Bab 8

Romance Completed 8896

Aku masih belum boleh berehat lagi. Walaupun majlis pertunangan Erin berjalan lancar seminggu yang lalu, aku masih ada banyak perkara yang perlu dilakukan. Tugas aku seterusnya ialah mengendalikan majlis pernikahan Erin pula. Aku rasa lega bila Erin tidak berkecil hati ataupun sedikit terganggu dengan hari pertunangan yang tidak mengikut seperti yang dirancangnya. Erin tidak terkilan. Dia peluk cium aku ketika sampai di rumahnya pada malam itu. Dia berterima kasih kepadaku kerana menjadi penyelamat majlis pertunangannya. Malah, beberapa hari selepas itu, ketika aku berjumpa dengannya, dia kata keluarga Ikram amat gembira kerana dia ada sepupu seperti aku. Aku pun apa lagi. Kembang lubang hidunglah. Lagilah kembang rasanya bila aku dapat tahu nenek Ikram yang lebih-lebih memujiku.
Aku memeriksa senarai nama di dalam buku skrap Erin. Senarai nama tersebut diberikan oleh Aunty Elis dan aku membandingkan senarai yang aku telah masukkan ke dalam komputer riba kecilku. Kesemuanya ada hampir dua puluh dua nama. Kalau dikira setiap nama ada pasangan, maka kaum kerabat sebelah Erin adalah seramai empat puluh empat orang. Itu kalau semua nama membalas untuk menghadiri jemputan secara berpasangan. Kad jemputan sudah pun dipilih oleh Erin. Kad putih bersih yang ringkas dengan tulisan emas dan hitam itu kelihatan mewah. Menurut kata Erin, aku perlu cetak lebih kurang seratus keping kerana selebihnya adalah untuk diberikan kepada keluarga Ikram. Nampak gayanya, tugas pembantu tidak rasmi ini dikongsi bersama dengan bakal suaminya. Aku tidak kisah sedikit pun. Sekurang-kurangnya, aku banyak belajar dari pengalaman ini.
Aku masukkan jumlah kos yang bakal aku bayar untuk percetakan kad jemputan. Walaupun aku bukan akauntan seperti Ula, aku tahu juga selok belok penyata buku kira-kira. Maklumlah, hampir dua tahun aku belajar buat e-filing dengan Ula walaupun tahun pertama dengan gaji aku yang ciput itu, aku tidak perlu bayar cukai pendapatan. Bila masuk tahun kedua, walaupun dengan bonus yang ciput, aku masih tidak perlu bayar cukai. Mungkin aku bernasib baik sebab serumah dengan pekerja Jabatan Akauntan Negara. Selalu dapat nasihat kewangan percuma. Baru sebut tentang sahabat aku yang seorang itu, sudah muncul dia di hadapan aku. Panjang betul umur sahabat baik aku seorang ini.
“Dah lewat malam ni Chaya. Kau tak tidur lagi ke?”
“Tak rasa nak tidur lagi,” balasku. “Esok nak kena pergi ke tempat cetak kad. Aku nak kena order kad dan distribute kepada tetamu Erin sebelum satu Ogos supaya orang boleh respon sebelum lima belas Ogos.”
“Wah! Kena cepat tu. Kau tak buat online ke?,” kata Ula.
“Erin nak secara posmen. Online ni dia tak main.”
“Memang kena cepatlah!”
“Lepas aku settle hal kad ni, aku kena uruskan hal pengapit Erin pulak. Last week Erin kata dia terlupa pasal baju untuk para pengapit. Selain aku, kau dan Cik Nadia kita yang seorang tu, ada tiga lagi kawan air hostess dia yang akan jadi pengapit. So, aku kena arrange pakaian untuk semua orang. Erin minta warna lilac atau light purple. Aku tak tahu nak cari di mana. Aku dah usha online tapi aku takut bab-bab baju ni better kena buat fitting. Jadi esok aku buat appointment dengan Eid di butik dia. Mana tahu kalau dia boleh tolong aku. Hal macam ni manalah aku fikir. Kalaulah aku best friend dengan fashion designer macam Jovian ke, senang hidup aku.”
“Kalau kau best friend dengan dia, aku pun nak juga. Boleh jumpa ramai selebriti.”
“Yelah tu. Ula. Aku nak bagitau kau awal-awal yang pengapit Erin kena datang sehari awal ke resort Ikram tu. SiErin nak kita semua berkumpul. Konon-konon nak buat Bachelor Party untuk sambut last day dia jadi single.”
“Dah macam artis barat pula. Ada bachelor party. I like,” balas Ula. Dia sedang menelek helain buku skrap Erin satu per satu.
“Aku ingat akauntan negara lurus bendul orangnya. Rupanya kau ni kes salah ajaran pula.”
“Sekali sekala bergembira, apa salahnya. Eh, kalau macam tu, kau dengan Nad nanti bergaul baliklah?”
“Mmmm….”
“Dah la tu Chaya. Kalau dah tak ada jodoh, nak buat macam mana. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini. Mungkin kau akan dapat jodoh yang lebih baik lagi nanti.”
“Aku kan dah cerita yang aku dah tak mahu fikir hal boyfriend ke atau nak kahwin lagi. Hati aku dah remuk kena steamroll yang Nad bawa. So, aku ingat aku nak membujang sampai tua.”
“Ish! Mulut kau tu jaga-jagalah sikit. Itu doa Chaya. Kang Allah makbulkan doa kau tu, baru kau tahu. Biar aku sekat doa tu. Ya Allah…” Chahaya melihat Ula menadah tangan berdoa.
“Kau jangan dengar doa sahabatku yang patah hati ini. Sesungguhnya dia memerlukan cinta daripada seorang lelaki. Berilah petunjuk dan bukalah hatinya serta jumpalah dia dengan seorang lelaki yang sesuai untuknya. Semoga mereka akan jatuh cinta, kahwin, beranak pinak hidup bersama sampai ke SyurgaMu Ya Allah. Amin.”
“Kalau rajin nak doakan aku, tolong minta lelaki yang setia, banyak duit dan muka hensem sekalilah. Yang paling penting yang setia. Jangan yang pantang tengok perempuan macam si Ismail atau si Nizam keparat tu.”
“Itulah sebabnya aku doakan kau bertemu jodoh yang sesuai dengan engkau. Tak guna kalau setia atau banyak duit atau hensem kalau dia tak sesuai dengan jiwa kau tu. Dahsyat juga kau pendam rasa ye. Sampai si Ismail geng basikal sekolah pun ingat lagi ye.”
“Manalah aku tak ingat. Perangai sama macam Nizam. Aku ingat dia nampak aku saja. Lepas jumpa Erin, terus berubah sampai cakap ngan aku pun tak pandang. Nasib baik Erin tak layan dia. Tak macam kawan kau yang sorang lagi tu. Dah tahu boyfriend orang, sanggup tikam belakang!”
“Itulah yang aku suruh kau jumpa saja Nad. Biar dia cerita dengan kau. Bagi dia peluang jelaskan kenapa dia rampas si Nizam dari kau. Biar dia minta maaf dengan kau. Kita tak tahu dia yang mulakan atau Nizam yang sebenarnya main kayu tiga dulu.”
“Ahhh! Dua-dua sama saja.”
“Kau ni kena belajar bagi peluang. Dengar penjelasan mereka. Itu saja cara kau boleh move on. Kalau betul dorang tikam kau, masa itulah kau luahkan apa yang kau rasa. Ini kau simpan. Kisah kau dengan Ismail yang sekejap tu pun kau simpan berpuluh tahun. Tak sihat tu Chaya.”
“Sebab tu aku nak lupakan saja. Time will heal. Tak kisah berapa lama masa aku nak ambil tapi lama-lama aku rasa aku boleh forgive and forget. Mungkin untuk Nad. But never for Nizam!”
“Itu yang tak betul tu. Kita ni kena maafkan orang, baru hati tenang.”
“Kau cakap memang senang Ula. Tak kena kat batang hidung kau.”
“Bukan pasal putus cinta. Aku cakap melalui pengalaman juga. Politik di pejabat aku tu lagi gerun. Lebih dahsyat dari putus cinta tau! Tambah-tambah kalau dapat ketua yang garang tak ada jiwa nak senangkan orang. Satu cara je kalau nak hidup tenang. Setiap kali ketua sound, aku maafkan dia. Anggap saja itu sedekah. Mungkin hidup dia pun tak pernah tenang.”
“Kau ni jenis pemaaf. Lain dari yang lain.”
“Kau pun boleh saja kalau nak maafkan orang. Kena belajar. Itu sahaja.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience