" kata Ira. Memang hari cuti dia akan bangun lambat. Hari lain dia bangun awal sebab sekolah.
"Iyelah." balas Dir.
Share this novel