"Dir.. Sebenarnya ada benda aku nak bagitahu kau." kata Iffah.
"Apa dia?" soal Dir.
"Sorry.. Aku tak boleh hantar kau balik.. Aku kena bawa bridesmaid kakak aku. Kakak aku nak photoshot kat taman jap lagi. Aku lupa.." kata Iffah.
"Kau ni.." Dir mengecilkan matanya.
"Sorrylah aku lupa. Kalau tak, apa kata kau ikut je kita orang." kata Iffah.
"Eh err.. takpelah aku boleh balik naik grab." kata Dir. Seganlah Dir bukan family Iffah pun. Lagipun bukan Iffah yang kahwin.
"Iffah saya balik dulu. Thanks ajak makan kenduri." kata Megat yang tiba-tiba muncul.
"Sama-sama. Terima kasih datang." kata Iffah.
"Hah! Aku ada idea." Iffah pandang Dir. Dir gerakkan kepalanya seperti bertanya apa.
"Megat boleh tak tolong hantar Dir? Dir nak balik." kata Iffah. Mata Dir terbeliak. Dia mengeleng. Dia sebut perkataan 'No' tanpa mengeluarkan suara kepada Iffah.
"Ish Iffah ni. Aku boleh balik sendirilah." bisik hati Dir.
Megat pandang Dir. Dir tersenyum.
"Boleh je." kata Megat.
"Pergilah Dir. Jimat duit grab kau." kata Iffah.
"Err.." Dir serba salah.
"Jom?" kata Megat.
"Hmm.. Takpelah." Dir tak nak tapi Iffah paksa Dir.
"Orang sudi tolong tak baik menolak." kata Iffah. Dir buat muka.
"Okaylah." kata Dir. Dia pun ikut Megat. Dia berharap sangat hari ni Megat bawa motornya.
"Jemput masuk." kata Megat. Dia buka pintu untuk Dir. Nasib baik hari ni dia bawa kereta.
"Bawak kereta pulak." bisik hati Dir. Megat pun memandu keretanya. Dia dah tahu alamat Dir. Jadi tak payah nak tanya lagi.
"Em.. Dir awak suka boba tea tak?" soal Megat.
"Boba tea? Bolehlah tapi tak minum selalu. Takut kencing manis." kata Dir.
"Kita singgah minum boba tea nak? Saya belanja." kata Megat. Keretanya masuk ke kawasan deretan kedai. Dia mencari parkir kereta.
"Haish mamat ni. Memang macam ni kan? Suka buat keputusan sendiri." bisik hati Dir.
Setelah kereta berhenti mereka pun turun dan menuju ke sebuah kedai.
"Awak duduk sini saya pergi order dulu." kata Megat.
"Okay." balas Dir.
Setelah beberapa minit, Megat pun kembali membawa dua cawan boba tea.
"Nah." Megat beri boba tea kepada Dir.
"Terima kasih." kata Dir.
"Sama-sama kasih." kata Megat.
"Megat ni.. Kenapalah? Silap hari bulan aku mati tercekik boba ni kang." bisik hati Dir. Dia sedut minuman tersebut.
"Sedap?" soal Megat. Dir mengangguk dan tersenyum.
"Okaylah kalau sedap, nanti kalau awak nak minum boba lagi cakap je kat saya. Saya bawa awak." kata Megat. Dir senyap sahaja. Dia keliru.
"Dir.. Awak malu ke dengan saya? Senyap je?" soal Megat.
"Ya Allah mamat ni.." bisik hati Dir.
"Taklah." kata Dir.
"Habis tu?" soal Megat.
"Takde apa. Takde topik nak cakap." kata Dir.
"Awak tak suka saya ke?" soal Megat. Dia rasa yang Dir ni macam tak suka dia.
"Taklah mana ada." kata Dir. Dia serba salah. Agaknya Megat terasa kot dengan kelakuan dia yang agak dingin. Bukannya apa Dir takut terbawa-bawa dengan perasaannya.
"Okaylah kalau tak." kata Megat.
Setelah itu, Megat pun hantar Dir pulang.
"Terima kasih hantar saya balik. Terima kasih juga belanja boba tea." ucap Dir kepada Megat.
"Sama-sama. Nanti kita lepak lagi tau. Bye." kata Megat.
"Lepak lagi? Haish.." bisik hati Dir. Dir hanya membalas dengan senyuman dan terus masuk ke dalam rumah.
Share this novel