Bab 40

Drama Completed 14233

Selepas sebulan berkahwin Dir dan Megat mendapat satu berita gembira. Megat telah dinaikkan pangkat.

"Dir.. Saya ada berita gembira nak bagitahu awak ni." kata Megat. Dia nampak teruja.

"Berita gembira apa?" soal Dir.

"Saya dah dinaikkan pangkat Dir." kata Megat.

"Naik pangkat? Alhamdulillah." kata Dir.

"Ye.. Alhamdulillah." kata Megat. Malam tu dia bawa Dir makan disebuah restoran mewah. Bagi Megat kalau Dir gembira automatik Megat juga akan gembira.

Namun disebalik kegembiraan itu, Megat jadi semakin sibuk dan kerap balik lambat.

Kadang-kadang Dir kesian juga tengok Megat. Hal ini kerana Megat kelihatan agak penat bila balik kerja. Megat juga kadang-kadang kelihatan termenung seperti ada masalah.

"Megat.. Awak penat ke?" soal Dir. Megat sedang bersandar disofa. Dia hampir sahaja terlelap.

"Dear?" kata Megat. Dia letakkan kepalanya dipeha Dir. Dir urut kepala Megat perlahan-lahan.

Megat tersenyum memandang Dir.

"Thank you dear." kata Megat. Dia penat sangat hari ni. Banyak tugasan yang perlu diselesaikan.

"Dear.. Sorry tau kalau lately ni saya busy sangat." kata Megat. Dia sedar yang sejak kebelakangan ini dia sentiasa sibuk. Mereka pun jarang keluar berjalan-jalan.

"Takpe saya faham. Awak kan baru naik pangkat." kata Dir. Dia bermain-main dengan rambut Megat. Dia faham situasi Megat.

"Haish.. Ni yang buat saya lagiiii... Sayang kat awak." kata Megat. Dia pegang tangan Dir. Dir tersenyum.

"Dir.. Hari ni awak masak apa?" soal Megat. Perut dia terasa lapar.

"Hari ni saya masak spagethi tom yam." kata Dir.

"Wah sedapnya. Nak makan." kata Megat. Megat bangun dari baringnya.

"Nope awak pergi mandi dulu. Bersihkan diri. Lepastu baru kita makan." kata Dir.

"Ala nak makan." kata Megat.

"Tak bolehlah. Awak kena mandi dulu." kata Dir.

"Yelah." kata Megat.

"Mandi tau... Jangan tidur pulak." kata Dir.

"Ye dear." kata Megat. Dia berlalu masuk ke bilik. Dir panaskan makanan.

Setelah itu mereka makan bersama.

"Sedap tak?" soal Dir.

"Sedap. Dir masak semuanya sedap." puji Megat.

Dir tersenyum. Dia gembira mendengar pujian Megat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience