Bila sudah beberapa kali putus cinta, memang rasa malas hendak bercinta lagi. Sakit putus cinta tidak semua orang boleh rasa. Lebih baik kuatkan semangat, keraskan hati dan bahagiakan diri sendiri. Masalahnya apa nak buat kalau cinta baru cuba menghampiri diri? Nak elak larikan diri atau hadapi cinta itu dengan berani? Kisah tentang seorang gadis yang cuba berfikiran positif dan berikrar untuk hidup tanpa lelaki kerana seringkali gagal bercinta. Ikrarnya tergugat bila dia jatuh cinta dengan seorang lelaki yang kuat merajuk dan pernah kehilangan cinta pertama. Chaya dan Han berbeza tetapi perbezaan mereka sebenarnya melengkapi satu sama lain. Persepsi Chaya terhadap Han berubah setelah dia berpeluang mengenali Han dengan lebih dekat. Chaya pula bukanlah gadis idaman lelaki tetapi kepetahannya menyuarakan pendapat adalah satu kelebihan yang membuatkan Han terpikat. Total Bab: 60
Update 06 December 2024
2024-07-16
mcm nk lagi...xpuas
2024-07-16
besttt sangatttt
2023-12-31
kemana nina menghilang....semoga nina baik2 saja...