Bab 13

Drama Completed 14233

Hari Sabtu, 31 Ogos 2019.

"Hello Dir.. Aku kat depan rumah kau ni." telefon Iffah. Awal-awal pagi lagi dia tunggu Dir didepan rumah Dir.

"Okay jap-jap." kata Dir. Panggilan Iffah dimatikan. Dia buka pintu dan keluar terus dari rumah. Dir pun bersiap awal cuma dia tengah bersarapan tadi.

"Hi Iffah. Salam kemerdekaan ke 62 tahun." tegur Dir. Dia gerakkan bendera kecil yang ada ditangannya.

"Hi. Salam kemerdekaan jugak." Iffah tersenyum ceria.

"Cantik baju." puji Dir. Iffah kelihatan cantik memakai baju t-shirt bendera Malaysia. Tinggi betul semangat patriotisme Iffah ni.

Iffah tersenyum. "Terima kasih. Baju kau pun cantik juga." kata Iffah. Dir memakai jersi Harimau Malaya yang berwarna biru memandang itu sahaja yang dia ada. Tetapi tidak mengapa kerana semangat kemerdekaan itu ada didada.

"Jom tunggu bas kat bus stop." ajak Iffah. Hari ini mereka buat keputusan untuk naik kenderaan awam sahaja. Hal ini lebih mudah kerana mesti jalan raya agak sibuk nanti.

"Okay." Mereka pun berjalan beriringan ke perhentian bas yang terdekat.

"Kau selalu ke tengok perarakan hari kemerdekaan?" soal Dir sementara menunggu bas tiba.

"Selalulah jugak. Aku ingat lagi masa aku kecil, abah selalu bawa aku satu family tengok perarakan." kata Iffah.

"Ohh.." kata Dir. Patutlah.

"Tu bas." kata Dir. Mereka pun naik bas. Setelah itu mereka menaiki tren dan sampai ke Dataran Putrajaya.

"Ramainya orang." kata Dir. Dia lihat ramai orang yang berkunjung ke Dataran Putrajaya pada hari ini.

"Mestilah." kata Iffah. Mereka lihat orang ramai berpakaian cantik dengan tema kemerdekaan. Semuanya nampak cantik dan segak. Tidak kurang juga kanak-kanak yang kelihatan sangat comel dengan pakaian kemerdekaan.

"Comelnya adik tu.." kata Dir. Dia melihat seorang kanak-kanak yang memakai gaun bendera Malaysia.

"Yelah weh. Comel." Iffah tersenyum.

Acara dimulakan dengan ketibaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar juga menteri-menteri. Setelah itu, pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama dibarisi 107 pegawai dan anggota Batalion Pertama Regimen Askar Melayu Diraja.

Seterusnya, nyanyian lagu Negaraku juga disertai dengan beberapa das tembakan meriam diikuti dengan bacaan ikrar Rukun Negara dan laungan 'Merdeka' sebanyak tujuh kali.

Selanjutnya adalah persembahan khas ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’. Persembahan grafik manusia juga kelihatan sangat menarik sekali. Acara yang paling dinantikan Dir ialah perbarisan dan perarakan. Dia amat teruja melihat aset-aset milik tentera, bomba, polis dan sebagainya.

"Haha.. Comelnya." Dir juga teruja melihat maskot animasi Ejen Ali, Yaya dan juga Didi dalam perarakan.

"Sadonya.." kata Iffah. Apabila melihat perarakan dan perbarisan daripada pihak bomba. Dir hanya tersenyum.

Dir rasa gembira sangat dapat berpeluang melihat perarakan dan perbarisan sempena kemerdekaan Malaysia yang ke-62 pada hari ini. Sebagai rakyat Malaysia dia bangga sangat dengan pencapaian negara sendiri. Dia sangat bersyukur dilahirkan sebagai anak Malaysia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience