Bab 12

Drama Completed 14233

"Dir, terima kasih tau tolong aku hari tu." Iffah sangat berterima kasih kepada Dir. Atas bantuan Dir mesyuarat yang dijalankan dapat berjalan dengan lancar. Iffah pun tidak kena marah dengan majikannya.

"Sama-sama." Dir menghirup kuah tomyamnya. Hari ini Iffah belanja Dir sebab Dir dah bantunya hari tu.

"Kau jumpa Encik Megat eh hari tu?" soal Iffah.

"Ha'ah. Tapi aku pun terjumpa Raisya jugak." kata Dir.

"Kau terjumpa Raisya? Dia ada cakap apa-apa ke?" soal Iffah.

"Ada. Dia ada tanya." kata Dir.

"Tanya apa?" Iffah mengangkat kening.

"Pasal hubungan aku dengan Megat." kata Dir.

"Kau jawab apa?" soal Iffah.

"Tak sempat jawab, Megat yang jawabkan." kata Dir.

"Omg. Encik Megat kata apa?" soal Iffah. Dia kelipkan matanya. Dia teruja nak tahu apa jawapan Megat.

"Err.. Takde apa." kata Dir. Dia tidak mahu ceritakan tentang perkara itu. Lagipun Megat cuma menipu masa tu.

"Dir kau dengan Encik Megat dulu macam mana eh?" soal Iffah. Dia tertanya-tanya dengan hubungan Dir dan Megat.

"Macam mana apa?" soal Dir. Dia tidak mengerti.

"Maksud aku hubungan kau dengan dia." soal Iffah.

"Classmates je." kata Dir.

"Ohh." Iffah mengangguk. Patutlah dorang macam rapat.

"Dir kau nak kerja tempat aku tak? Tempat kerja aku ada kosong." soal Iffah. Sebelum ni Dir ada tanya Iffah mengenai jawatan kosong. Dir tengah mencari kerja sekarang ni.

"Err.." Dir memang nak kerja tetapi kalau boleh dia tidak mahu ada kena mengena dengan Megat.

"Kenapa?" soal Iffah. Dia terasa pelik sedikit.

"Tempat kerja kau ada Megat kan? Err takpelah." kata Dir. Rosaklah proses move on dia nanti kalau hari-hari jumpa dengan Megat.

"Memanglah Encik Megat tu bos aku. Tapi kat atas ada lagi bos. Kenapa kalau ada Megat? Kau tak suka dia?" soal Iffah.

"Bukan tak suka cuma.." Dir serba salah. Otaknya ligat memikirkan idea yang sesuai.

"Jangan-jangan Encik Megat tu ex kau?" kata Iffah, dia pegang tangan Dir. Dia tenung muka Dir dan dia mengangkat keningnya.

"Eh. Bukanlah. Aku tak nak kerja dengan orang yang aku kenal. Kau tahukan apa jadi pada aku sebelum ni." kata Dir. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali.

"Ohh faham. Tapi Encik Megat tu baiklah. Dia profesional." kata Iffah. Dia makan makanannya.

"Takpelah." kata Dir. Dia tak nak ada kena mengena dengan Megat.

"Haih.. Kalaulah Iffah tahu yang Megat tu ex crush aku.. Tentu dia tak paksa aku.." bisik hati Dir. Dia termenung jauh.

"Dir.. Okay tak? Asal termenung?" soal Iffah. Dia petik jari didepan muka Dir.

"Err. Takde apa." Dir makan makanannya semula.

"Sedap rasa tomyum ni. Rasa pedas-pedas manis. Lain kali nak makan kat sini lagilah." puji Dir. Dia nak ubah topik perbualan.

"Tulah. Aku selalu makan sini. Memang sedap pun." kata Iffah. Dia tahu makanan kat sini sedap sebab tu dia bawa Dir ke sini.

Setelah selesai makan, Iffah dan Dir berbual sekejap sebelum balik supaya makanan yang dimakan dapat dihadam.

"Dir.. Sabtu nanti kau nak pergi Putrajaya tak?" soal Iffah. Hari Sabtu ni dia merancang untuk ke sana.

"Buat apa pergi sana?" soal Dir.

"Sambutan kemerdekaan yang ke-62." kata Iffah.

"Oh.. Kau pergi ke?" soal Dir.

"Mestilah aku pergi sebab tu aku ajak kau." kata Iffah.

"Oh.. Naklah." kata Dir. Dia belum berkesempatan lagi nak tengok sambutan kemerdekaan depan mata. Mesti best.

"Okay.." balas Iffah. Setelah itu mereka pun pulang ke rumah masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience