Pada hari Isnin, Dir pun ke rumah Kak El untuk menjaga Mimi dan Noah.
"Pergi dulu ibu." Dir bersalaman dengan ibunya.
"Hati-hati bawa motor tu." pesan ibu. Dir mengangguk.
Dir tiba dirumah Kak El seawal 7 pagi.
"Assalamulaikum Kak El." ucap Dir.
"Waalaikumsalam Dir. Masuklah. Mimi dengan Noah tengah siap nak pergi tadika." kata Kak El.
"Okay." Dir pun masuk ke dalam.
"Biasanya dorang pergi tadika dalam pukul 7.30 sebab tadika start pukul 8. Van yang akan hantar pergi dan balik. Dir tunggu je kat rumah. Lepastu boleh je rehat jap. Pastu buatlah apa-apa masak ke, kemas ke. Dalam pukul 12 dorang balik. Bagilah makan, mandi semua. Pastu check kalau dorang ada homework. Ala.. Macam biasa je. Mimi tahu apa yang biasa dorang buat. Kalau petang bagi tidur jap. Pastu main ke, membaca ke." jelas Kak El.
"Okay kak." balas Dir.
"Untuk masak Dir buat simple-simple je. Dorang ni suka western, pastalah, mac and cheeselah. Tapi jangan risau akak ada letak resepi kat peti ais. Ikut je resepi tu. Bahan-bahan ada dalam peti ais. Guna je. Kalau Dir nak makan apa-apa masak je. Kalau air 3 in 1 ada dalam kabinet. Dir cari je kat almari tu." kata Kak El.
"Baik kak." kata Dir.
"Kalau macam tu akak pergi kerja dulu." kata Kak El.
"Mimi, Noah mummy pergi dulu. Jangan nakal-nakal. Ikut cakap auntie." pesan Kak El kepada anaknya.
"Okay mummy." kata Mimi. Dia dan ibunya berpelukan.
"Bye." kata Kak El. Dia keluar rumah dan terus memandu keretanya.
"Mimi, Noah dah sarapan belum?" soal Dir.
"Dah." kata Mimi. Noah mengangguk.
"Okay. Pergi ambil beg. Mana beg?" soal Dir.
"Tu.." tunjuk Mimi ke arah begnya yang terletak disofa.
"Okay." kata Dir.
Tin... Tin... Kedengaran bunyi hon van yang mengambil Mimi dan Noah.
"Uncle van." jerit Mimi.
"Cepat-cepat pakai kasut. Jom." kata Dir. Dia pun bawa Mimi dan Noah keluar. Kunci rumah dibawa bersama. Mereka memakai kasut dan terus dibawa ke depan pagar.
Mimi dan Noah bersalaman dengan Dir.
"Bye-bye auntie." kata Noah dan Mimi. Dir melambai ke arah mereka.
"Hi uncle." tegur Mimi kepada pemandu van.
"Hi Mimi." kata uncle tersebut.
"Pengasuh baru?" tegur uncle van kepada Dir. Dir mengangguk sahaja.
"Oh. Hi. Saya Luqman." kata uncle van itu.
"Hi." kata Dir. Dia malas nak kenalkan dirinya.
Setelah itu, van pun berlalu pergi. Dir pun masuk ke rumah. Dia duduk sekejap disofa.
"Masak apa hari ni?" soal Dir. Dia pun menghampiri peti ais.
"Macaroni goreng, spagetthi sup. carbonara, mac and cheese dan bla-bla.." kata Dir.
"Semuanya western tapi okaylah simple gila resepi dia." kata Dir.
"So nak masak apa ni?" kata Dir. Dia buka peti ais.
"Wuish banyaknya makanan." kata Dir.
"Masak sup lah hari ni." kata Dir. Dia ambil sayur dan ayam. Dia pun mula memasak.
"Tomorrow tomorrow, I love ya, Tomorrow,
You're always a day a way.." Dir memasak sambil menyanyi. Selesai masak dia bancuh milo untuk diminum. Dia rehat sekejap sambil menonton televisyen dan mula mengemas rumah selepas itu.
Rumah Kak El tak berselerak sangat. Dir masuk ke bilik Mimi dan Noah. Bilik mereka dikemaskan. Baju-baju yang telah dipakai dibasuh dan disidai diluar. Dir memang buat kerja berkaitan Mimi dan Noah sahaja. Hal-hal yang lain Kak El yang buat.
Beberapa jam kemudian Mimi dan Noah pun pulang. Dir menyuruh mereka mandi dan makan selepas itu.
"Makan." kata Dir. Dia menghidangkan makanan untuk mereka.
"Sedap tak?" soal Dir.
"Sedap." Mimi mengangguk. Dir menyuap Noah.
Selepas itu mereka membuat ulang kaji sedikit dan tidur. Bangun dari tidur mereka bermain dan mandi.
Tin... Tin... Kedengaran hon kereta Kak El.
"Mummy..." panggil Noah.
"Okay tak?" soal Kak El. Dir mengangguk.
"Terima kasih Dir." ucap Kak El.
"Sama-sama kak." kata Dir. Dia pun pulang ke rumahnya. Selesai hari pertamanya sebagai pengasuh.
Share this novel