Bab 56

Romance Completed 8896

SEPERTI ada orang yang sedang memegang tanganku. Aku buka mata perlahan-lahan. Aku dapat lihat cahaya lampu menyinari tempat pembaringanku. Semakin lama semakin jelas. Seorang perempuan bertudung dan berbaju biru memandangku. Dia senyum. Aku balas senyumannya. Aku cuba buka mata seluasnya. Ada seorang lagi perempuan yang berpakaian serupa berada di hadapanku. Ada sesuatu yang sedang dilakukannya. Aku rasa sakit di seluruh badan. Kepalaku pun masih lagi pening. Aku cuba fokus dan berdehem beberapa kali untuk mencari suaraku.
“Puan dah bangun ni. Harap bersabar ye. Saya hanya nak ambil tekanan darah saja. Kawan saya tengah tukar lampin Puan,” kata perempuan yang hampir denganku.
Lampin? Adakah aku salah dengar? Perempuan yang kelihatannya seperti jururawat itu kata kawannya sedang menyalin lampin. Aku pakai lampinkah? Kali ini aku terjaga. Aku cuba berkata sesuatu. Suaraku seperti sukar untuk keluar. Jururawat yang melihatku seperti tahu masalah yang sedang aku hadapi. Dia segera menuang sedikit air di dalam gelas lalu diberikannya kepadaku. Cukup hisap air menggunakan straw. Tekakku rasa nyaman sedikit.
“Sa..say..saya di…ma..na?” soalku.
“Puan di hospital. Eloklah Puan dah sedar. Sebentar saja lagi Puan boleh jumpa dengan ahli keluarga Puan,” katanya kepadaku. Aku cuba baring dan ingat kembali apa yang telah berlaku kepadaku. Kedua-dua jururawat sudah selesai dengan tugas mereka dan sebelum beredar, salah seorangnya membuka langsir. Aku dapat lihat cahaya matahari menembusi langsir putih bilik itu. Aku lihat sekeliling. Mataku menangkap pemandangan sebuah bilik yang kemas dan bersih. Hospital mana yang sediakan bilik secantik ini. Sebaik sahaja jururawat keluar, beberapa orang pun masuk ke dalam bilik ini. Seorang lelaki menghampiriku.
“Chaya dah bangun sayang?” soalnya sambil memegang tanganku. Aku lihat ramai yang mula memasuki bilik itu. Aku menjerit sakit sambil memegang tanganku yang sedang dibalut bila aku cuba bangun.
“Tangan kena jahitan sebab luka besar. Jangan bangun cepat sangat,” kata salah seorang yang melawatku.
“Chaya nak apa-apa?” soal lelaki itu lagi.
Aku berhenti seketika. Aku menatap wajah lelaki yang sedang berada dekat denganku. Kepalaku masih sakit sedikit tetapi aku kata sesuatu kepadanya. Aku pandang tepat pada wajahnya yang berserabut itu.
“Awak siapa?” soalku kepadanya.
“Ini Han. Suami Chaya,” katanya. Aku tengok dia bersungguh-sungguh mengaku siapa dirinya. Ada riak terkejut di wajahnya. Mereka yang berada di situ juga seperti terkejut mendengar pertanyaanku.
“Suami? Su..ami ..saya?” soalku semula.
“Ye. Suami Chaya. Kenapa ni Chaya?” katanya lagi. Aku gelengkan kepalaku.
“Suri ingat lebih baik semua keluar dahulu. Biar Suri tengok Chaya,” kata perempuan yang bernama Suri. Mereka yang lain keluar dari bilik perlahan-lahan, termasuklah lelaki yang berada di sebelahku. Pintu bilik ditutup rapat.
“Apa Chaya cuba buat ni?”
“Saya buat apa?” balasku. Aku cuba bangun untuk duduk. Sakit di sini sana mula terasa. Aku lihat tangan kananku yang berbalut kain putih di lengan. Mungkin di situ yang ada jahitan. Beberapa tempat hanya calar-calar dan luka-luka termasuklah di beberapa bahagian wajahku seperti yang aku rasai. Syukur aku selamat.
“Kalau orang lain mungkin Chaya boleh tipu. Tapi bukan dengan akak. Tengok anak mata Chaya pun akak dah tahu.”
“Alah! Akak ni. Chaya nak berlakon sikit pun tak boleh,” kataku. Nampaknya, tembelang aku sudah pecah.
“Ingat baru sehari dua akak kenal Chaya. Dah bertahun-tahun sayang oii.”
“Chaya di Seremban ke? Ni hospital kat Seremban ke? Cantiklah bilik ni.”
“Bukan. Cahaya di hospital tempat akak kerja. Sebelum ni di hospital Jerantut. Keluarga Han yang pindahkan Chaya ke sini. Kebetulan akak ada di sini hari ni. Kenapa pura-pura lupa?”
“Oh baiknya mereka. Untung Chaya kahwin dengan Han.”
“Ish budak ni. Akak tanya kenapa pura-pura tak kenal Han tadi?”
“Saja. Chaya nak test. Akak dengar tak dia panggil Chaya, sayang tadi?”
“Dengar. Kesianlah dekat dia Chaya. Tiga hari tak lalu makan. Tidur pun tak menentu. Nampak kerusi malas tu. Dia tidur situ jaga Chaya tau. Sejak Chaya jatuh, akak dengar dialah orang yang paling risau sekali. Dia call akak personally nak minta tolong pindahkan Chaya ke sini.”
“Thank you ye Kak Suri sebab tolong Han.”
“Dah. Akak nak panggil yang lain-lain masuk. Diorang risau tu,” kata Kak Suri.
“Kak. Nanti dulu. Akak incharge Chaya ke?”
“Bukan. Kawan abang Rizal yang tengokkan Chaya. Kenapa?.”

“Chaya nak minta tolong akak sikit, boleh?”
“Pasal apa?”
“Boleh tak kalau Chaya nak terus berlakon lupa ingatan. Akak jumpa dengan doktor yang in charge tengok Chaya di sini. Beritahu dia yang Chaya hilang ingatan buat sementara saja. Please, akak. Chaya perlukan pertolongan akak kali ni saja. Chaya perlu tahu isi hati Han. Berilah Chaya peluang. Chaya minta seminggu sahaja dari akak.”
“Chaya nak suruh akak dengan doktor menipu ni.”
“Tipu sunat kak. Untuk kebahagian Chaya dengan Han. Please, kak,” aku cuba memujuk kakakku. Aku tahu Kak Suri boleh membantuku. Lama aku tenung kakak aku memikirkan sesuatu. Aku tahu, walaupun Kak Suri ni seorang yang tegas, bab-bab kasih sayang dia pada aku memang nombor satu.
“Akak boleh tolong. Nanti akak cakap dengan doktor tu. Sekejap lagi, bila Papa dan semua masuk, pandai-pandailah Chaya berlakon. Tapi janji seminggu je. Akak tak nak subahat lama-lama.”
“Baiklah kak. Chaya janji. Lagi satu kak, kalau orang yang hilang ingatan, selalunya macam mana?”
“Itulah. Nak berpura-pura tapi tak pandai. Chaya nak buat macam mana?”
“Chaya nak buat-buat macam ingat pernah tengok Papa. Boleh ingat something or someone and boleh lupa certain things. Yang lain-lain tu, pandai-pandailah Chaya fikirkan. ”
“Ish, kesian Papa. Macam manalah boleh dapat anak macam Chaya ni. Banyak perangai betul. ”
“Ok kak. Alaaa..apa-apa kita buat, Papa tetap sayang kita kan?”
“Yelah tu. Dah bersedia belum? Akak nak panggil yang lain masuk ni.”
Kak Suri keluar seketika sebelum ahli keluargaku dan keluarga Han masuk ke dalam bilik. Aku nampak wajah Han penuh kerisauan. Baru aku perasan jambangan dan kumisnya yang kelihatan tidak kemas. Rambutnya juga kusut. Malah pakaiannya pun nampak seperti sehari dua tidak bertukar. Aku cuba kawal riak wajahku seperti seorang yang tidak ingat orang-orang yang berada di hadapanku.
“Chaya. Ini Papa dan Mami. Ingat?” soal Kak Suri.
“Saya..err…macam kenal, tapi…tapi…saya tak berapa ingat,” kataku sambil menggaru-garu kepala. Aku nampak wajah Kak Suri yang juga cuba mengawal suara dan reaksinya bila mendengar jawapanku.
“Ini Papa. Cuba Chaya lihat betul-betul,” kata Papaku.
Aku seperti cuba ingat dan pada masa yang sama aku senyum. “Saya sepatutnya ingat tapi susahlah Doktor,” kataku.
“Dia ingat Suri doktor dia, Pa,” aku dengar kakakku berbisik kepada Papa. Kak Suri menghampiri seorang perempuan dan diperkenalkan kepadaku.
“Chahaya boleh ingat siapa ni?”
Aku geleng kepala sekali lagi.
“Saya tak…tak pasti,” balasku.
“Ini Umi. Nenek mertua Chaya.”
Aku beri senyuman kepada nenek mertuaku. Dia menghampiriku dan mencium dahiku. Tanganku juga dipegang dan diusap perlahan-lahan. Aku nampak air matanya berlinang. Aku cuba kawal perasaan. Kalau aku turut sekali menangis, pasti rancanganku tidak menjadi. Aku kuatkan semangatku supaya tidak mengeluarkan air mata juga.
“Ini Mama dan Papa, sayang,” kata Mama yang menghampiriku. Papa Han ada di sebelah sana. Aku hanya mampu menghadiahkan senyuman kepada mereka. Aku lihat Kak Suri.
“Keluarga mertua Chaya,” bila Kak Suri kenalkan kepadaku, aku anggukkan kepala. Pada masa yang sama aku nampak Kak Suri menjeling kepadaku. Aku faham maksudnya. Mungkin dia rasa aku semakin melampau, tetapi, terima kasih kakakku kerana memberi sokongan kepadaku.
“Jadi betullah doktor kata tadi, saya dah berkahwin? Saya dah ada anak?” Aku nampak mata Kak Suri sedikit membulat.
“Chaya baru sahaja kahwin. Belum ada anak lagi,” terang Kak Suri dengan penuh sabar.
“Oh,” panjang aku menjawab.
“Dan ini suami Chaya,” kata Kak Suri sambil menunjukkan kepada Han.
Aku diam melihat Han. Dia juga memandangku. Aku cuba kawal perasaan bila kulihat ada air mata yang bergenang menanti masa untuk jatuh sahaja. Sepantas itu juga dia hilangkan genangan air mata itu dengan tapak tangannya sebelum ahli keluarga lain perasan. Aku hanya memberikan satu senyuman kepadanya. Han datang menghampiriku dan duduk di kerusi bersebelahan katil.
“Sayang tak ingat Han?” soalnya kepadaku. Hampir cair jiwaku mendengar panggilan sayang yang keluar dari mulutnya itu. Aku hanya geleng kepala. Han angguk. Mungkin dia faham yang aku belum dapat ingat apa-apa tentangnya.
“Sabarlah Han. Mungkin dia perlukan masa. Suri dah jumpa dengan doktor yang merawat Chaya?” soal Papaku.
“Ini Suri nak pergi jumpa dialah Pa. Sebentar ya. Nanti Suri datang balik dengan doktor tu, kalau dia ada. Mungkin doktor boleh explain apa masalah Chaya,” kata Kak Suri sebelum dia keluar dari bilik itu.
“Papa?” panggilku kepada lelaki yang ‘diperkenalkan’ sebagai papaku.
“Ya Sayang?” Wah! Semua orang panggilku sayang. Kalau aku tahu begini caranya, sudah lama aku buat hal supaya hilang ingatan.
“Bagaimana saya boleh berada di sini?” soalku.
“Chaya terjatuh dari bukit ketika di Taman Negara,” beritahu Papaku.
“Err…saya tak berapa ingatlah. Sebab tu ke saya boleh lupa?”
“Mungkin nak. Tapi syukurlah sebab Chaya selamat,” kata Papa. Aku nampak Papa pun macam nak menangis. Mami Zan di sebelah memegang tangan Papa.
“Kenapa pula boleh sampai ke Taman Negara?” aku menyoal sendirian tetapi aku sengaja mencari pasal. Memang sikapku begitu. Sengaja nak kenakan Han.
“Chaya pergi berbulan madu, nak,” balas Papaku.
“Pergi Taman Negara untuk berbulan madu?” aku seolah-olah hairan dengan jawapan Papa. Nampaknya, tiada sesiapa yang menjawab persoalan aku. Aku faham. Semua orang pun sayang Han. Agaknya semua yang ada tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan ataupun tidak mahu menyusahkan Han. Aku nampak Han semakin resah. Kesian suamiku. Aku sayangkan Han. Aku pun tidak jangka kesempatan yang ada ini aku gunakan untuk mengenakan dia. Bukan niat asalku. Pesan arwah Tok Mi – semoga rohnya dirahmati Allah, jangan berdendam dengan orang. Tetapi aku layak berdendam sedikit dengan suamiku ini kerana ditinggalkan bersendirian di Taman Negara.
Ketika itu Kak Suri masuk bersama dengan seorang doktor lelaki. Kak Suri minta ahli keluarga tunggu di ruang rehat sebentar. Hanya Han sahaja yang boleh tinggal di dalam, itupun kalau Han mahu. Suamiku tidak berganjak langsung. Sejak doktor itu masuk, dia hanya berdiri di sebelahku. Doktor itu mengambil dokumen di hujung katilku dan membaca sesuatu. Kemudian, dia datang kepadaku. Dia minta izin daripada Han untuk berdiri di sebelahku. Han berganjak sedikit membolehkan doktor memeriksa mataku. Kalau tidak salah pandang, doktor sedang tersenyum. Bila aku pandang doktor, dia kejip matanya kepadaku. Aku lihat Kak Suri yang hanya buat muka selamba.
Doktor tanya samada aku pening atau terasa loya. Aku geleng kepala. Aku mengadu di tempat yang luka. Bila doktor soal aku sakit yang bagaimana aku rasa, aku beritahu adakalanya terasa seperti aku hendak menggaru di tempat berkenaan. Kata doktor itu perkara biasa. Mungkin lukaku hendak sembuh selepas beberapa hari.
“Nampaknya macam tak ada apa-apa yang kritikal. Mungkin adik you ada amnesia sementara sahaja. Just like after accident trauma. Dia perlu rehat secukup dan kalau boleh biar ingatan dia datang perlahan-lahan. Jangan paksa dia,” kata doktor.
“Dia boleh ingat semula ke, Doc?” soal Han.
“InShaaAllah, boleh. Perkara ini temporary sahaja. Bagi dia seminggu dua macam tu.”
“Kalau dia tak ingat juga?”
Doktor melihatku dan berfikir seketika.
“Ini semuanya kuasa Allah. Kita tunggu dan lihat perkembangan dia dulu ye Encik Sharhan. Anyway, saya ada berita yang baik. Saya sudah melihat laporan Puan Chahaya sebelum datang tadi dan kebarangkalian besar, dalam keadaan begini, dia dah boleh discharge esok. Seperti yang Encik Sharhan mahu iaitu bawa dia balik untuk proses baik pulih di rumah. Lagipun, tiada luka yang teruk kecuali di tangan kanan Puan Chahaya,” balas doktor itu.
“Betul Doc?” soal Han. Wajahnya tampak suka mendengar berita itu.
“Betul. Er, Suri. You boleh ikut I sebentar?” ajak doktor kepada kakakku. Bila kedua-duanya keluar, Han memegang tanganku kembali. Aku diam sahaja. Tidak lama kemudian, keluarga kami masuk semula.
“Kami dengar Chahaya dah boleh keluar esok, betul ke Han?” soal Papa Mi.
“Kalau tak ada apa-apa, InShaaAllah Pa.”
“Kalau macam tu, bawa balik ke Kajang sajalah. Kalau tidak menjadi masalah, Ibrahim?” kata Papa Mi kepada Papaku.
“Dia dah jadi hak keluarga Abang Mi. Saya cuma berharap anak saya ni tak menyusahkan abang Mi saja.”
“Ish! Ibrahim. Chaya ni kan anak saya juga. Kamu janganlah bimbang. Pandai-pandailah Han jaga dia nanti.”
“Saya hanya risau masalah dia sekarang ini. Dia bukannya ingat lagi semuanya.”
“Kan tadi doktor tu kata, lambat laun ingatan dia akan kembali. Tambahan pula, Chaya bukan jenis yang hilang terus ingatan tu. Ada kes yang sampai langsung tak boleh terima sesiapa. Lain dengan kes Chaya ni. InShaaAllah, mana tahu kalau Han ada, Chaya boleh ingat semula segera.”
“Itulah yang saya harapkan. Pelik juga sebab dia tak boleh ingat Han sedangkan dia sayang sangat dengan Han ni.”
“Kita bersabar sajalah Ibrahim.”
Aku dengar setiap patah perbualan. Rasa bersalah pun ada sebab aku dalam keadaan membohongi semua orang. InShaaAllah. Bila aku sudah ‘ingat’ semula. Aku akan pohon ampun daripada setiap ahli keluargaku.
"Chahaya?” Papa datang dekat denganku.
“Ya Papa,” balasku.
“Tadi doktor kata Chaya dah boleh keluar esok. Chaya ikut suami Chaya balik ke rumah ye?”
Aku memandang Han yang melihatku dengan penuh harapan. Bukan niatku untuk menghukumnya tetapi terasa ingin menyeksa dia sekali saja lagi.
“Tapi saya tak kenal dia.”
Han nampak sedih. Dia mengalihkan pandangan. Pasti dia tidak mahu aku lihat reaksi sedihnya itu. Kesian suamiku.
“Sebab itulah Papa cadangkan Chaya balik ke rumah suami Chaya. Sebagai suami, dia yang lebih berhak terhadap diri Chaya. Bagaimanapun kami di sini tidak mahu memaksa Chaya. Kalau Chaya mahu ikut Papa balik ke Seremban, Papa akan terima Chaya. Tetapi Chaya fikirlah dahulu. Esok bila dah bangun pagi, beritahu kami keputusannya,” Papa berkata dengan lembut kepadaku. Aku angguk sahaja.

SEMUA ahli keluargaku dan keluarga Han tinggalkan aku pada lewat petang. Aku lihat Han sahaja masih berada di dalam bilikku. Dia keluar seketika ketika jururawat datang untuk mengambil tekanan darah. Bila jururawat tanya samada aku mahu memakai lampin, aku kata tidak perlu lagi pakai benda itu. Lain macam sahaja. Han masuk semula ketika makan malam dihantar. Dia duduk di hujung katil. Ada sekali ketika tanganku sakit memegang sudu, dia tawarkan diri untuk menyuap makanan kepadaku.
“Tak perlulah. Saya boleh buat. Kena ambil masa sedikit,” kataku kepadanya.
“Biar abang buat. Tangan Chaya masih sakit tu. Takut terbuka jahitan nanti.”
“Yang kena jahit lengan saya, bukannya bahagian tangan,” aku cuba melawan.
“Sama sahaja. Kena gerakkan juga tangan tu,” katanya. Tanpa disuruh, dia suapkan nasi bercampur sayur dan sup ikan ke mulutku.
“Awak dah makan malam ke?” soalku kepadanya.
“Abang. Bukan awak. Saya ni suami awak. Walaupun awak belum ingat sepenuhnya, panggil saya abang.”
Aku telan makanan dan aku muncungkan mulut. Sejak bila pula aku panggil dia ‘abang’. Bijak juga dia ambil kesempatan atas aku hilang ingatan.
“Saya boleh makan sendiri. Abang..er..abang pergilah makan malam.”
“Biar abang temankan Chaya makan dulu. Nanti abang pergi makan. Sekarang belum rasa lapar lagi,” katanya kepadaku.
Kami diam seketika. Dia menyuapiku makan. Selepas beberapa sudu, aku rasa sudah kenyang lalu tidak mahu teruskan makan lagi.
“Sikit sangat Chaya makan ni. Habiskan sikit lagi,” pujuk suamiku.
“Saya dah tak rasa nak makan. Dah kenyang.”
“Tak sedap ke? Nak abang belikan makanan lain? Kalau Chaya rasa nak makan apa-apa.”
“Tak…tak…memang saya dah kenyang.”
“Kalau begitu. Minum air ni,” katanya sambil membantu aku minum air dari gelas. Kemudian, dia angkat dulang makanan dan bawa keluar dari bilikku. Bila dia masuk, dia duduk semula di hujung katil. Memandangku. Lain pula bila berhadapan begitu.
“Kenapa tengok saya?”
“Betul Chaya tak boleh ingat apa-apa pasal kita?”
Aku angguk. Kalau menjawab, aku tidak pasti suaraku akan kedengaran yakin dengan jawapan yang diberi. Keadaan diam kembali.

“Perempuan yang pakai baju kurung biru tadi tu nenek abang ye?” soalku kepadanya.
“Umi? Mmm…kenapa? Chaya ingat dia ke?”
“Rasa-rasa bauan yang Umi pakai seperti biasa saya bau,” balasku.
“Umi selalu pakai minyak atar. Bau itu pun dah serasi dengan dia.”
“Bagaimana hubungan saya dengan Umi?” soalku.
“Dia sayang sangat dengan Chaya. Rasa-rasanya kalau kita bukan suami isteri, dia nak bela Chaya jadi cucu angkat dia.”
Aku tergelak mendengar jawapan Han.
“Chaya suka dengan Umi?”
“Suka.”
“Kalau begitu, Chaya balik rumah abang untuk berehat mulai esok. Chaya boleh tinggal dengan Umi sebab Umi tinggal dengan abang dan keluarga abang.”
“Saya tak kenal sesiapa pun. Nanti saya menyusahkan semua orang.”
“Chaya isteri abang. Keluarga abang ialah keluarga Chaya juga. Chaya tak dengar tadi Papa minta supaya Chaya balik ke rumah abang. Chaya ikut sahaja Sayang. Mana tahu, Chaya dapat ingat semula bila berada di sana?”
“Abang rasa saya akan ingat semuanya, siapa saya dan abang sebelum ni?”
“Abang pasti Chaya akan ingat semula.”
“Baiklah. Kalau begitu, saya ikut abang balik ke rumah abang.”

“YA nak minum ke?” soal Han yang masih setia berada di bilik pesakit padahal bilik tetamu hanya bersebelahan sahaja dengan bilik ini. Namaku sedari awal aku dengar telah dipendekkan dari Chaya kepada Ya. Aku bahasakan diriku Chik Ya dengan anak-anak saudaraku. Bila Han menggunakannya, terasa manja juga bunyinya.
“Tak. Saya nak bangun. Nak pergi toilet. Minta tolong panggilkan nurse,” kataku. Drip yang dipasang di tanganku juga sudah dibuka kerana aku sudah mula makan dan minum. Bila tiada sebarang gangguan, lebih mudah untuk aku bangun. Kini, bila malam menjelang, aku terasa hendak buang air kecil. Awal sebelum ini, aku minta bantuan jururawat memapahku ke bilik air kerana kakiku masih lemah lagi. Sudah lewat sebegini, aku terasa pula hendak melepas sekali lagi.
“Abang boleh tolong Ya. Tak perlu panggil nurse. Biarlah mereka berehat sekali sekala,” katanya. Alahai. Baiknya suamiku ini. Sudah tentu bayaran aku tinggal di sini masuk empat angka. Sepatutnya biar sahaja jururawat yang bertugas menjalankan kerja mereka. Ini dikira masuk sebagai bayaran gaji mereka juga.
“Tak payahlah abang. Biar nurse saja yang tolong saya.”
“Ya.”
“Yelah.”
“Bukan saya. Ya,” kata Han. Mulanya aku tak faham. Kemudian baru aku faham.
“Nak saya bahasakan diri saya Ya?”
“Mmm…”
“Yelah, yelah. Ya tak ada masa nak lawan cakap dengan abang, Ya dah rasa nak buang ni. Cepatlah. Kata nak tolong tadi,” kataku. Sudah masuk gear tiga, aku sudah tidak boleh berfikir lagi.
Han membantu memimpin aku bangun kerana sama seperti awal tadi, kakiku masih terasa lemah untuk berjalan. Han pimpin sehingga sampai ke dalam bilik air.
“Ingat sampai sini sajalah,” kataku.
“Nanti jadi apa-apa, siapa yang susah. Abang juga kan?”
“Takkan Ya nak buang air kecil depan abang pula? Malulah. Keluarlah. Nanti Ya dah selesai, Ya panggil abang,” kataku sambil tanganku memegang tangki tandas untuk menahan kaki yang masih lemah itu.
“Abang tak tutup pintu ni. Abang keluar berdiri di luar.”
“Ikut suka hati abanglah. Cepat sikit. Dah tak tahan sangat ni,” kataku.
Suamiku ketawa kecil sambil keluar dari bilik air. Aku nampak kakinya di tepi pintu. Aku pun duduk di atas mangkuk tandas. Kalau ikutkan aku lepas sahaja sepenuh perasaan. Disebabkan aku tahu Han hanya beberapa langkah sahaja, aku lepaskan perlahan-lahan. Supaya jangan keluar bunyi yang kurang menyenangkan. Lama juga aku duduk dan akhirnya aku selesai. Aku cuba bangun tetapi memang sah kedua-dua kakiku masih lemah. Aku berdiri seketika. Kemudian aku panggil suamiku. Han masuk segera.
“Dah selesai?”
“Mmm..kaki ni,” balasku. Segan juga. Ingatkan aku boleh berjalan sendiri tetapi ternyata kakiku masih tidak mahu memberi kerjasama.
“Biasalah tu kalau dah lama berbaring. Kali ini Han tidak memimpinku. Sebaliknya dia angkat dan gendong aku. Tiba-tiba sahaja dia buat begitu. Aku terkejut sehingga tanganku merangkul lehernya mencari keseimbangan. Kemudian aku menjerit.
“Kenapa sayang?” wajah Han panik.
“Sakit,” balasku sambil mengerut dahi menahan sakit. Aku tidak perasan tadi tetapi sekarang baru aku rasa menyengat. Tangan kanan yang berjahit sakit semacam.
“Sorry,” katanya kepadaku. Lantas dia turunkan aku segera. Sambil memegang pinggangku untuk ampu badanku yang lemah, dia tanya aku sakit di mana. Aku jawab seluruh badanku, terutamanya tanganku ketika aku cuba memaut lehernya tadi.
“Sorry sayang. Abang tak ingat pula. Apa yang abang ingat ialah nak bawa Ya terus ke katil supaya Ya boleh rehat cepat. Lupa pasal tangan Ya,” kata Han sambil memapahku duduk di katil.
“Tak apa, tak apa. Sikit saja. Boleh tahan sakit tu. Cuma terkejut sikit je tadi. Itu yang tak boleh nak control,” aku cuba selesakan diri duduk di atas katil dan pada masa yang sama cuba menahan sakit yang ada.
“Nak painkiller tak? Abang mintakan dari nurse.”
“Tak yah. Sikit saja ni. Jap lagi hilanglah sakit ni.”
“Kalau macam tu, cubalah tidur ye Sayang,” kata Han sambil membantu membetulkan bantal tidurku. Rambutku diusap lembut. Kami saling berpandangan. Aku ketatkan wajah bila menyoal Han suatu soalan.

“Kita memang mesra macam ni ke? Kita bercinta ke sebelum kita kahwin?”
“Cuba Ya ingat perlahan-lahan. Bagaimana kita kahwin?”
Bukan jawapan yang aku cari. Tapi tidak mengapa. Mungkin aku boleh cuba soalan lain pula.
“Ya tak boleh ingat. Tapi Ya rasa macam Ya rapat dengan abang. Mungkin kita jatuh cinta. Soalnya, Ya tak boleh ingat. Antara kita berdua, siapa yang pikat siapa dahulu?” kataku kepadanya. Sengaja mencari reaksi daripadanya.
“Ya yang mulakan dahulu,” jawabnya sambil duduk di sebelahku. Di atas katil. Dia terus mengusap rambutku. Aku mula rasa kurang selesa.
“Apa abang buat ni?”
“Nak baring sebelah Ya. Bolehkan?”
“Katil ni kecilah abang. Situ kan kerusi katil. Kalau abang nak tidur, abang pergilah berehat di sana. Selesa sikit.”
“Ya tak sudi abang baring di sini?”
“Ya minta maaf tapi Ya baru saja sedar. Berilah Ya masa untuk ingat semuanya.”
Han seperti memahami penjelasanku. Dia bangun perlahan-lahan dari katil dan berdiri di sisi katil memandangku.
“Untuk malam ini, abang tinggalkan Ya. Bila kita balik nanti, abang tak akan biar Ya seorang diri. Malam ni, kalau ada apa-apa, panggil abang. Dah, tidur sekarang,” katanya sambil membantu menyelimutkanku.

“Good night, Sayang” Han memandangku. Tanpa kuduga dia tunduk dan mencium dahiku. Aku rasa teruja. Begitu teruja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience