Ring.. Ring.. Telefon Megat berbunyi. Megat ambil dan lihat skrin telefonnya.
"Siapa call?" soal Farouq. Dia dan Farouq saling berpandangan. Mereka sedang mencari Dir ketika ini.
"Private number." kata Megat. Dia rasa pelik apabila tiba-tiba ada nombor private menghubunginya.
"Hello." Megat menjawab panggilan tersebut. Dia menggunakan perkataan hello berbanding memberi salam kerana dia tidak pasti siapa yang menghubungi.
Senyap tanpa sebarang balasan. Megat terasa pelik. Nak main-main ke ni?
"Hello? Siapa ni?" soal Megat. Siapa pula yang telefon dia ni?
"Megat.." kata si pemanggil dengan perlahan. Megat terkejut.
"Dir? Awak ke tu? Dir?" soal Megat. Dia cam suara Dir. Farouq mengangkat keningnya.
"Dear awak okay tak? Awak kat mana? Dah puas saya cari awak." kata Megat. Megat risau sangat. Dia lega yang Dir hubungi dia. Sekurang-kurangnya dia tahu yang Dir selamat.
"Saya okay." kata Dir. Suaranya kedengaran sedih. Dia menjadi sebak. Megat sememangnya kedengaran seperti risau pada Dir.
"Please dear awak pergi mana? Saya rindu awak. Baliklah." kata Megat. Dia merayu. Dia mahu Dir kembali ke pangkuannya. Dia hilang arah tanpa Dir, isterinya.
Airmata Dir mengalir laju. "Abang.. Lepas ni jangan cari saya lagi. Saya tak nak jumpa abang. Saya nak bebas." kata Dir. Airmatanya mengalir lagi.
"Hah? Apa maksud Dir ni?" soal Megat. Sudah beberapa hari mereka tidak berjumpa dan hari ini baru dapat bercakap. Paling tidak sangka itu yang keluar dari mulut Dir.
"Maafkan saya bye abang." kata Dir. Dia tidak dapat menahan sebak. Setelah itu, panggilan terus dimatikan.
"Dir? Dear? Hello?" kata Megat. Dia jadi mengelabah. Dia tak faham dengan permintaan Dir. Megat tidak mahu kehilangan Dir. Dia jadi tidak keruan.
Megat mahu menghubungi Dir semula tapi tidak boleh kerana Dir menggunakan nombor private. Megat cuba menghubungi nombor telefon Dir pula tetapi tidak dapat.
"Argh!" kata Megat. Dia tidak faham dengan apa yang berlaku. Sebelum ni semua nampak normal. Tiba-tiba sahaja hal ini terjadi. Fikiran dia serabut. Apa yang berlaku? Dir mana? Apa yang sudah terjadi?
"Kenapa bro?" soal Farouq. Dia pelik melihat kelakuan Megat.
"Dir, dia kata dia tak nak jumpa aku lagi. Dia kata jangan cari dia." kata Megat. Hatinya rasa tak sedap.
"Seriously man? How come?" soal Farouq. Dia terkejut. Kenapa pulak? Dir kan isteri Megat.
"Entahlah. Aku rasa tak sedap hati gila ni." kata Megat. Dahinya berkerut. Dia tidak berhenti fikir dengan kata-kata Dir.
"Asal?" soal Farouq. Dia pun tidak faham dengan apa sebenarnya yang berlaku.
"Aku pelik sebab tiba-tiba Dir panggil aku abang. Since kita orang kahwin dia tak pernah panggil aku abang dan aku tak pernah suruh dia panggil aku abang, sebab aku suka dia panggil nama aku." kata Megat. Dia buat muka pelik.
"Hmm.. Pelik. Dia ada kata apa-apa lagi tak?" soal Farouq.
"Tak. Lepas dia cakap macam tu terus dia letak." kata Megat.
"Lagi satu kenapa dia pakai private number sedangkan telefon dia kan ada kenapa tak guna fon sendiri?" kata Megat. Dia mula rasa tak sedap hati.
"Mungkin dia tak nak orang call. Perlukan privacy?" kata Farouq.
"Tapi aku rasa lain macam. Dia tak pernah buat macam ni." kata Megat.
"Aku rasa better kita cari dia." kata Farouq.
"Nak cari kat mana?" soal Megat.
"Err." balas Farouq. Dia pun tak tahu nak cari dekat mana.
Mereka sudah buat laporan polis tapi Dir belum ditemui. Mereka sendiri buntu nak cari Dir dekat mana. Semua tempat dah cari.
Kehilangan Dir, Megat rahsiakan dari keluarganya. Dia sendiri tak tahu nak jelaskan pada mereka. Firasatnya Dir masih disini cuma dia tak tahu kat mana.
"Dir.. Mana awak.." bicara hati Megat. Dia benar-benar rindu pada Dir.
Setelah itu, pencarian Dir tetap dilakukan. Megat mencari Dir sendirian kerana Farouq perlu menguruskan hal kerja dan keluarganya.
Share this novel