Bab 21

Drama Completed 14234

Rutin harian Dir dirumah adalah seperti biasa iaitu menonton televisyen. Sebenarnya dia agak bosan juga. Tetapi nak buat apa lagi? Itu je yang Dir boleh buat kat rumah. Nak keluar rasa malas pula.

"Dir.. Tolong ibu sapu sampah." kata ibu yang sedang menyiapkan makanan tengahari.

"Okay.." Dir ambil penyapu dan penyodok didapur. Dia pun mula sapu sampah diruang tamu. Setiap penjuru disapu.

"Ibu.. Kak El minta tolong jaga Mimi dengan Noah." kata Dir sambil menyapu.

"Jaga? Jaga macam mana?" soal Ibu. Dir berjalan ke dapur.

"Jaga setiap hari Isnin sampai Jumaat. Dir kena pergi rumah Kak El. Lepastu tolong siapkan anak dia dengan bagi makan semua. Petang tu boleh balik. Kak El minta tolong Dir sebab pengasuh anak dia balik kampung." kata Dir.

"Ohh.. Sampai bila?" soal ibu.

"Tak tahulah ibu. Tapi bolehlah ibu sebab ni pun lebih kurang macam kerja juga. Cuma jadi pengasuh je. Gaji pun dapat." kata Dir.

"Hmm.. Boleh. Tapi kena bagitahu ayah dulu. Lepastu kena hati-hati bawa motor tu." pesan ibu. Rumah Kak El agak jauh dari rumah Dir. Tetapi tidaklah terlalu jauh sangat.

"Okay. Terima kasih ibu." ucap Dir. Dia menyapu dibahagian dapur pula.

Malam itu, Dir beritahu ayah tentang pekerjaan barunya sama seperti yang dia yang dia katakan pada ibu.

"Ayah, angah dapat kerja." kata Dir. Dia menghampiri ayah yang sedang menonton berita. Dia duduk disofa.

Ayah menoleh ke arah Dir. "Kerja apa?" soal ayah.

"Jadi pengasuh. Jaga anak Kak El. Dia minta tolong." kata Dir.

"Okay ke kerja tu?" soal ayah.

"Okay je lagi pun tak susah sangat. Tolong jaga dan bagi makan je." kata Dir.

"Bila nak mula tu?" soal ayah.

"Kak El kata nanti dia bagitahu." kata Dir.

"Hmm.. Kalau okay, kerja jelah." kata ayah.

"Okay ayah." Dir tersenyum lebar. Dia gembira. Ayah memberi keizinan untuk dia bekerja.

Dia pun masuk ke bilik selepas itu. Dia ingin memberitahu perkara ini kepada Kak El.

"Hello Kak El, parent Dir kasi jaga Mimi dengan Noah." kata Dir. Dia menghubungi Kak El.

"Alhamdulillah." kata Kak El.

"Kalau macam tu Dir datang rumah akak Isnin depan tau." kata Kak El.

"Okay kak." kata Dir. Panggilan pun dimatikan. Dia pun tidur selepas itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience