Beberapa hari kemudian, Dir tanya Megat mengenai Yasmin. Macam mana Megat boleh jumpa Yasmin dan buat apa Megat jumpa dia. Dia bukan curiga dengan Megat cuma dia teringin nak tahu pasal hal itu.
"Awak jumpa Yasmin eh hari tu?" soal Dir. Dia tenung wajah Megat.
"What? Mana awak tahu?" soal Megat pula. Dia terkejut.
"Saya nampak kat ig. Dia tag awak. Dia tulis jumpa kawan lama. Betulkan?" kata Dir.
"Ye ke?" soal Megat. Dah lama dia tak buka instagram. Tak perasan pula pasal tu.
"So betullah awak jumpa dia? Jangan-jangan kita datang sini sebab jumpa dia tak?" kata Dir. Dia seperti merajuk.
"Hah? Mana adalah." kata Megat. Macam tidak percaya Dir cakap macam tu.
"Habis tu?" soal Dir.
"Dia agen hartanah saya Dir. Saya minta tolong dia untuk jualkan tanah saya kat sini. Kebetulan dia kerja sini." jelas Megat. Tiada niat lain dia jumpa dengan Yasmin.
"Seriously? Dalam ramai-ramai orang dia je yang ada?" kata Dir. Dia macam tidak percaya sangat. Kenapa Yasmin?
"Tak jugak cuma nak buat macam mana? Dia boleh tolong saya. Dapat harga member tau." kata Megat. Yasmin boleh bagi diskaun.
"Nape awak tak bagitahu saya? Kalau tak saya boleh minta tolong sepupu saya Raif. Raif pun ejen hartanah jugak." kata Dir.
"Saya tak nak susahkan awak." kata Megat. Dia tidak mahu membebankan Dir. Lagipun ni urusan Megat.
"Susah apanya? Awak kan suami saya." kata Dir. Suami isterikan sepatutnya saling tolong menolong.
"Hmm.. Takpelah. Dah nak settle dah pun." kata Megat. Dia jumpa Yasmin sebab kebetulan je. Lagipun cuma nak uruskan hal jual tanah je. Bukan sebab lain.
"Eleh kalau minta tolong Raif lagi cepat." kata Dir.
"Err.. Dia based mana?" soal Megat.
"KL?" kata Dir.
"Kita kat mana?" soal Megat.
"Kedah?" kata Dir.
"So?" kata Megat.
"Bukan sama je ke?" kata Dir.
"Entahlah.. Tapi kita kat sini. Lagi elok kalau kita minta tolong orang kat sini je senang." kata Megat.
"Tapi.." kata Dir.
"Dir.. Cemburu ke?" kata Megat. Tapak tangan Megat tekap pipi Dir.
"Curiga je." kata Dir. Dia tarik tangan Megat.
"Janganlah curiga. Saya kan dah cakap saya setia pada awak je. Jangan risau." kata Megat.
"Yelah tu.." kata Dir.
"Dear.. Janganlah macam ni.. Walaupun Yasmin tu ex saya. Saya takde apa-apa perasaan dah pada dia. Lagipun dia dah kahwin Dir. Ada anak dua dah. Dia tu isteri kawan saya. Kawan saya yang recomend kan." kata Megat.
"Betul ke?" soal Dir. Dia mengangkat keningnya.
"Ye.." Megat tersenyum. Kuat cemburunya Dir ni.
"Kenapa tak cakap awal-awal?" soal Dir. Jadi selama ni Dir salah faham je. Lagipun Megat lelaki yang baik.
"Err.." Megat menggaru kepala. Dia tidak terfikir pula nak bercerita pasal hal dia jumpa Yasmin.
"Sorry sebab curiga dengan awak." kata Dir. Dia rasa bersalah.
"Takpelah Dir." kata Megat. Mereka tersenyum.
Setelah itu, Megat pun bawa Dir keluar. Mereka jalan-jalan makan angin. Megat belanja Dir. Megat fikir mungkin Dir asyik terperap dirumah itu yang fikir bukan-bukan.
Mereka melawat Menara Alor Star, Muzium Padi dan sebagainya. Puas melawat tempat-tempat menarik sekitar Alor Star mereka makan-makan pula. Malam baru mereka pulang.
Share this novel