Bab 61

Drama Completed 14234

Sebenarnya Dir masih dikurung Raisya. Raisya yang paksa Dir cakap macam tu. Skrip dibuat oleh Raisya. Dia juga yang telefon Megat. Sebab itulah dia guna nombor perbadi.

"Argh!!" Raisya mengamuk. Dia mula rasa tertekan. Fikirannya serabut sangat. Dia tak tahu hendak berbuat apa lagi. Otaknya sudah tepu. Tiada apa pun yang berlaku. Semuanya masih sama sahaja.

"Kau kenapa?" soal Haze. Dia pelik tengok Raisya yang mengamuk tidak tentu pasal. Sudah serupa perempuan gila.

"Aku geram." kata Raisya. Dia menghentak penumbuknya dimeja. Nampaknya dia seperti benar-benar geram.

"Geram? Kau geram dengan siapa? Perempuan tu?" soal Haze. Dia tarik kerusi plastik dan duduk dihadapan Raisya.

"Aku geram dengan perempuan bodoh tulah. Siapa lagi? Dia percaya sangat suami dia tu. Suami dia pun bodoh jugak!" kata Raisya. Dia benci pada Dir dan Megat. Mereka berdua menyusahkan hidup Raisya. Dia sangat menyampah pada mereka.

"Biasalah tu. Isteri mana yang tak percaya suami sendiri." kata Haze. Dia tersengih. Dia mengeluarkan rokok dari kotaknya.

"Mana boleh!" tengking Raisya. Dia ambil rokok Haze.

"Eh apasal ni?" soal Haze. Dia terkejut.

"Jangan merokok depan aku. Secondhand smoke bahaya untuk aku." kata Raisya. Dia perlu menjaga kandungannya.

"Okay sorry." kata Haze. Dia simpan rokoknya didalam poket semula.

"Kalau susah sangat kau bunuh je dorang. Habis cerita." kata Uno. Sudah lama dia tidak buat kerja tu. Macam teringin pula. Uno duduk sebelah Haze.

"Tak boleh. Tak semudah tu. Aku nak dorang rasa terseksa. Tapi bukan mati." kata Raisya.

"Dah tu?" soal Haze.

"Korang ada idea tak? Apa yang aku kena buat sekarang?" soal Raisya. Dia pandang muka Haze dan Uno. Mereka memikirkan sesuatu.

"Aku ada idea. Itupun kalau kau boleh up kan upah kita orang." kata Uno. Dia mendapat satu idea yang mungkin sesuai.

"Hah? Cepat bagitahu sekarang. Kalau bagus aku setuju." kata Raisya. Dia teringin sangat nak tahu.

Uno pun membisik ditelinga Raisya. Dia beritahu rancangannya. Raisya tersenyum lebar. Dia suka dengan idea Uno.

"Briliant! Tak sia-sia aku upah korang. Baik aku setuju. Aku tambah lagi 50 k." kata Raisya. Dia kelihatan gembira. Dia sangat setuju dengan rancangan Uno.

Dia sanggup buat apa sahaja untuk puaskan hatinya. Wang ringgit bukan masalah baginya. Yang paling penting dia dapat balas dendam. Dendamnya kian membara.

"Okay." kata Uno. Mereka ketawa. Ada rancangan baru yang akan mereka laksanakan nanti.

"Padan muka kau Dir." kata Raisya. Dia buat muka jahat. Dia tidak sabar nak balas dendam.

"Tunggulah nasib kau Megat." kata Raisya.

"No happy ending untuk korang berdua." kata Raisya. Dia tidak sabar nak laksanakan rancangan yang diberitahu oleh Uno. Dia ketawa seperti orang gila tanpa pedoman.

"Aku nak korang settle kan hal ni cepat. Lagi cepat lagi bagus." kata Raisya.

"Jangan risau bos. Aku dengan budak akan settle kan hal ni sekelip mata." kata Uno. Dia bangga diri.

"Bagus! Tapi ingat jangan sampai ada orang atau polis hidu pasal hal ini. Kalau tak tahulah nasib korang. Make sure clean and clear." Raisya memberi amaran.

"Mestilah bos. Kami tak kan fail bab-bab ni. Kami profesional." kata Uno dengan bongkaknya.

Ini bukan kali pertama dia buat kerja-kerja macam ni. Sudah banyak kali dan mereka cukup berpengalaman. Hal ini yang membuatkan Raisya berani nak upah mereka.

"Bagus! Buktikan baru aku percaya." kata Raisya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience