Dir masuk semula ke dalam rumahnya. Dia terus ke dapur.
"Ibu.. Mak Iffah bagi kek batik." kata Dir. Dia mengambil sudu, pisau dan piring.
"Oh. Okay." kata ibu yang sedang menonton televisyen.
"Ibu nak?" soal Dir.
"Boleh juga." balas ibu.
Dir potong kek batik tersebut dan letakkan dipiring. Setelah itu, dia berikannya kepada ibu.
"Nah ibu." hulur Dir. Dia duduk sebelah ibu. Dir dan ibunya makan kek tersebut.
"Emm.. Sedapnya." kata Dir. Ibu mengangguk. Masing-masing senyap dan menonton televisyen.
"Hai Nadim. I crush on you." kata seorang watak yang terdapat didalam drama televisyen.
"Crush?" bisik Dir.
Fikirannya mula melayang.. Seperti biasa fikirannya teringat masa persekolahan dulu.
"Dir.. Bagilah tahu siapa crush kau." kat Anne. Dia nak tahu sangat siapa crush Dir. Dia tarik tangan Dir.
"Kan aku dah bagitahu kau, aku takde crush." kata Dir. Dia cuba untuk menipu.
"Bohonglah. Takkan takde?" kata Anne. Dia yakin mesti Dir ada crush.
"Ha'ah takde." balas Dir. Dia berlagak seperti tiada apa-apa.
"Cepatlah Dir. Tak adillah kau tahu crush aku tapi aku tak tahu crush kau." kata Anne.
"Dah takde nak buat macam mana. Kau tu macam mana boleh crush dengan ehem.. ehem?" soal Dir. Dia cuba untuk alihkan topik.
"Err.. Dulu masa form 1 kan kita sekolah petang. Aku gi surau untuk solat zohor ke asar tah dah tak ingat. Lepastu lepas keluar surau, bedebuk aku terlanggar dia masa kat tangga. Jantung aku terus berdegup laju." cerita Anne penuh bersemangat.
"Apalah baru keluar surau terus terbatal air sembahyang. Macam drama je cerita kau ni. Takkan sebab tu je?" soal Dir.
"Sebab dia pandai. Aku suka orang pandai macam dia." kata Anne. Anne ni sejenis manusia yang suka pada orang yang pandai. Mula-mula dia jadikan Azam sebagai pesaing tetapi akhirnya perasaan lain mula timbul.
"Ohh.." balas Dir. Dia mengangguk.
"Yang kau tu. Siapa crush kau?" soal Anne. Masih lagi tidak mengalah.
"Aduh kau ni." kata Dir. Mereka masuk ke perpustakaan. Sekarang ni waktu rehat. Dir buat-buat mencari buku.
"Tengok ni SPM. Kau lupa tahun ni kita SPM?" kata Dir. Dia beri buku tersebut kepada Anne.
"SPM lain, crush lain." kata Anne. Dia meletak semula buku itu.
"SPM lagi penting mak cik." kata Dir. Dia pergi ke bahagian yang lain pula.
"Ye tahu. Tapi Dir kau bagitahu jelah siapa crush kau." kata Anne. Dia ikut Dir dibelakang.
"Kau betul nak tahu?" soal Dir. Dia berhenti berjalan dan pusing memandang Anne. Laju sahaja Anne mengangguk. Dir menarik tangan Anne dan ke tempat yang jauh iaitu disuatu sudut. Tempat yang tiada orang.
Dir mengeluarkan sehelai kertas dan pen dari kocek bajunya. Dia menulis sesuatu.
"Nah. Jangan baca kuat-kuat dan jangan judge." Dir memberi kertas itu kepada Anne.
"Omg!" kata Anne sebaik sahaja melihat nama yang tertera dikertas itu.
"Seriuslah. Megat?" Anne sebut tapi tak keluarkan suara. Hanya gerak mulut sahaja.
Dir mengangguk. Dia berasa malu. Dia pun tak pasti dengan perasaannya yang sebenar. Cuma buat masa ini Megatlah crush dia.
"Sejak bila?" kata Anne. Dia teruja. Tak sangka Dir boleh suka dengan Megat. Satu kelas pulak tu. Macam mana dia tidak boleh perasan.
"Masa form 3. Masa yang kita pergi jumpa puan pengetua tu. Time tu tiga saat aku tengok dia terus rasa something." kata Dir.
"Ala suweetnya." kata Anne.
Dir senyap sahaja.
"Tapi dia kan dah ada makwe." bisik Anne.
"Aku tahu." balas Dir dengan serius. Memang betul pelajar perempuan yang duduk sebelah Megat hari tu adalah teman wanitanya yang bernama Yasmin.
"Then?" kata Anne. Macam mana nak suka orang yang dah berpunya? Takkan Dir nak sailang pulak?
"Alah perasaan yang cepat datang, cepat jugaklah dia pergi. Lagipun crush je. Tak lebih tak kurang." kata Dir. Dia tidak meletakkan apa-apa harapan kepada Megat. Mungkin?
"Hmm.. Betul jugak." Anne mengangguk faham.
"Dir.." panggil ibu. Dia melihat anak perempuannya yang sedang gigit sudu. Tercekik sudu baru tahu.
"Hah?" Dir terkejut. Lamunannya terhenti.
"Berangan?" perli ibu.
"Taklah." jawab Dir. Dia ketawa.
"Asyik berangan je kerja." kata ibu.
Dir tersenyum. Dia makan kek batik yang masih ada dipiring. Dia tersenyum bila teringat pada masa tu.
Share this novel