Dir bersiap untuk ke rumah Kak El. Seperti biasa dia akan menjaga Mimi dan Noah.
"Pergi dulu ibu." kata Dir. Dia salam dengan ibu. Ibu menghulurkan bekal makanan untuk Dir.
"Terima kasih ibu." kata Dir. Ibu mengangguk. Dir memakai helmetnya dan keluar rumah. Enjin motor dihidupkan.
"Hati-hati bawa motor tu." kata ibu.
"Okay ibu." kata Dir. Dia pun bergerak ke rumah Kak El.
"Assalamulaikum." ucap Dir apabila tiba dirumah Kak El.
"Waalaikumsalam Dir." kata Kak El.
"Hari macam biasa je tau. Cuma hari ni budak-budak cuti. Dan akak kena pergi dulu. Ada hal." pesan Kak El. Dir mengangguk.
"Bye Mimi, Noah. Jangan nakal-nakal. Dengar cakap Auntie." pesan Kak El kepada anaknya. Dia peluk dan cium anak-anaknya.
"Bye Dir." kata Kak El.
"Bye kak. Hati-hati." kata Dir. Kak El pun memandu pergi.
"So kita nak buat apa hari ni?" soal Dir kepada Mimi dan Noah.
"Hide and seek." kata Mimi.
"Hide and seek?" kata Dir.
"Ha'ah. Auntie kira, Mimi dengan Noah sembunyi." kata Mimi. Noah mengangguk.
"Okay, one, two, three.." kira Dir sambil menutup matanya.
"Jom adik menyorok cepat." kata Mimi kepada Noah. Mereka pun menyorok.
"Dah ke belum?" soal Dir.
"Dah." jerit Noah. Dir ketawa. Mimi menepuk dahi ditempat persembunyiannya.
"Okay.. Jaga-jaga auntie cari sekarang." kata Dir.
"Hmm.. Mana Noah dengan Mimi ni?" kata Dir. Dir berjalan sekeliling rumah.
"Bah!" kata Dir apabila berdiri dibelakang sofa. Kosong. Tiada orang.
"Hmm.." dia cari dibawah meja makan pula.
"Bah!" kata Dir.
"Ah! Auntie.. Lari.." kata Noah.
"Rawrr... Kejar dia..." kata Dir. Dir pun berlari untuk menangkap Noah.
"Dapat." Dir peluk tubuh Noah.
"Ala.." kata Noah.
"Jom kita cari kakak Mimi." ajak Dir.
"Jom..." kata Noah.
"Kakak.." panggil Noah.
"Mimi.." panggil Dir pula. Mereka cari dibilik mainan.
"Jumpa tak?" soal Dir.
"Takde." kata Noah.
"Jom kita cari kat dapur pulak." mereka pun berjengket ke dapur.
"Shuhh.." kata Noah. Dir mengangguk.
"Tu.." kata Dir. Dia nampak kaki Mimi ditepi almari dapur. Noah mengangguk.
"Bah!" kata Noah. Mimi terkejut. Mereka ketawa bersama.
"Jom pergi depan." ajak Dir. Bahaya main kat dapur.
"Korang dah sarapan?" soal Dir.
"Dah.. Mummy buat roti bakar." kata Mimi.
"Oh.. Lunch nanti nak makan apa?" soal Dir.
"Nak makan mac and cheese." kata Noah. Mimi mengangguk.
"Okay.. Korang tengok tv dulu. Auntie nak masak. Jangan gaduh-gaduh tau. Kalau nak main, main elok-elok." pesan Dir.
"Okay auntie." kata Mimi sambil buat simbol okay. Noah memgangguk
"Good." kata Dir. Dia pun ke dapur untuk memasak. Dir ambil semua bahan-bahan dan mula memasak.
Ring.. Ring.. Telefon Dir berbunyi.
"Siapa pulak call ni?" kata Dir.
"Megat?" Dir mengelabah. Sudahlah Megat buat panggilan video. Dir pun sarungkan tudung dikepala.
"Hi Megat.." kata Dir malu-malu.
"Hi dear. Buat apa tu?" soal Megat.
"Saya tengah masak. Kenapa?" soal Dir.
"Oh.. Mesti sedap. Buat saya teringin nak makan makanan yang awak buat." kata Megat.
"Saya masak biasa-biasa je." kata Dir.
"Everything okay tak?" soal Megat.
"Okay." Dir mengangguk.
"Dir.. Tak rindu saya ke?" soal Megat.
"Err.." Dir jadi malu.
"I'm waiting.." kata Megat sambil mengangkat keningnya.
"Ye." Dir mengangguk. Megat tersenyum.
"Okaylah pergilah sambung masak tu. Bye love." kata Megat. Itu je tujuan dia buat panggilan video. Nak menatap wajah insan kesayangan. Maklumlah dah lama tak berjumpa.
"Bye." kata Dir sambil melambai.
Setelah itu, dia pun sambung memasak. Usai masak dia hidangkan dan makan bersama Mimi dan Noah. Dir makan bekalnya. Hari ni sama seperti hari-harinya yang lain. Dia buat aktiviti sikit dengan Mimi dan Noah dan pulang ke rumah apabila Kak El sudah pulang.
Share this novel