Bab 23

Romance Completed 8896

RASA macam aku sakit tekak bila bangun pagi ini. Kepala aku pun sakit sedikit. Bila aku nak mandi baru aku tahu aku datang bulan. Patutlah badan aku rasa malas semacam. Aku bangun pun dah lambat. Mujur Mak Teh sudah sediakan sarapan dan Pak Mus sudah tolong hantar sarapan kepada Han. Lepas makan, aku beritahu Mak Teh yang aku rasa nak baring sekejap. Rupa-rupanya aku terlelap. Aku bangun apabila aku dengar suara Mak Teh memanggil namaku.
“Chaya nampak macam pucat saja ni. Chaya tak sihat ke?” tanya Mak Teh.
“Rasa tak sedap badan sikit tapi kalau dapat dua tiga jam lagi rehat, InshaaAllah, sihatlah nanti Mak Teh.”
“Nak ke klinik tak? Pak Mus boleh bawa Chaya ke sana. ”
“Tak payahlah. Ada Panadol. Chaya dah boleh baca rasa tak sihat ni . Minum air banyak-banyak. Lepas tu baiklah.”
“Kalau Chaya ubah fikiran, Chaya bagi tau Mak Teh. Nanti Mak Teh suruh Pak Mus bawa Chaya ke klinik.”
Aku angguk saja. Aku ikut Mak Teh ke dapur sebab aku nak minum air. Aku telan dua biji panadol. Aku minta tolong pada Mak Teh yang kalau Pak Mus boleh ambil alih hari ini untuk tengokkan Han sampai Ashraf sampai. Mak Teh suruh aku pergi tidur dan jangan risaukan pasal rumah. Tahulah dia dan Pak Mus tolong uruskan. Aku ucap terima kasih pada Mak Teh. Mujur ada mereka. Aku bawa satu jag air naik ke bilik Nora. Aku mula rasa pening. Sampai nak muntah. Aku cuba juga tutup mata. Lepas baring, aku sudah tidak ingat lagi dunia yang nyata.

AKU rasa aku bangun sekali sekala. Kemudian, Mak Teh datang untuk ajak aku makan sama-sama. Aku gagah turun untuk sampai ke meja makan Entah kenapa aku tiba-tiba menangis depan Pak Mus dan Mak Teh. Berulang kali aku minta maaf sebab menyusahkan dia. Sepatutnya aku yang jaga Han. Ini tidak. Sudahlah sakit, aku pula orang lain jaga. Ashraf yang makan sekali dengan mereka pun terdiam tengok aku menangis. Mungkin aku sedih sebab aku tak sihat dan tak boleh berfungsi seperti biasa. Dalam tak sihat, habis juga sepinggan nasi. Mak Teh pujuk aku ke klinik tapi aku kata aku sudah hampir hendak sihat kembali. Aku cuma perlu tidur beberapa jam lagi. Ashraf datang untuk buat penilaian dan setuju yang demam aku sudah kebah. Mungkin aku perlu lebih berehat dan minum lebih banyak air. Mak Teh suruh aku tidur di ruang keluarga sahaja supaya senang dia nak pantau. Aku pun terus ke sana selepas aku basuh pinggan. Kali ini bila Ashraf berikan aku dua biji aspirin, aku ambil dan telan sahaja.

Sesekali aku bangun ke tandas. Minum air dan tidur balik. Aku perasan Han kejutkan aku dan bertanya sesuatu tetapi wajah dan tutur katanya kabur pada pandangan dan pendengaran aku. Seluruh badan aku menggigil dan aku kesejukan. Aku memeluk tubuhku seerat yang mungkin. Seketika aku mula terasa angin luar mengenai tubuhku. Aku pusing dan dalam samar-samar aku nampak Han membuka pintu kaca di kawasan rehat itu. Mungkin aku terasa lebih sejuk, aku menjerit seadanya meminta dia tutup semula pintu itu. Han tidak menghiraukan aku. Entah perkataan apa lagi yang keluar dari mulutku. Aku sendiri pun tidak tahu. Aku antara sedar dan tidak. Mungkin demamku masih kuat atau aku masih dalam khayal dengan ubat yang aku telan. Apa yang aku pasti ialah mataku terpejam rapat selepas itu.

AKU terjaga. Televisyen di ruang rehat itu sedang bersiaran. Rasa-rasanya aku tidak membuka televisyen. Mungkin aku tertekan alat kawalan. Aku selak selimut dan bangun perlahan-lahan. Aku rasa setiap urat dan sendi seperti berfungsi semula. Berapa lama aku tidur? Aku cari telefon pintarku dan lihat jam sudah pun sembilan malam. Aku menguap. Lama juga aku tidur. Rasa serba salah pula pada Pak Mus dan Mak Teh. Apa nak buat. Badanku tidak sihat. Tiba-tiba perut berbunyi. Seperti beruang yang kelaparan selepas berhibernasi.
“Lapar?” tegur Han tiba-tiba.
“Opocot!” terlatah aku kerana terkejut. Aku pusing ke belakang. Rupa-rupanya Han sedang baring di atas sofa panjang di ruang rehat keluarga itu.
“Ish. Buat terkejut saja,” kataku. Aku cuba tutup muka. Konon-konon mengurut di bahagian mukaku, padahal aku takut ada air liur basi yang tertinggal. Kemudian baru aku sedar. Sudah berapa lama Han berada di sini?
“Kau demam,” katanya perlahan sambil memandang aku.
“Mmm....kena hujan semalam agaknya,” balasku.
“Kena hujan atau kena tekanan mental sebab bawa kereta?”
“Mungkin dua-dua. Sorry ye sebab rasanya tak boleh layan awak hari ni,” kataku kepadanya sebab tidak dapat berfungsi sebagai manusia bekerja hari ini.
“Kau demam. Nak buat macam mana? Semuanya aku buat sendiri.”
“Penipu. Ashraf, Pak Mus semua ada kan.”
“Ada tapi tak tak best sebab tak ada orang aku nak ajak bergaduh. Kau kan selalu nak cari pasal dengan aku.”

“Syukur Alhamdulillah sebab awak rasa saya boleh sumbangkan tenaga dalam menjaga kebajikan awak selama ini,” kataku ikhlas tetapi pada masa yang sama aku jeling dia. Han ketawa saja. Perutku ikut berbunyi bersama-sama ketawa Han.
“Ada lebih makan malam. Mak Teh pesan dia simpan dalam peti sejuk. Nasi pun ada lagi. Kau pergilah makan. Nanti perut kau masuk angin, jadi satu hal pula,” kata Han kepadaku.
“Saya pergi makan dululah.”
“Kau bawa makan ke sini. Teman aku tengok TV. Lepas tu kalau kau rajin, kau buat milo panas untuk aku satu.”
Aku bangun untuk ke dapur dan panaskan lauk asam pedas yang aku jumpa. Aku tak nampak ada ikan. Saki baki isi ikan adalah. Tapi lapar punya pasal, aku tak kisah. Aku letak asam pedas kosong atas nasi. Buat banjir sikit. Kemudian aku buat milo panas dan bawa makanan ke ruang rehat tersebut. Aku letakkan milo panas berhampiran meja kecil di sisi sofa. Lantas aku duduk dan mula makan sambil menonton rancangan di televisyen.
“Cerita apa ni?” soalku.
“Cerita aku rasa kau tak faham kalau tengok pun,” balas Han.
“Saya tanya saja cerita apa. Bukannya saya nak berlakon pun dalam cerita tu.”
“Kau ni memang pandai menjawab, kan. Cerita tentang cikgu kimia ni sakit kanser.”
“Kesiannya,” aku mencelah.
“Dia tak matilah. Dia guna kepakaran dia buat dadah, jual jadi kaya.”
“Dasyat! Tapi saya tak minatlah cerita macam ni.”
‘Aku tak suruh kau minat pun. Kau ni memang tak tengok tv selalu ye?”
“Tak. Saya jarang tengok TV,” kataku setelah menelan nasi.
“Habis tu selalunya kau buat apa? Baca buku?”
“Tak juga. Saya selalu main games. Online. Atau layan lagu.”
“Jadi masa kau ada boyfriend dulu, kau tak rajin dating ke?”
Aku terdiam. Aku kunyah pun perlahan. Mungkin tengah fikir kembali, sejak aku kawan dengan Nizam, memang jarang aku keluar malam. Kalau seminggu mungkin sekali dua sahaja.
“Tak,” balasku setelah aku pasti apa jawapan aku nak berikan.
“Mungkin sebab tu agaknya boyfriend kau cari yang lain.”
“Tak juga. Kami kerja sama tempat. Hari-hari boleh jumpa. Kadang-kadang breakfast sama-sama. Kadang-kadang lunch sama-sama,” balasku tidak mahu mengalah.
“Kalau macam tu, boyfriend kau tu memang bodoh sebab tinggalkan kau.”
Aku tidak tertelan nasi di tangan. Sebak rasa di hati. Aku bangun dan berjalan hingga ke dapur. Aku buang lebihan nasi. Air mata aku entah kenapa tiba-tiba mengalir. Aku cuci tangan dan basuh pinggan. Kenapa Han kata Nizam bodoh sebab tinggalkan aku? Selama ini, tidak ada seorang pun yang kata seperti itu. Semua kata Nizam bukan jodoh aku atau kata aku tak pandai jaga Nizam sampai dia dikebas orang. Aku rasa kata-kata Han buat aku bijak meninggalkan Nizam.

Aku kembali ke tempat tidurku di atas karpet dan membelakangi sofa di mana tempat Han sedang baring. Aku anjak sedikit bantal supaya tidak dekat dengan sofa. Kemudian aku baring menghadap ke sisi dan tarik selimut sehingga ke leher. Aku cuba pejamkan mata.
Aku rasa Han turun dari sofa.
“Ok tu kalau kau nak menangis.”
Bila aku bangun, aku duduk berhadapan dengan Han.
“Memang dia bodoh kan?” kataku. Air mataku mula berlinangan. Aku lihat Han hanya tersenyum. Aku kata lagi.
“Dia bodoh sebab saya buat yang terbaik untuk dia. Saya tak pandang lelaki lain. Saya tak layan berbual dengan kawan lelaki sepejabat sebab saya nak jaga hati dia. Saya selalu ambil berat kalau dia resah atau kalau dia penat bekerja. Kalau dia marah-marah, saya diam saja sebab saya tak mahu tersalah kata. Dia memang bodoh!”
“Betul. Kalau aku jumpa dia, aku sound dia sebab lepaskan perempuan seperti kau. Kalau kau nak aku belasah dia, kau cakap saja.”
Kata-kata Han buat aku ketawa sedikit.
“Tapi saya tak pandai bawa kereta,” kataku dalam sedu sedan tangisku.
“Kau boleh bawa kereta. Itu yang penting. Lepas tu kau tak kisah kalau kau kena buli dengan aku. Kau boleh tahan sabar,” balas Han.
Aku tersenyum walaupun air mata masih jatuh tanpa diseka. Tanpa aku jangka, Han menyentuh pipiku yang basah. Dia mengelap airmataku dengan jarinya. Perlakuannya buat aku rasa menggigil tiba-tiba. Bukan kerana demamku datang semula. Kerana aku rasa ada perasaan yang aneh tiba-tiba. Aku terpaku. Pandangan yang dihadiahkan oleh Han kepadaku buat aku keliru. Aku rasa tidak menentu. Saat dan ketika itu aku seperti terpukau dengan senyumannya.
Tangan Han masih singgah di pipiku. Dia memandang sahaja pipiku sepeperti ada sesuatu yang kekal di situ. Tangisanku sudah pun reda.
“Kau tak patut menangis. Dia tak layak untuk air mata kau ni.”
“I know.”
Han mengusap pipiku. Aku rasa lain macam.
“Tidurlah Chahaya. Semoga mimpi kau seterusnya indah selalu.”

Han lepaskan tangannya di pipiku. Dia berpaling mencari sokongan untuk berdiri. Han berusaha untuk bangkit dari tempat duduknya. Aku mahu membantu tetapi aku nampak Han mampu lakukan seorang diri. Dia berjaya bangun dan berjalan menuju ke arah biliknya. Sebelum dia masuk ke biliknya, dia berpaling semula ke arahku dan mengucapkan selamat malam kepadaku.
Malam itu aku tidak boleh tidur. Fikiranku melayang entah ke mana. Wajah Han terbayang-bayang di depan mata. Aku bangun terduduk. Aku rasa kepalaku serabut. Aku baring semula. Aku masih nampak wajah Han. Parah! Aku rasa aku sudah terkena.

AKU bertemu semula dengan arwah Mama di sebuah taman bunga. Mama petik sekuntum bunga dan lekatkan di sisi telingaku. Ketika itu, aku adalah kanak-kanak yang sangat gembira. Berlari ke sana ke sini sambil memanggil mama mengajaknya mengikut ke mana sahaja aku pergi. Kemudian Mama tinggalkan aku dengan Tok Mi. Aku marah Mama. Aku merajuk sebab Mama perlu pergi. Bila Mama cium sambil pujuk aku, barulah aku relakan Mama pergi. Aku lambai Mama dan Mama lambai kepadaku kembali. Selepas itu aku teruskan bermain di taman.
Aku bangun dengan rasa hiba. Aku teringatkan Mama dan Tok Mi. Aku terlalu rindukan mereka. Walaupun masa aku bersama dengan Mama singkat sahaja, aku masih ingat senyum tawanya. Pelukan Tok Mi masih dapat kurasa. Aku rindukan kebahagiaan yang aku kecapi dahulu. Kebahagiaan ketika di zaman kanak-kanak. Ketika aku tidak perlu fikirkan soal cinta dan perasaan. Aku dapati aku ada masalah sekarang ini. Aku tidak mahu menipu diri sendiri. Rasanya aku sudah jatuh hati.
Aku sudah jatuh hati dengan Sharhan.
Aku sudah jatuh hati dengan Sharhan.
Aku sudah jatuh hati dengan Sharhan.
Tiga kali atau berapa banyak kali aku cuba katakan dalam diam, aku tahu aku ada masalah besar. Kalau Han tidak berada di hadapanku semalam, kalau Han tidak lap air mataku, kalau Han tidak pandang aku seperti dia pandang aku semalam, mungkin aku tidak perasaan apa yang aku rasakan. Hati dan perasaan bukannya boleh main tarik tolak begitu sahaja. Kalau dengan Nizam, mungkin aku sudah pasrah. Tiada harapan lagi. Jadi aku boleh buang jauh-jauh perasaan sayang itu. Apa yang masih tinggal mungkin sekelumit sakit hati dan secebis geram bila masa aku ingat perbuatan Nizam dan Nadia.
Perasaan terhadap Han yang datang tiba-tiba ini tidak aku rasa sebagai beban yang berat untuk aku pikul. Aku tercari-cari bagaimana caranya untuk mengelak dari kesulitan ini. Pastinya Han tidak tahu perasaan yang baru wujud di dalam hati ini dan lebih baik aku sorokkan sebaik mungkin daripadanya. Soalan kemudiannya ialah bagaimana aku nak sorokkan kalau aku akan bersemuka selalu dengannya. Kalau ikut sejarah, aku selalu gagal dalam hal memendam perasaan. Selalunya aku yang jadi pihak yang mula-mula mengaku. Gila kalau aku beranikan diri untuk mengaku dengan Han. Mampus aku akan dimaki hamun dengannya nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience