Bab 54

Drama Completed 14234

Setelah selesai Megat pun ingin pulang ke rumah. Hujan lebat tadi dia lepak lama sikit. Lepastu dia singgah bank sekejap. Semasa dia hendak pulang dia mendapati keretanya tidak dapat dihidupkan.

"Kenapa pulak ni? Tadi okay je." kata Megat. Enjin kereta dihidupkan beberapa kali tetapi tidak berjaya.

"Aduh..." kata Megat. Bonet depan dibuka. Dia pun memeriksa kenderaannya.

"Semua nampak okay." kata Megat.

"Haish.." Megat menggaru kepala.

"Mana Megat ni tak balik lagi?" soal Dir. Jam menunjukkan jam 1O.25 malam. Selalunya Megat akan balik awal tetapi hari lewat pula. Lamanya Megat jumpa Farouq. Dir nak bagi Megat rasa bahulu yang dia buat.

Tok.. Tok.. Pintu rumah diketuk. Dir pun segera menyarungkan tudung. Pintu rumah dibuka.

"Hi kak." kata seorang lelaki seorang.

"Ye?" soal Dir. Dia agak curiga dengan kehadiran lelaki itu. Buat apa dia datang rumah Dir malam-malam macam ni. Takkan nak minta derma kot. Atau nak tanya alamat?

"Sebenarnya kak, suami akak terlibat dalam kemalangan. Dia ada kat hospital sekarang ni. Dia cedera parah." kata lelaki.

"Apa? Megat kemalangan?" Dir terkejut sangat.

"Ye suami akak kemalangan. Jom ikut saya pergi hospital sekarang. Suami akak perlukan akak?" kata lelaki.

"Tapi.." Dir rasa curiga dengan lelaki ini. Siapa dia? Macam dia boleh tahu alamat rumah ni? Siapa yang beritahu dia? Megat kan cedera parah.

"Awak siapa? Macam mana awak tahu alamat rumah ni? Macam mana awak tahu ni rumah Megat?" soal Dir. Dia perlu berhati-hati.

"Ohh.. Saya Haze. Sepupu Megat. Megat pernah bagitahu dia tinggal sini. Saya ada ditempat kejadian cumanya masa tu kereta Megat rosak. Saya yang tolong dia. Lepas siap baiki kami masing-masing nak balik. Lepastu tiba-tiba je dia kemalangan." kata Haze.

"Ya Allah." kata Dir. Airmatanya mengalir.

"Jom kak cepat." kata Haze.

Dir pun ambil telefon dan terus ikut Haze. Dia risau sangat dengan keadaan Megat. Dia berdoa agar Megat selamat dan dilindungi.

Jam 12.00 malam barulah Megat balik ke rumahnya. Keretanya dibaiki disebuah bengkel. Nasib baik bengkel itu masih dibuka.

"Assalamulaikum.. Dir.." panggil Megat. Tiada sahutan yang diterima. Megat pun buka pintu sendiri. Dia terasa pelik apabila pintu tidak dikunci.

"Dir.." panggil Megat. Dia masuk ke bilik. Tiada Dir disitu. Dia ke bilik air. Pintu bilik air ditolak. Tiada orang.

"Dir!" panggil Megat. Dia mula risau.

"Mana Dir ni?" soal Megat. Seluruh pelosok rumah dia cari Dir. Tetapi tidak ketemu.

"Ya Allah." Megat terasa panik. Dia ke rumah Mak Dah.

"Assalamulaikum Mak Dah." pintu rumah Mak Dah diketuk.

"Waalaikumsalam abang Megat. Mak tak dak. Dia pi rumah saudara. Tido sana. Awat?" soal Siti, anak Mak Dah.

"Err.. Kak Dir ada datang sini tak?" soal Megat.

"Kak Dir? Takda. Dia tak mai sini pun." kata Siti.

"Pasaipa bang. Kak Dir hilang ka?" soal Siti.

Megat mengangguk.

"Dia pi kedai kot. Talipon la dia." kata Siti.

"Hmm agaknya." kata Megat.

"Takpelah terima kasih." ucap Megat. Siti menutup pintunya.

Megat kembali ke rumahnya. Dia mendail nombor telefon Dir. Panggilan yang dibuat gagal dihubungi. Megat rasa risau dengan keadaan Dir.

"Dir.. Awak pergi mana?" soal Megat. Megat tunggu dirumah selama beberapa minit. Setelah itu dia memandu sekitar kampung. Tiada pun kelibat Dir dimana-mana.

"Ya Allah.. Dear awak pergi mana?" soal Megat. Dia mencari terus mencari. Dir hilang macam tu je. Megat jadi risau sangat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience