Bab 43

Drama Completed 14233

Empat jam pemanduan akhirnya mereka sampai ditol Gurun. Megat singgah sebentar untuk mereka solat subuh. Usai solat mereka singgah ke sebuah kedai runcit.

Megat mahu membeli sedikit makanan. Begitu juga dengan Dir, dia ingin membeli sesuatu. Dia takut kalau malam-malam dia terasa nak makan kudap-kudapan.

Megat membeli beberapa cawan mee segera dan juga makanan yang lain. Dir pula membeli biskut tiger, milo 3 in 1, keropok dan gula-gula. Selesai membeli mereka ke destinasi yang dituju.

"Megat.. Nak tanya sikit boleh?" soal Dir.

"Nak tanya apa? Tanyalah." kata Megat.

"Kan awak kata ada hal emergency. Hal apa yang emergency tu?" soal Dir.

"Sebenarnya Dir.. Kita datang sini sebab nak jalan-jalan je." kata Megat.

"Apa?" Dir terkejut.

"Sebenarnya saya ada urusan sikit kat sini. Sebab tu kita datang sini alang-alang tu saya jugak nak bawa awak jalan-jalan." kata Megat.

"Hah?" kata Dir. Dia ingat Megat ada masalah. Rupanya ada hal sikit je. Main-main Megat ni.

"Sorrylah kalau saya buat awak risau. Saya nak buat kejutan untuk awak. Kiranya kita honeymoon kat sini. Awak okay kan?" soal Megat sambil tersenyum.

"Awak ni.. Saya ingat emergency apalah tadi. Hmm.. Saya okay je pergi mana-mana pun asalkan ada awak." kata Dir. Dia tersenyum.

"Hehe. Okay dear." kata Megat.

"So sekarang ni kita tinggal kat mana? Homestay ke?" soal Dir.

"Ha'ah homestay area sini. Nak sampai dah. Tapi kita breakfast dulu okay." kata Megat.

"Okay." balas Dir.

"Dir nak breakfast apa?" soal Megat.

"Apa pun boleh." kata Dir.

"Nak mamak atau warung?" soal Megat.

"Hmm.. Warung lah. Nak nasi lemak sotong." kata Dir. Kalau nasi lemak kat kampung mesti sedap. Lagi-lagi dekat warung.

"Okay." Megat pun singgah ke warung berdekatan.

Mereka membuat pesanan dua nasi lemak sotong dan dua teh o ais. Usai makan mereka pun ke homestay yang dikatakan Megat. Homestay tersebut berdekatan dengan pekan Pendang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience