"Assalamulaikum.." ucap Dir.
"Waalaikumsalam.." balas Ira.
Dir masuk ke rumah setelah memberi salam. Dia masuk rumah dengan berhati-hati. Dia balik agak lambat takut kena marah.
"Siapa yang hantar tu?" soal Ira, adik bongsu Dir. Ahli keluarganya yang lain sedang menonton televisyen ketika itu. Maklumlah ada midnight movie. Lambat rupanya keluarga Dir tidur.
"Grab." kata Dir sambil tersenyum. Dia malas nak pening-pening kepala.
"Baiknya orang grab siap lambai lagi." perli Ira. Dia mengangkat keningnya dan tersenyum senget.
Dir tercengang. Ira nampak?
"Err.. Kebetulan orang grab tu ex classmate angah dulu." Dir membohong.
"Ohh.." kata Ira.
"Tapi bukan tadi angah pergi dengan kak Iffah ke?" soal Ira.
"Budak ni! Banyak tanya pulak." bisik hati Dir.
"Angah tak balik dengan Iffah?" soal ibu pula. Ibu memandang Dir.
"Omg." bisik hati Dir. Dia mula mengelabah. Fikirannya ligat memikir alasan.
"Err.. Iffah ada hal tadi ibu." Dir memberi alasan. Terpaksalah menipu nak buat macam mana.
"Ni semua sebab Megat. Tak pasal-pasal aku kena menipu keluarga aku." bisik hati Dir.
"Ohh.. Pergilah rehat dulu lepastu terus mandi." kata ibu.
"Okay." balas Dir. Nasib baik. Dia terus masuk ke dalam biliknya.
Dia sejukkan badan sebelum mandi. Dia juga membersihkan solekkan dimukanya dengan menggunakan micellar water. Kalau dah make up mesti kena bersihkan dulu. Barulah pori-pori muka tidak tersumbat. Setelah itu dia pun masuk ke bilik air untuk mandi.
"Peliklah Megat ni?" kata Dir setelah selesai mandi sambil mengeringkan rambutnya. Dia duduk dikerusi meja solek.
"Asal tiba-tiba je dia baik dengan aku? Hantar balik bagai." Dir menyikat rambutnya. Dia pandang mukanya dicermin.
"Buang tabiat betul." kata Dir. Dia rasa Megat lain sangat hari ni. Bukan Megatnya dia kenal dulu. Sikap dan kelakuannya nampak sedikit berbeza.
"Ke sebab dia malu aku nampak dia kena tampar tadi?" Yelah, Megat yang dulukan sentiasa poyo dan nampak macho. Mesti dia malu orang macam Dir nampak aib dia tu. Dir tersenyum depan cermin.
Dir memakai toner dan moisturiser dimukanya. Dia pun nak juga nampak cantik dan awet muda macam model dalam iklan. Tak cantik pun takpe janji kulit muka bersih dan licin. Setelah itu dia baring dikatil.
"Macam manalah aku boleh jumpa dia hari ni?" kata Dir. Selalu je jadi macam ni. Setiap kali Dir nak lupakan Megat ada sahaja yang membuatkan Dir teringat kembali kepada Megat. Kenapalah..
"Haish.." Dir memasang lagu ditelefonnya, fon telinga disumbat ke telinganya. Dir mendengar lagu. Dia mahu menenangkan hatinya yang serabut.
Share this novel