Seminggu kemudian, Dir akan bermalam dirumah Kak El, kakak sepupu Dir yang ada buat bisnes goodies untuk orang kahwin. Kak El kata ada orang tempah goodies jadi dia perlu bantuan Dir.
"Assalamulaikum." ucap Dir sambil tekan loceng. Pintu pagar dibuka. Dir bawa motornya masuk ke dalam. Enjin motor dimatikan. Dia terus masuk ke dalam rumah.
"Assalamulaikum Kak El." kata Dir.
"Auntie.." Noah memeluk Dir.
"Hi Noah." kata Dir. Dia duduk dihadapan Noah.
"Walaikumsalam. Jap ye Dir akak nak masak jap." kata Kak El.
"Okay kak." balas Dir.
"Main apa tu?" soal Dir kepada Noah.
"Dinosour." kata Noah. Dia tunjukkan koleksi dinosournya kepada Dir.
Noah tu anak Kak El. Umurnya empat tahun. Kak El ada dua orang anak, Noah dan Naomi.
"Kak El.. Mimi mana?" soal Dir. Mimi tu nama timangan bagi Naomi, anak sulung Kak El, umurnya 6 tahun.
"Ada.. Mimi.. Ni auntie dah sampai." panggil Kak El.
"Auntie dah sampai?" kata Mimi. Dia keluar dari biliknya.
"Auntie.." panggil Mimi.
"Aduh sakitnya." kata Dir apabila Mimi terus memeluk Dir. Dia tersenyum.
"Dah mandi belum ni?" soal Dir kepada Mimi. Dia mengusap kepala Mimi.
"Dah." Mimi meraupkan rambutnya yang menutup mukanya.
"Meh sini auntie ikat rambut tu." kata Dir. Dia rasa rimas pula tengok rambut Mimi yang mengerbang. Mimi duduk diriba Dir. Dir mengikat rambut Mimi menggunakan getah rambutnya berselerak diatas meja kopi.
"Kerja Mimi lah sini. Buat sepah rumah." bisik hati Dir. Dia tengok rumah Kak El yang berselerak dengan mainan.
"Kesian Kak El." fikir Dir. Dia pun mengemas permainan yang berselerak tanpa disuruh. Kak El ibu tunggal. Dia kematian suami dua tahun yang lalu. Sebagai keluarga, Dir selalu melawat Kak El. Sebab tulah dia rapat dengan Mimi dan Noah.
"Sorry Dir.. Rumah akak memang berselerak sikit." kata Kak El. Dia meletakkan pinggan yang terdapat nugget dan sosej.
"Makanlah Dir." kata Kak El. Dir mengangguk.
"Jom basuh tangan." kata Dir. Dia ajak Noah dan Mimi untuk membasuh tangan. Mereka pun ke dapur dan kembali semula ke ruang tamu.
"Baca doa dululah." kata Mimi kepada Noah yang mengambil sosej.
Mimi dan Noah pun membaca doa makan. Setelah itu barulah mereka makan. Begitu juga dengan Dir.
"Ahh.." Noah suruh Dir membuka mulut. Dia suapkan nugget ke mulut Dir.
"Nyum" kata Dir. Dia makan nugget tersebut.
"Sedap?" soal Noah.
"Sedap." kata Dir.
"Sorrylah Dir tiba-tiba ajak tidur sini. Akak busy sangat. Nak siapkan goodies. Lepastu kawan akak minta tolong buat kek kahwin." kata Kak El.
Kawan dia tiba-tiba sahaja minta dia buatkan kek kahwin. Dahlah esok nak kahwin. Merayu kawan Kak El bila dia telefon Kak El tadi. Disebabkan kesian terpaksalah dia setuju.
"Takpe. Banyak ke goodies kena buat?" kata Dir.
"Bolehlah." kata Kak El.
"Okay." kata Dir.
Malam itu, Dir membantu Kak El membungkus goodies manakala Kak El membuat kek.
Share this novel