BILA kami pulang ke Kajang awal petang itu, Papa, Mami dan Mika sudah berada di sana untuk melawatku. Rupa-rupanya, awal-awal lagi Han sudah tahu kedatangan keluargaku. Bila aku masuk ke dalam rumah dan bersalaman dengan semua orang, Umi menegurku kerana wajahku lain macam sahaja. Aku bertambah malu bila Han beritahu yang dia tidak cukup rehat keranaku. Mereka yang ada semuanya ketawakan aku sehinggalah adik kesayanganku buka mulutnya.
“Kata Kak Chaya hilang ingatan. Macam tak hilang pun.”
Ketika itu suasana terus jadi sunyi sepi. Han menolakku ke hadapan Papa yang duduk bersebelahan dengan bapa mertuaku. Aku menjeling ke arah Han. Dia seolah-olah mengejekku kerana di dalam kereta tadi aku beritahu yang aku takut hendak berhadapan dengan semua orang terutama sekali Papaku. Aku duduk bersimpuh di hadapan Papa.
“Kenapa duduk di sini Chaya?” tegur bapa mertuaku - Papa Mi.
“Papa dan Papa. Chaya nak minta ampun dan maaf andaikata Chaya ada buat salah dan silap selama ini.”
“Kenapa cakap begini nak?” soal Papalku.
“Dengan Mami dan Mama pun Chaya nak minta maaf sangat-sangat.”
“Cuba cerita apa yang Chaya nak cerita. Biar kami dengar dulu,” kata Papa Mi.
“Papa semua dengan Mama dan Mami. Please jangan marah Chaya. Dengar penjelasan Chaya dulu ye. Begini, mesti semua tahu yang hubungan Chaya dengan Abang Han ada masalah sikit. Sejak, sejak hal Marini dulu. Lepas tu kami berkahwin. Walaupun Chaya cintakan abang Han dari dulu lagi, Chaya tak tahu bagaimana perasaan abang Han. Dia tak tunjuk dan dia memang tak layan Chaya. Jadi, bila Chaya jatuh bukit hari itu, Chaya ambil kesempatan untuk tahu apa perasaan sebenar abang Han. Chaya pura-pura hilang ingatan.”
“Kan Mika dah kata akak nampak normal saja.”
Terus Papa suruh Mika diam.
“Sekarang Chaya dah tahu apa perasaan abang Han. Jadi Chaya nak minta maaf sebab terpaksa berbohong dengan semua orang.”
Aku dengar Papaku tarik nafas yang panjang.
“Kenapa Chaya ni tak sudah-sudah menyusahkan orang?” Papa menegurku.
“Dia buat begitu sebab si Han ni juga. Kalau Chaya buat begitu, Papa sokong Chaya. Kena ajar sikit anak lelaki Papa ni,” Papa Mi cuba membelaku.
“Jadi selama ni Chaya tak hilang ingatanlah?” soal Mama.
Aku angguk.
“Alhamdulillah. Lega Mama dengar. Yang penting Chaya kita ni sihat tubuh badan dan akal fikirannya,” tambah Mama lagi.
“Yelah bang. Maafkan saja Chaya tu,” tambah Mami Zan.
“Baiklah. Papa maafkan Chaya. Papa pun tak mahu panjangkan cerita. Yang penting, Chaya sihat. Itu saja yang Papa doakan sepanjang Chaya tak sedarkan diri tempoh hari.”
“Thank you Papas and Mamas,” kataku gembira. Aku bangun memeluk Mama dan juga Mami. Kemudian aku peluk cium Umi.
“Tak minta maaf dengan Umi?” tanya Mami Zan.
“Umi tahu yang Ya menipu,” kataku sambil ketawa.
“Kak Suri pun tahu Pa,” tambah Han.
Papaku geleng kepala.
“Papa dah serahkan dia pada kamu Sharhan. Terpulanglah bagaimana kamu nak hukum isteri kamu ni,” kata Papaku.
“Dah hukum pun Papa. Seronok Han sebenarnya.”
Papa Mi ketawa sakan mendengar pengakuan Han. Dia menepuk belakang Papaku.
“Tak lama lagi kita dapat cuculah, Ibrahim.”
Aku tunduk malu.
“ABANG jangan buat apa-apa tau. Bagilah Ya rehat malam ni. Lagipun malulah kalau semua orang tahu nanti.”
“Kalau tahu malu, lain kali janganlah bising sangat!”
“Abang!”
“Mari sini.”
“Tak naklah.”
“Sini!”
Belum sempat aku mengelak, Han sudah menarikku ke atas katil. Dia mula mencium leherku. Tempat yang aku rasa kegemarannya. Rasa-rasa akulah.
“Janganlah abang,” aku memujuk.
“Ya janganlah risau. Abang hanya nak peluk isteri abang saja, bolehkan?” katanya kepadaku.
“Masalahnya, Ya panik bila abang peluk Ya macam ni.”
Han ketawa dengan kuat. Aku cuba tutup mulutnya. Nanti kalau didengar Papa atau Mama, aku juga yang malu.
“Ya kenalah biasa-biasakan diri. Kita suami isteri. Tiada batasan antara kita berdua. Malam ni abang tak buat apa-apa. Abang janji. Abang bagi Ya rehat malam ni?”
“Ada-ada sajalah abang ni. Chaya nak tanya abang ni. Kita nak tinggal di mana sebenarnya? Sini atau di Subang?”
“Chaya ada masalah ke kalau kita tinggal di sini saja?”
“Oh, memang tak ada masalah langsung. Chaya suka sangat tinggal di sini. Sebab ada Mama dengan Umi.”
“Atau Chaya ada alasan nak larikan diri dari abang?”
“Abang janganlah fikir yang bukan-bukan. Chaya ni pun jenis kekurangan kasih sayang juga. Chaya sayang Mama dengan Umi. Kalau boleh biarlah kita tinggal di sini. Itupun kalau abang pun suka nak tinggal di sini”
“Abang tak kisah mana-mana Chaya. Yang penting, Chaya ada dengan abang selalu.”
“Rumah di Subang, bagaimana bang?”
“Itu kita buat markas. Kita balik sekali sekala.”
“Ya nak tanya abang sesuatu. Kalau Ya nak minta izin abang untuk bekerja, bolehkan abang?”
“Ya nak kerja apa?”
“Nanti Ya carilah. Mungkin balik kerja di butik Eid.”
Suamiku menarik nafas panjang.
“Abang benarkan tapi dengan syarat. Mula-mula Ya ikut abang merantau dulu. Kita pergi ke beberapa buah negara. Ya sendiri yang cakap dulu Ya nak mengembara, kan? Sekarang abang nak tunaikan permintaan Ya. Lepas tu, Ya boleh kembali kerja. Lepas tu kalau Ya dah ada baby, Ya kena jadi full time housewife. Kalau Ya setuju, abang benarkan Ya kerja.”
Aku fikir lama sedikit. Rancangan Han menarik sekali tapi kenapa aku rasa aku mungkin tiada kesempatan untuk bekerja. Kalau rezeki anak Allah bagi cepat, bermakna tiada alasan aku nak bekerja. Aku malas hendak fikir hal masa depan sekarang. Lebih baik aku nikmati masa-masa sekarang.
“Kejap ye abang, Ya ada sesuatu untuk abang. Mami bawakan barang-barang Ya. Ada benda Ya nak tunjukkan.” Aku bangun dan dapatkan sesuatu dari beg yang dibawa oleh Mami petang tadi. Aku serahkan pada Han.
“Ada pada Ya rupanya. Puas abang cari merata-rata.”
“Abang sayang Ya sampai bawa gambar Ya ke mana saja ya? Tak sangka!”
“Ya nak kena dengan abang ni,” katanya sambil menarikku ke dalam pelukannya.
“Esok abang tolonglah cover Ya masa jumpa dengan mereka ye?” Mereka yang aku maksudkan ialah ketiga-tiga sahabatku.
“No way. Ya tanggunglah sendiri.”
“Please.”
“Please what?”
“Please Abang Han Sayang”
“Tak naklah. Berani buat berani tanggung,” katanya Han kepadaku.
“Tak baik tau abang. Arwah Tok Mi Ya pesan – semoga rohnya dirahmati Allah, kita kena tolong orang yang dalam kesusahan.”
“Kalau abang tolong Ya, abang dapat apa?”
“Abang dapat ini!” jawabku sambil menggigit telinga suamiku dengan lembut. Terus aku ditarik ke dalam pelukannya. Aku dengar debaran jantung suamiku yang seirama dengupannya dengan debaran jantungku. Hanya ada dua cahaya yang bersinar. Satunya milik cahaya sang bulan manakala satu lagi Chahaya milik Han.
The end... Nina harap semua yang membaca enjoy the story. Kalau betul2 suka cerita Chaya dan Han, sudilah bagi 5 stars ya dan ajak kawan2 lain baca. Rating cerita ni PG13 dan tak ada watak jahat kan... Now, Nina nak tengah mengarang satu lagi cerita. Doakan Nina dapat siapkan satu lagi cerita yang menarik ya...
Share this novel