Bab 65

Drama Completed 14233

Ahli keluarga Dir terus bertolak ke Kedah pada hari itu juga. Hal ini setelah mereka mendapat berita daripada along mengenai Dir. Mereka semua sangat terkejut atas perkara yang menimpa Dir dan suaminya.

"Ya Allah ayah jangan laju sangat." kata ibu. Dia lihat ayah bawa kereta agak laju saat ini.

"Ye ayah." kata Ira. Dia pun risau juga dengan keadaan kakaknya tetapi pemanduan ayah memang agak laju.

Ayah risaukan anak dan menantunya. Dia ingin cepat sampai. Tiga jam pemanduan mereka sekeluarga tiba dihospital Sultanah Bahiyyah.

"Hello along. Along kat mana? Kami dah sampai." soal Ira. Dia terus telefon along. Mereka masuk ke lobi hospital.

"Okay along turun." kata along. Panggilan dimatikan. Along terus turun ke bawah.

"Ibu, ayah." panggil along.

"Along." kata Ira.

Along menghampiri keluarganya. Dia bersalaman dengan ibu, ayah dan Ira.

"Along, Dir macam mana? Megat? Mereka macam mana?" soal ibu. Dia cemas sangat apabila along menghubunginya sebentar tadi.

"Ye macam mana keadaan angah?" soal ayah. Mereka semua risau dengan keadaan Dir dan suami.

"Angah okay. Dia ada kat wad biasa. Megat cedera sikit dan kena jahit kat bahu dia. Mereka tengah diberi rawatan." kata along.

"Ya Allah.. Along.. Macam mana boleh jadi macam ni?" soal ibu. Dia risau sangat. Hati ibu mana yang tidak susah hati apabila anak dan menantunya ditimpa musibah. Apalah yang telah menimpa pada Dir?

"Along pun tak tahu. Along pergi situ pun sebab ada orang buat report kata mungkin ada kes penculikan kat situ. Along tak sangka orang yang kena culik tu Dir, Megat dan sorang lagi pak cik." kata along.

Pak cik tersebut adalah tok kadi. Dia yang hanya cedera ringan diberi rawatan pesakit luar dan dibenarkan pulang ke rumahnya.

"Culik? Apa? Ya Allah." soal ibu. Dia menangis. Selama ini Dir ada bagitahu yang dia dan Megat ke sini hanya untuk bersiar-siar sahaja. Namun Dir hanya senyap sahaja selepas itu. Macam boleh jadi macam ni? Kenapa Dir diculik?

"Along pun tak tahu ibu. Pihak polis akan siasat perkara ni." kata along. Dia sendiri tidak tahu kenapa hal ini terjadi. Dir sendiri belum ceritakan apa-apa. Jadi dia tidak boleh memberitahu apa-apa.

"Habis orang jahat tu? Dah kena tangkap tak?" soal Ira. Dia pun tak sangka hal ni boleh terjadi. Kesian kepada angah dan abang Megat.

"Dorang semua dah kena tangkap." kata along.

"Alhamdulillah. Boleh tak kami nak tengok angah? Sekejap pun jadilah." soal Ira. Dia teringin sangat nak jumpa kakaknya.

"Boleh. Jom." kata along. Mereka pun melawat Dir.

"Ibu, ayah." kata Dir. Sebaik sahaja ibu dan ayah masuk ke biliknya.

"Dir." ibu terus peluk dan kucup ubun-ubun Dir. Dir menangis.

"Angah.." kata Ira. Dia turut memeluk Dir.

"Alhamdulillah angah selamat." kata ayah. Dir salam tangan ayahnya. Dir mengangguk perlahan.

Dir senyap sahaja. Keluarga Dir pun tidak memaksa Dir ceritakan apa-apa. Mereka beri masa kepada Dir.

Beberap hari juga Dir berada dihospital dan setelah itu barulah dia dibenarkan pulang. Begitu juga dengan Megat. Mereka tinggal dirumah ibu dan ayah buat seketika. Mereka berdua dijaga ibu dan ayah.

Keluarga Megat juga datang melawat Dir dan Megat. Mereka memberi kata-kata semangat kepada mereka berdua.

Dir agak trauma dengan perkara yang terjadi. Tidur malamnya juga terganggu. Ira yang menjadi peneman Dir pada setiap malam.

Megat pula beransur pulih. Dia terima sedikit jahitan dibahunya. Peluru juga telah dikeluarkan. Megat bernasib baik kerana peluru tidak mengenai mana-mana organ yang penting.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience