“YOU nak borong baju sebab you nak suruh I kasik Chaya cuti?” soal Amy buat kali kedua.
“Yap. Bagi tau aku berapa banyak baju yang aku boleh borong so that she can have three days leave.”
“Amboi, Chaya. Tunang hang nak hang cuti sampai sanggup belanja besaq,” tambah Eid pula. “Pandai hang ayat dia noo..”
“Apa ni? Janganlah,” rayu aku kepada Han. Ish! Aku rasa tidak seronok kalau Han buat seperti ini. Nanti apa pula kata majikan-majikan aku. Mentang-mentanglah tunang aku ada duit, boleh ikut suka hati aku saja hendak datang kerja dan bercuti.
“Macam mana Che. Kita nak bagi tak Chaya cuti ni? Tempahan dah mula nak masuk sekarang ni?”
“Saya tak nak cutilah,” balasku juga. “Jangan dengar cakap Han. Ikut suka dia je.”
“Kalau dia cuti, lepas ni kena kerja direct sembilan hari. Borong tak borong, kerja tetap kerja,” balas Che.
“Macam mana Chaya? Hang sanggup tak?” Eid ajukan soalan kepadaku.
“No way,” balasku kepada para majikan. Kepada Han aku cuba bertolak ansur.
“Ok, awak boleh ikut saya pergi ke majlis pertunangan kawan saya tu. So, boleh kita lupakan pasal hal cuti ni, please?”
“Please what?” balas Han.
Aku terdiam. Takkan depan semua orang aku nak cakap perkataan itu pula.
“Please, sayang,” kataku sebegitu perlahan disebelahnya.
“Apa tu? We all tak dengarlah,” Amy mencelah.
Aku berikan senyuman dua saat. Dengan erti kata lain, tidak ada apa yang penting.
“So, aku beli tiga pasang untuk tiga hari, ok?” tanya Han kepada Amy.
“We all ok. Tapi dia tetap kena masuk sembilan hari direct,” balas Amy.
“No way!”
“Set!”
Serentak aku dan Han memberi jawapan. Seperti biasa, apa yang aku kata, tidak mendapat perhatian. Tanpa membuang masa, Han bangun dan memilih tiga pakaian yang bergantungan di rak. Aku membantah. Memang nak cari gaduh. Lepas itu aku buat rundingan. Daripada dia membazir belikan aku pakaian yang mungkin aku tak akan pakai, lebih baik dia belikan tudung sutera untuk Umi dan Mama. Han setuju dan ikut cakap aku.
“MELAMPAU betullah,” tegurku bila kami di dalam kereta.
“Sayang nak apa-apa?” Han cuba memujuk aku lagi. Baru dia tahu bukan senang nak pujuk aku kalau aku sudah naik angin. Aku malu sungguh dengan Eid dan kawan-kawannya. Sejak aku bertunang dengan Han, kerap sangat aku ambil cuti. Aku bukannya kerja tetap. Gaji pun bukannya empat angka. Aku hanya mahu tunjukkan yang aku ialah pekerja yang boleh diharap. Bukan ambil mudah walaupun aku rasa tugasku tidaklah seberat mana. Tanggungjawab adalah penting bagiku.
“No, thank you.”
“Nak merajuk berapa lama lagi?”
“Tengoklah. Saya malu sangat. Awak tak patut buat macam tu.”
“Nak malu apa pulaknya?”
“Senang-senang awak dapatkan cuti untuk saya dengan beli barang di butik. Saya rasa macam ada sugar daddy. Hoih, malu betul.”
“Untunglah awak. Selalunya sugar daddy tua, perut buncit dan kepala botak. Awak ada sugar daddy yang handsome macam aku.”
“Perasan! Saya tak suka kerja direct banyak hari. Saya pun nak rehat juga,” keluhku.
“Kerja sajalah. Lagipun aku tak akan kacau awak sembilan hari tu. Aku akan ke Sydney minggu depan.”
Dia nak ke sana lagi?
“Kerap juga awak pergi sana. Awak ada kerja apa di sana?”
Han hanya tersenyum.
“Kerja aku belum selesai. Aku ke sana sekali saja lagi. Lepas tu bila-bila aku nak ke sana di masa depan, aku bawa awak honeymoon.”
Aku tidak bercakap seketika. Han memegang tanganku sambil membawa kereta
“Aku pergi tak sampai seminggu. Bila aku balik nanti, kita buat persiapan untuk majlis kita.”
“Awak tak apa-apa kan?” entah kenapa aku rasa sedih semacam.
“Kenapa ni Chaya?” Han perasan perubahan nada suaraku.
“Saya tak tahu kenapa, tapi saya sedih sebab setiap kali awak balik, awak penat semacam. Awak tak sakit atau apa kan?”
Han ketawa kecil.
“Aku sihat Sayang. Jangan fikir yang bukan-bukan. Cuma kerja yang aku buat itu memenatkan. Mental dan fizikal.”
“Apa-apa pun, saya nak yang terbaik untuk awak.”
“Terima kasih. Awak yang terbaik untuk aku,” balasnya.
“Jadi. Memandangkan saya dah dapat cuti tiga hari, kita nak buat apa sekarang?”
“Sekarang kita pergi cari barang-barang hantaran untuk kita? Mama dah pesan suruh aku ikut saja apa yang awak nak. Baik hantaran untuk awak atau pun untuk aku.”
“Saya tahu. Semalam Mama dah tunjuk bekas untuk hantaran tu. Dia kata kita tukar lima hantaran semuanya.”
“Kalau awak nak, kita cari sekarang. Kalau tak sempat, kita cari lagi esok lusa. Awak nak cari di mana? Awak nak apa untuk hantaran awak?”
Aku buat-buat seperti sedang berfikir.
“Memandangkan awak kaya, saya nak handbag LV satu, kasut Prada sepasang, jam tangan Rolex satu, cincin bertatah berlian satu dan lagi satu apa ye? Ok. Lagi satu awak bagi saya saya smartphone paling canggih.”
“Serius awak nak semua tu?” soal Han yang sekilas memerhatiku.
“Tak adalah. Saya rasa kalau awak nak bagi saya, awak bagi sajalah satu persalinan pakaian, telekung dan sejadah. Selebihnya barang pemanis mulut macam Ferraro Roche atau Marble Cheese Cake,” kataku sambil ketawa. “Lagi pun saya tak ada duit nak bagi awak barang mahal-mahal. Jadi awak bagilah saya apa yang termampu.”
“Aku baru nak minta kereta Ferrari dengan motor Ducati sebijik.”
“Kalau miniature, saya boleh letak atas dulang. Kalau nak yang ori, awak carilah Sugarmummy,” balasku.
Han terkekeh ketawa.
KAMI ke Sunway Pyramid akhirnya. Teringat aku ke KLCC bersama dengan Han dan Nina. Dulu, aku rasakan Nina adalah perempuan yang sesuai berdampingan dengan Han. Sama cantik dan sepadan. Ketinggian Han hampir sekepala lebih daripadaku. Kalau aku berjalan di belakangnya, pasti aku tidak dapat melihat trafik di hadapan. Sebab itulah aku lebih selesa berjalan di hadapannya. Masalahnya sekarang ialah Han lebih lambat bergerak berbanding aku yang lebih pantas berjalan. Harapkan kaki saja panjang, tapi jalan mengalahkan kura-kura. Di suatu ketika Han menarik tanganku supaya aku tidak pantas berjalan di hadapannya. Sehingga kini, tanganku masih lagi dalam genggamannya.
“Awak nak makan dulu atau awak nak mula mencari barang?”
“Kalau nak cari benda-benda yang saya sebutkan tu, lebih baik cari di Jalan Tengku Abdul Rahman,” yang aku maksudkan ialah telekung dan kain sejadah.
“Kalau macam tu, kenapa tak cakap dari tadi? Kita dah boleh terus pergi ke sana.”
“Sorrylah. Saya tak terfikir pulak tadi,” kataku memohon maaf.
“Alang-alang dah ada di sini, kita cari barang lainlah.”
“Selain daripada barang yang awak sebut, barang apa yang boleh jadi hantaran?”
“Mmm….ada yang bagi perfume atau pun skincare.”
“Kalau macam tu kita cari yang itu dulu. Awak pakai perfume apa sekarang?” soal Han. Dia cuba menghidu dekat denganku sehinggakan aku berganjak sedikit daripadanya.
Aku sentiasa dapat stok murah daripada Erin. Jenama yang ku minati pastinya Dior.
“Saya guna Dior,” balasku.
“Patutlah tak wangi,” balasnya.
Aku hanya menjeling.
“Saya pakai untuk saya, bukan untuk awak.”
“Kalau awak kahwin, kenalah pakai yang wangi untuk aku.”
“Suka hati sayalah nak pakai apa. Awak nak minyak wangi apa ni? Tak pernah pula saya bau wangian….” Aku pula yang terlepas cakap.
“Jadi awak selalu bau akulah.”
“Tak…tak…saya maksudkan, kalau awak pakai pun, mungkin yang tidak kuat baunya. Sebab tulah saya tak terhidu.” jawabku.
“Aku pakai brand OBB,” jawabnya selamba.
“OBB?” tak pernah pula aku dengar jenama tu. “Burberry ke?” soalku bila aku cuba kaitkan OBB dengan jenama Burberry.
“Bukanlah.”
“Habis tu perfume jenis apa?”
“OBB….Original Bau Badan.”
“Yuk!” balasku.
“Yuk? Nanti bila kita dah kahwin, bau ni juga yang awak cari,” bisiknya di telingaku. Mukaku mula merona merah. Aku terus lepaskan tangan daripadanya dan melulu ke hadapan. Aku masuk ke dalam sebuah kedai tanpa menghiraukan Han yang berada di belakang. Han segera menghampiriku dan cuba memegang tanganku semula. Aku mengelak. Aku jumpa satu haruman yang aku rasa sesuai sebagai hantaran untuk Han.
“Saya beli yang ini untuk awaklah.”
Han membelek haruman yang aku tunjukkan.
“Awak nak beli sebab bau ke atau nak beli sebab mamat yang tengah posing ni?” tanya Han kepadaku sebab dia nampak siapa jejaka Hollywood yang memperaga haruman itu.
“Saya suka bau buah citrus,” balasku.
“Alasan.”
“Betul!” balasku.
“Awak minat model ni kan?”
“Ish. Saya nak beli bukan sebab saya minat dialah. Bau perfume ni memang best. Kalau awak nak belikan untuk saya, awak belilah yang sama. Jadi hantaran kita lebih kurang saja nanti. Bau oren pun elok untuk hilangkan stress,” kataku dengan bersungguh-sungguh.
“Aku rasa elok juga kita beli yang sama sebab nanti kita sama-sama satu bau, kan?” katanya sambil mengenyitkan mata kepadaku. Aku pun pandai pula menjawab.
“Mmm…memang pun. Hilang semua stress, kan?” kataku sambil terus memanggil pembantu yang berdekatan tanpa memberi peluang Han menjawab. Aku soal dahulu harga pakej yang ada. Beria-ria aku bertanya. Kemudian aku ucapkan terima kasih dan berlalu dari situ dan melihat barangan yang lain pula.
“ Kenapa tak nak beli? Kata suka wangian tu,” soal Han kepadaku.
“Saya tak ada duit. Tunggu gaji nantilah.”
“Laa…awak janganlah risau pasal duit. Akukan ada di sini. Biar aku bayarkan.”
“Tak payahlah. Gaji saya pun dua minggu lagi. Saya belilah masa tu nanti. Benda tadi tu pun tak ke mana.”
“Beli sahajalah sekarang,” katanya.
“Saya kata tunggu gaji sayalah nanti.”
“Aku malas nak bergaduh dengan awak,” katanya dengan suara yang sedikit meninggi. “Pasal duit dengan aku pun nak berkira. Tunggu sini. Aku pergi beli barang-barang tu.”
Dia terus berlalu meninggalkan aku seorang diri.
“Han!” aku cuba memanggilnya kembali tetapi aku lihat wajah Han seperti tidak berpuas hati dengan alasan yang aku berikan. Dia marahkah dengan aku. Kecut juga perut aku bila dia naik suara tadi.
Aku masih berdiri seorang diri. Aku lihat dia mengarahkan pembantu kaunter untuk mengambil dua pakej di situ. Pembantu membawa pakej-pakej itu ke kaunter bayaran. Aku ikut dari jauh dan menghampiri kaunter bayaran. Tidak secara dekat kerana aku berbelah bahagi. Aku tahu aku mula menerima Han dalam hidupku tetapi aku kurang senang sebab dia mula membayar barangan kepadaku. Buat aku rasa seperti aku berhutang dengannya sedangkan aku tahu kami akan bersama tidak lama lagi.
Kalau aku kira kedua-dua pakej yang diambil tadi, ia menghampiri angka seribu ringgit. Sepanjang aku bertunang dengan Han, aku rasa dia sudah banyak berbelanja. Aku rasa seperti Han terlalu membazir sahaja. Aku lihat dia mengambil dua beg berisi pewangi dan mencariku. Sekali pandang sahaja dia nampak aku.
“Sekarang kita nak ke mana?” soalnya tanpa mengungkit apa yang baru sahaja terjadi sebentar tadi. Tidak kedengaran marah. Mungkin perasaanku sahaja.
“Kita pergi minum? Saya belanja,” kataku kepadanya.
“Sure. Aku ikut sahaja.”
Aku bercadang ingin belanja dia minum kopi mahal di Starbuck. Aku bawa sehingga sampai di hadapan outlet tersebut sehinggalah Han menarik tanganku. Menghentikan aku daripada terus masuk ke dalam kedai itu.
“Ada apa?”
“Aku lebih suka minun kopi putih di sana,” kata Han sambil menunjukkan sebuah Kopitiam yang bertentangan dengan Starbuck.
“Ok. Kita ke sana kalau awak nak minum di situ,” balasku.
“Ingat. Bila kita dah kahwin nanti, awak mesti ingat yang aku suka kopi putih dan aku tidak suka kalau sikit-sikit nak cakap pasal duit. Selagi aku ada, aku akan beri nafkah secukupnya pada awak,” katanya kepadaku lalu terus masuk ke dalam Kopitiam. Aku terpinga-pinga. Namun, aku ingat kata-katanya. Kopi putih dan kalau tiada duit, minta saja. Jangan malu.
Share this novel