Bab 64

Drama Completed 14233

"Jangan bergerak tempat ni sudah dikepung." kedengaran suara polis dari luar. Nampaknya pihak polis telah berjaya menghidu kegiatan mereka.

"Hah?" Raisya terkejut.

"Lari!" Uno dan konconya bertempeliaran lari. Mereka terkejut.

"No!" kata Raisya.

"Korang jangan lari." kata Raisya kepada mereka. Dia bangun. Dia terkejut sangat. Dia juga takut dengan kehadiran polis. Dia tak nak mahu masuk penjara.

"Jangan lari. Kalau tak aku tak bayar upah korang semua." ugut Raisya.

Mereka semua langsung tidak mempedulikan kata-kata Raisya. Mereka hanya mahu menyelamatkan diri sendiri saat ni.

Megat mengambil peluang ini. Dia terus mengesot dan menghampiri Dir. Dia buka ikatan Dir dan dia peluk tubuh Dir.

"Dear.." kata Megat. Mereka menangis. Dalam pada masa yang sama mereka bersyukur kerana akhirnya mereka selamat.

Salah seorang daripada penculik itu telah melanggar Raisya semasa bertempiaran berlari. Hal ini menyebabkan Raisya jatuh terduduk.

"Arghh.." Raisya mengerang kesakitan. Perutnya terasa sakit. Dia pegang perutnya. Kelihatan darah merah mengalir dicelah kangkangnya.

"No. No!" kata Raisya. Dia benar-benar terkejut. Dia gagahkan diri untuk bangun. Dia lihat Megat dan Dir yang sedang berpelukan.

"Semua ni salah korang." jerit Raisya. Dia ambil pistol dilantai lalu dia acukan ke arah Dir dan Megat.

"Jangan." kata Megat. Dir terkejut. Megat peluk Dir dan letak kepala Dir didadanya. Dia halang Dir menggunakan belakang badannya. Dia tidak mahu terjadi sesuatu yang buruk pada Dir.

"Mati korang." kata Raisya.

Bang! Bunyi tembakan. Satu tembakan telah dilepaskan. Mereka semua terkejut.

"Awak?" kata Dir. Megat terkulai. Nampaknya peluru mengenai bahu Megat.

"Arghh.." Megat mengerang kesakitan.

"Ya Allah.. Megat." Dir meraung. Dia menangis teresak-esak. Dia takut melihat darah yang mengalir.

"Dir.. Dir.. Saya okay. Look. Jangan nangis sayang." kata Megat sambil menahan sakit. Dia lap airmata Dir. Dalam kesakitan dia tersenyum. Sekurang-kurangnya Dir selamat.

Raisya terduduk. Dia menangis dan dia menjerit. Kelakuan dia tidak ubah seperti orang kurang siuman. Polis datang dan terus mengari tangan Raisya. Dia tidak melawan.

"Dir?" kata salah seorang anggota polis. Dir mengangkat kepalanya.

"Along?" kata Dir. Along menghampiri Dir. Dia peluk Dir. Dia tidak sangka langsung hal ini.

"Along.." Dir menangis.

Along adalah seorang inspektor polis. Dia baru sahaja tugaskan untuk bekerja di Kedah.

"Ya Allah Dir. Jom kita pergi hospital." along lihat lebam dimuka Dir dan Megat yang sedang kesakitan.

Mereka pun dibawa ke hospital. Manakala Uno dan konconya telah ditangkap dibawa ke balai polis. Raisya pula dibawa ke hospital untuk beri rawatan.

"Lepaskan aku lah." kata Uno semasa dibawa masuk ke kereta polis.

"Senyap. Kamu berhak untuk berdiam diri." kata anngota polis.

Setelah itu, mereka pun didakwa dan dipenjara. Manakala Raisya telah menjadi gila dan dimaksudkan ke hospital mental.

"Aku tak gila. Anak aku mana? Mana anak aku?" soal Raisya seorang diri. Sekali sekala dia ketawa kemudian bertukar sedih pula.

"Hush, little baby, don't say a word. Mama's gonna buy you a mockingbird and if that mockingbird won't sing. Mama's gonna buy you a diamond ring." Raisya menyanyi sambil membuat gaya ibu yang ingin menidurkan anak. Dia tersenyum ke arah lengannya yang seperti sedang mengendong bayi.

Rausya tidak dapat terima kenyataan atas apa yang terjadi. Dia menjadi gila kerana keguguran. Kini dia terperangkap dalam ilusi seumur hidupnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience