Bab 42

Romance Completed 8896

“BUKAN main berseri aku tengok kau sekarang. Mesti tengah bercinta sakan,” soal Ula bila dia singgah melawatku di butik Amaya. Hari minggu dia tidak bekerja dan buah hati yang selalu bersama pula balik kampung atas suatu urusan. Ikutkan Ula mahu balik ke Seremban sahaja tetapi dia berubah fikiran. Buat masa sekarang, dia sudah pun ada rakan penyewa yang baru. Budak baru dapat kerja di Kuala Lumpur. Masalahnya, penyewa baru itu tidak rajin keluar berbual. Lepas itu, bukan ringan tulang untuk membantu mengemaskan rumah. Ula hanya bersabar walaupun dari awal dia singgah sehinggalah sekarang, sikit-sikit cerita pasal teman baru itu. Sikit-sikit mengadu.
“Aku baru nak masuk alam baru. Kali ini aku rasa lain betul bercinta dengan Han.”
“Dulu masa kau dengan Nizam pun kau cakap macam tu. Nizam tu berbezalah. Pandailah. Macam-macamlah.”
“Dengan Nizam aku rasa lain tapi dengan Han aku rasa berbeza sungguh. Apa saja dia buat, semuanya aku suka.”
“Amboi, dia buat apa sampai kau suka sangat ni?”
“Dia kata dia sayang aku. Kali ni bukan suka tau tapi sayang aku!”
“Patutlah kau semacam saja. Tengah di awan biru rupanya. Kau pun dah declare dengan dia yang kau pun sayangkan dia?”
“Belum lagi. Aku nak tunggu dia balik nanti. Nak buat surprise.”
“Risau aku bila kau sebut perkataan surprise. Ingat aku kes kau dengan Nizam.”
“Aku pun risau jugak tapi Nad, Erin dan kau semua dah ada pasangan. Lagi satu, Han ni macam tak ada yang special. Nina dulu tu pun dia anggap macam adik saja.”
“Aku harap yang terbaik untuk kau Chaya. Kursus kawin dah pergi pun kan? Cepat betul korang punya hubungan nih. Macam train laju je. Tup, tup dah nak bersatu.”
“Memang pantas. Aku pun tak jangka. Bakal mak mertua aku tu lagi efisien. Part kursus tu dia yang daftarkan kami awal-awal. Sepanjang masa tu aku tengok Han macam cacing kepanasan saja. Lepas tu Ustaz tu pulak asyik tanya dia macam-macam. Nasib baiklah Han boleh menjawab. Untung aku dapat suami yang tahu selok belok agama. Boleh bimbing aku ke jalan yang lurus.”
“Amin. Mudah-mudahan sabahat aku ni pun akan menjadi isteri yang solehah. Anyway, kita boleh sambung cerita nanti. Aku dah rasa lapar sikit ni. Waktu kau lunch pukul berapa?”
“Aku makan pukul tiga. Kena tunggu Amy atau Che masuk, baru aku boleh break. Kau sanggup tunggu aku tak?”
“Tak kisah. Aku pun late breakfast tadi, walaupun rasa macam tak kenyang. Tapi aku boleh tunggu je.”
“So far study kau ok ke?”
“Penat sikitlah. Terkejar sana sini. Nasib baik aku pilih tempat dekat. Kalau jauh, aku rasa aku tak sanggup. Brain drain.”
“Apa susah. Mintalah Malik hantar atau ambil kau.”
“Tak payah. Setakat ni aku boleh manage pun. Kalau aku rasa nak mengada-ngada, baru aku susahkan dia.”
“Alah kau tu yang tak nak menyusahkan dia. Kenal sangat aku dengan sikap kau yang Miss Independent tu.”
“Tahu tak apa. Aku ingat bila habis belajar ni, kalau ada peluang aku nak tukar kerja. Aku cari gaji lebihlah. Boleh kumpul duit pergi travel. Boleh ajak kau travel sekali.”
“Boleh tu memanglah boleh tapi lambatlah sikit pasal aku bukan ada duit sekarang.”
“Sikit-sikit simpan, lama-lama banyak juga. Tapi kalau kau dah nak kahwin, payah kita nak pergi travel. Mula-mula kahwin, lepas tu mengandung dan lepas tu pulak ada anak.”
“Apa yang susahnya? Bila aku kahwin, aku minta time-off. Aku pergi jalan-jalan dengan kau tapi minta laki aku sponsor.”
“Wei, cakap sekarang senanglah. Nanti bila dah kahwin, kau nak keluar bilik pun payah.”
“InshaaAllah. Apa-apa pun kita kena cuba dulu.”
Perbualan kami terhenti bila Amy masuk melalui pintu hadapan.
“Hello girls. Sorry lambat sikit. I pi jumpa client. Buat house call,” katanya dengan beg di kiri kanan tangan. Ingatkan doktor sahaja yang ada house call. Pereka fesyen pun sama juga. Itu pun kalau pelanggan yang jenis VIP yang tiada masa nak singgah di butik. Aku bangun untuk tolong ambilkan beg besar berisi kain dari Amy.
“Thank you, darling. Bawa masuk kain-kain ni terus ke dalam. Kena jaga elok-elok. Puan Sri Raja Nora dah tempah tiga pasang. Kita nak kena kerja kuat sikit. Semua nak kena siap bulan ni juga. Nanti kau tolong ingatkan aku untuk tempah awek yang pandai buat kerawang tu. Aku nak kena tempah dia awal-awal. Eh, ini si Ular kawan satu kampung you tu kan?”
“Ula lah. Bukan ular,” balasku. Aku letakkan beg yang dibawa masuk tadi betul-betul di atas meja kerja Amy. Biarlah dia sendiri yang menyimpan di mana yang patut nanti.
“Ula ke Ular ke, bunyi lebih kurang sama saja. Asal jangan main patuk-patuk orang sudahlah. Macam mana pagi ni? Ada apa-apa yang terjual tak?”
“Ada orang datang tapi tak ada yang membeli. Kalau Amaya di alam maya, sudah ada dua pasang. Saya dah prepare untuk pos kejap lagi.”
“Apa yang customer beli?”
“Gaun maxi yang dua tone tu.”
“Stok tinggal berapa now?”
“Tak sure. Rasanya macam dua tu yang last tapi Eid boleh confirm.”
“Dia dah masuk kerja ke belum lagi?”
“Tengah ada lunch date. Kejap lagi dia baliklah tu.”
“Orang tengah bercinta. Dulu I ingat dia jenis confuse. Rupa-rupanya jantan juga. Alhamdulillah. Sama je macam I tapi I lembut je lebih,” Amy ketawa terkekek-kekek. “Eh! You all ni dah makan ke belum?”
“Belum lagi.”
“Kalau nak keluar, keluarlah. Biar I jaga kedai seorang diri.”
“Boleh ke?”
“Pergi sajalah. Aku tengah baik hati ni. Jangan lupa tolong poskan order. ”
“Ok, Boss. Kami pergi dulu. Jom Ula.”

“AKU tak selera nak makan sangatlah Ula. Kalau makan yang simple boleh tak?” kataku kepada Ula. Sahabatku itu dengan penuh yakin sedang memakirkan kereta MYVInya di SACC Shah Alam selepas aku singgah ke pusat perkhidmatan kiriman untuk mengepos dua barang pembelian pelanggan. Ula sebenarnya tidak pernah sampai ke pusat membeli belah itu. Salah satu sebab kenapa dia ajak aku makan di sana.
“Kau nak makan apa? Aku ikut je”
“Aku boleh cadang dua tiga tempat. Nanti kau pilih,” kataku.
“Aku tak kisah sangat. Nak makan dulu ke atau nak jalan-jalan?”
“Kita makan, lepas tu kita jalan. Aku tak nak buang masa sangat. Tak sanggup aku dengar mulut si Amy tu nanti.”
Kami menuju ke sebuah kedai makan dan aku makan laksa Johor. Ula pula makan nasi lemak. Selesai makan kami teruskan berjalan-jalan di sekitar pusat membeli belah yang dipenuhi pengunjung. Kami menuju ke sebuah butik kerana Ula berminat dengan rekaan pakaian kain kapas putih di situ. Sedang kami asyik memerhatikan baju-baju yang bergantungan, ada seseorang yang menyapa aku dari belakang.
“Hi, Chahaya! Apa khabar?”
Aku perhatikan wanita yang sedang menuju ke arahku dengan sebuah kereta sorong. Sara, kawan Han. Dia nampak sungguh ceria berbaju maxi kuning cair dengan sulaman bunga-bungaan. Sehelai baju kardigan singkat menutupi bahagian dadanya kelihatan sedikit terdedah. Anak kecil yang berada di dalam kereta sorong itu sedang nyenyak tidur. Anak perempuan yang comel.
“Sara. Hello. Mana Sam?” tegurku pula. Kami bersalaman. Sambil itu aku memperkenalkan Ula kepada Sara. Sebaik sahaja berkenalan, Ula minta diri untuk melihat di sekitar kedai itu sementara aku dan Sara meneruskan perbualan kami.
“Dia ada around. Dia nak cari seluar kerja. I pusing-pusing di sini. Lepas tu nampak you. Macam kenal. Anyway, you tak kerja ke?”
“Kerja. Tengah break. Berapa tahun anak you?”
“Dah nak masuk tiga tahun. Penat tu sebab tadi ada kelas.”
Kesian budak kecil ini. Masih mentah sudah ada kelas.
“Kelas apa?”
“Bawa dia pergi gym. Biar dia berkawan sikit. I dengan Sam bekerja. Mama Sam yang jaga dia masa hari kerja. Tak ada kawan, so kami bagilah dia berkawan. Anyway, enough about us. How about you and Han. I dengar you dengan Han dah nak kahwin. Bulan tiga nanti, kan?”
Aku tak berani beri jawapan yang sah. Sara pun mungkin dengar dari Sam. “Nanti bila Han balik, baru we all nak start planning.”
“Oh Macam tu ke? Mmmm…Chaya..I bukan nak jaga tepi kain orang, tapi I tahu you perempuan yang baik-baik. I tahu you dan Han will be getting married soon. Tapi you tak kisah ke jadi wife nombor dua Han?”
Apa dia kata? Kali ini aku tidak pasti aku ada masalah pendengaran atau pun apa.
“Sorry Sara. I don’t get what you mean?”
“Oh my God! You mean you don’t know about this? Yang Han sudah ada isteri? Dia tak cakap dengan you ke? Oh my God. Oh my God. I’m sorry Chahaya. I ingat bila you nak kahwin dengan Han you dah tahu pasal ni. I am so sorry.” kata Sara sambil memegang tanganku.
Aku masih keliru. Han sudah ada isteri? Aku salah dengarkah?
“Chahaya. Apa khabar? Lama tak jumpa.” Sam yang tiba-tiba muncul dapat melihat aku sedang bergelut menarik nafas.

“Apa dah jadi ni?”
“She does not know about Han dan Marini. And I just told her,” jelas Sara perlahan-lahan kepada Sam. Aku hanya dengar Sam menegur Sara yang dia tidak patut ceritakan hal Han kepadaku. Biar Han sendiri yang memberitahuku suatu hari nanti.
“I don’t know that she didn’t know. But they are getting married,” balas Sara.
“Whatever it is, you tak patut beritahu pada Chaya.”
Kali ini Sara mendekatiku. Dia memegang bahuku.
“I minta maaf Chaya. I ingatkan you dah tahu. Sam, tolong panggilkan kawan dia tu. Yes, I think it’s the girl with the blue shirt,” pinta Sara kepada Sam.
“Chahaya, you nak duduk dulu?” soal Sara kemudiannya. Ada bangku yang berdekatan di situ. Aku duduk. Aku memandang Sara dengan seribu tanda tanya. Pada masa yang sama Sam kembali bersama Ula. Dia mungkin terkejut melihat aku yang mengalirkan air mata. Sebaik mana aku cuba menahan sebak, air mata itu sudah mengalir juga. Sam bertanyakan sesuatu kepada Sara.
“What exactly did you say to her?”
Aku dengar jawapan Sara kepada Sam tetapi aku sudah tidak ambil kisah lagi. Aku ingin tahu tetapi pada masa yang sama aku rasa seperti hilang punca. Aku kuatkan semangat.
“How ..macam mana you tahu yang Han sudah kahwin?”soalku ringkas.
“I dengan Sam tahu sebab kami juga kawan Marini. Isteri Han.”
“I think this is enough, Sara” tiba-tiba Sam mencelah.
“When?” soalku kepada mereka.
“Sara!” tegah Sam bila Sara ingin menjawab. Kali ini dia menarik lengan Sara supaya meninggalkanku.
"Go and stay out!” pekik Sam kepada isterinya. Jeritan Sam mengejutkan anak yang sedang tidur. Sam segera mengarahkan Sara supaya membawa anak mereka pergi dari situ. Aku hanya melihat Sara beredar dari situ.
“Sam… please,” keluhku kepada Sam. Aku lihat dia membuka kacamatanya, sambil itu mengelap dahinya yang mungkin tidak berpeluh langsung. Seolah-olah mencari akal cara untuk menyampaikan maklumat kepadaku.
“I minta maaf Chahaya. Sara tak patut ceritakan pada you. Sebaliknya, I rasa lebih baik kalau you dengar sendiri dari mulut Han. Biar dia yang ceritakan perkara yang sebenar. We have to go. Sekali lagi, I minta maaf,” katanya kepadaku.
“Tolonglah Sam. I perlu tahu dah berapa lama dia dah kahwin?”
“I tak mahu cakap tentang ini. Han sahabat baik I. Kalau I cakap, it’s just not right. Just call him, Chahaya,” katanya semula sambil menepuk bahuku sebelum dia juga beredar dari situ.
“Kita balik ye Chahaya. Kau nak balik apartmen kita? Aku boleh call bos kau cakap yang kau tak sihat,” cadang Ula kepadaku. Aku lap titisan air mata yang mengalir dengan tapak tangan. Kata-kata Sara masih tergiang-ngiang di telingaku. Han sudah beristeri.
“Kita balik ke butik. Aku ok.”
“Betul kau nak ke sana?”
Aku anggukkan kepala dan bangun untuk berjalan menuju ke tempat kereta Ula tanpa sebarang bicara.

“APAHAL dengan Chaya tu Cik Ula?” Aku dengar Amy menyoal Ula dibelakangku.
“Jangan tanya lagi. Dia tengah upset tu,” aku dengar Ula menjawab. Aku tahu Ula pun terkejut dengan apa yang dia dengari tadi.
“Kalau bad mood, jangan keluar layan customer. Nanti lari semua orang,” balas Amy semula dan segera berlalu dari bilik kecil butik Amaya.
“You ada problem ke Chaya? Kenapa dengan dia, Ula?” soal Eid bila melihatku membenamkan muka ke kain telekung milikku.
“I nak bagitau pun serba salah tapi pasal I tahu you dan Chaya rapat, I cerita sajalah. Bolehkan Chaya?” Aku dengar Ula tanya kepadaku. Bila tiada reaksi daripadaku, aku rasa Ula ambil kesempatan untuk ceritakan kepada Eid.
“Chaya dapat tahu Han dah kahwin.”
“Kurang asam punya jantan!” Aku dengar Eid marah. Lagilah aku meraung. Mungkin terlalu kuat sehingga aku dengar Amy berlari masuk ke dalam bilik itu.
“Apa cerita ni?” “Dia kahwin dengan siapa?”
Soalan Amy dan Eid pada masa yang sama.
“Siapa yang kahwin?” kali ini Amy pula bertanya bila dia dengar soalan Eid.
“Han!” serentak Ula dan Eid menjawab.
“Astagfirullahaladzim…” aku dengar Amy mengucap panjang. Aku lap wajahku yang berair mata dengan kain telekung.
“Macam mana perkara ni boleh berlaku?” soal Eid kepada Ula. Aku dengar Ula ceritakan satu per satu dari kami makan di SACC sehinggalah Sam tinggalkan kami.
“Jadi kita tak tahulah bila Han kahwin, siapa dia kahwin dan kenapa dia nak kahwin dengan Chaya?” kali ini Amy pula yang menyumbangkan pendapat.
“You all rasa, Chaya patut call Han tak?” soalku kepada mereka bertiga. “Biar Chaya dapat cerita sebenarnya.”
“We all rasa itu yang terbaik Chaya,” balas Ula. “Kalau kau nak telefon sekarang, kami semua ada di sini. Kalau kau perlukan sokongan, kami boleh beri bantuan, betulkan Eid, Amy?”
“Betul Chaya. Eid ada di sini. Telefon dia sekarang. Kita dengar penjelasan Han.”
“Tapi takkan Chaya nak telefon dan tiba-tiba tanya dia yang dia dah kahwin ke belum? Kalau dia jawab belum macam mana? Nanti Chaya yang malu.”
“Kalau dia jawab belum dan bunyi penuh yakin, maknanya berita yang kau dengar tu tak betullah. Tapi kalau dia mengaku, sahlah, dia sembunyikan perkahwinan dia selama ini,” balas Ula.
“Chaya rasa sakit di sini, Ula,” kataku sambil memegang dadaku. “Masa Chaya nampak Nizam dengan Nad. Chaya sakit juga tapi kali ini, Chaya rasa alagi sakit. Lemah. Rasa macam tak mahu hidup lagi.”
“Chaya! Hang jangan nak merepek sampai macam tu!” kali ini Eid sudah naikkan suaranya. “Hang ni orang Islam, tau tak? Cuba banyak-banyak beristighfar.”
“Guna akal Chaya. Kalau pun perkara ini benar, bukan bermakna semuanya musnah. Ingat Allah, Chaya. Mungkin ini ujian untuk kau,” jelas Ula.
“Tetapi kenapa aku yang selalu kena uji? Kecil-kecil lagi Mama aku dah pergi. Lepas tu aku selalu gagal bercinta. Kenapa aku Ula? Kenapa bukan Erin atau Nad atau pun kau?”
“Kau ingat kami semua tak ada masalah? Kau ingat Erin yang ada segalanya tak ada masalah dalam hidup dia? Kau tak tahu Chaya sebab tak semua orang akan ceritakan masalah mereka. Padahal, masalah mereka jauh lebih rumit daripada masalah kau ni.”
“I sokong kata-kata Ula tu,” tambah Eid pula. “Beginilah Chaya, telefon saja Han sekarang. Tanya dia soalan itu. Mudah kan?”
Aku mengelap air mata yang masih tidak berhenti mengalir. Aku buka beg tanganku dan aku capai telefonku lalu aku tekan nombor Han. Aku tidak dapat agak waktu Sydney ketika itu tetapi beberapa deringan sahaja, Han sudah mengangkat telefon.
“Assalamualaikum,” kataku. Di hadapanku ada tiga pasang mata dan tiga pasang telinga yang memandang dan mendengar aku bercakap.
“Walaikumsalam, Sayang. Kenapa tiba-tiba telefon? Rindukan aku?”
Berat betul untuk aku meneruskan pertanyaan.
“Saya ada hal nak bincang.”
“Sound serius. Tentang apa Sayang?”
“Tadi saya jumpa kawan awak,” aku diam seketika. Amy di hadapan bulatkan mulutnya supaya aku terus bercakap. “Saya dapat tahu awak dah berkahwin. Betul ke?” Soalan itu keluar juga dari mulutku. Aku tidak dengar sebarang kata daripada Han. Yang aku dengar hanyalah nafasnya di ruang telefon.
“Tunggu sampai Han balik. Do not go anywhere, faham!” tegas dia berkata kepadaku sebelum dia matikan taliannya. Sebelum aku sempat meminta kesahihan daripadanya.
“Apa dia kata?” soal Amy kepadaku.
“Dia suruh Chaya tunggu sampai dia balik.”
“Sah!” balas Amy.
“Sabar Chaya. Mungkin you boleh tanya keluarga dia?” cadang Eid pula.
“Nak tanya apanya? Kalau family dia dah tahu dia dah kahwin, takkan family dia pergi pinang Chaya”

“Ye tak ye juga,” balas Eid.
“Habis kita nak buat macam mana ni?” soal Amy.
“You all tak yah buat apa-apa. Chaya je yang nak kena buat apa-apa sekarang,” balasku kepada kawan-kawanku itu.
“Jangan bertindak melulu Chaya. Kau tunggu Han balik. Lepas tu bincang baik-baik,” kali ini Ula memberi cadangan.
“Nak tunggu buat apa Ula. Dah sah yang dia dah kahwin. Memang dia tak mengaku tadi, tapi seketika aku berbual tadi, aku dapat rasakan kebenarannya.”
“Kalau ye pun, kau tunggulah dia. Dengar dulu apa dia nak kata.”
Aku tersengih dan tiba-tiba aku ketawa.
“Sabar Chaya,” pesan Eid.
“Nak sabar macam mana lagi? Chaya dah penatlah. Chaya dah penat sebab banyak kali Chaya kecewa dalam hidup ni. Kalau ikutkan hati sekarang juga Chaya nak lari dari sini. Chaya nak pergi jauh. Bawa diri dan tenangkan diri.”
“Boleh Chaya. Tapi kau kena ingat, ada orang yang sayangkan kau. Dan kalau kau pergi jauh, kau tak kesian ke pada keluarga kau, kawan-kawan kau. Macam aku ni.”
“Aku tahu Ula. Tapi aku rasa sakit jiwa sangat-sangat ni.”
“Aku tak boleh biar kau macam ni. Malam ni kau tidur dengan aku.”
“Elok tu. Aku bagi kau cuti selama mana yang kau nak Chaya. Kau fikirkan apa yang kau nak buat. Jangan bimbang pasal kerja. Kami boleh cari backup,” kata Amy pula.
“Thank you,” balasku kepada mereka semua.

Oh NOoooooo..... Why why why... Rasa kena tipu kan. Kalau sayalah kena tipu... Memang kena penampor orang yang tipu saya tu ahahhaha...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience