Bab 21

Romance Completed 8896

AKU rasa seronok setiap kali aku bangun pagi. Kepalaku terasa ringan dengan rambut gaya baru ini.
Rambut yang dipotong dengan lapisan bertingkat-tingkat sehingga paras bawah telinga. Betul kata Nina. Mataku nampak lebih besar sedikit. Aku nampak lebih comel lagi. Ahh! Perasan betul!

Aku terus ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi. Nina masih lagi di bilik air. Selesai dengan roti dan burger segera yang aku beli di KLCC dua hari lepas dan lebihan sambal ikan bilik habuan makan malam semalam, aku pergi mendapatkan Han dibiliknya.

“Awak nak mandi atau nak breakfast?” soalku. Memandangkan Ashraf masih dalam tempoh bercuti yang diberikan Han, aku yang perlu menjaga kebajikan Han sepanjang minggu. Aku tunggu jawapan Han. Kalau dia nak mandi dulu, aku akan berikan kepadanya plastik besar supaya dia tutup bahagian yang dibalut kas simen di kakinya.

“Nantilah. Aku nak makan dulu.”

Aku ke bilik air untuk mengambil berus gigi. Aku letak ubat gigi dan serahkan kepada Han. Aku pegang mug berisi air dan juga baldi kecil untuk dia membilas selepas memberus gigi. Selesai dengan aktiviti memberus gigi, aku tolak Han ke dapur. Nina sudah berada di sana dengan sekeping roti bersalut mentega kacang. Aku rasa model seperti dia tak akan makan burger yang aku masak. Aku faham dan aku pun tak kecil hati. Kami saling bertegur sebelum aku tempatkan Han di hujung meja.

“My flight dah confirm on Tuesday,” kata Nina.
Itu empat hari lagi.

“Tapi I boleh stay sini sampai esok sahaja. Lepas tu, I perlu jumpa my friend yang I ceritakan pada you hari tu before I balik ke London.”

“So, you dah fikir pasal offer tu?” tanya Han.

Aku makan sahaja sebab aku tak faham apa yang mereka ceritakan.

“I dah fikir. Sebab tu I nak jumpa dia.”

“Baguslah kalau macam tu,” balas Han.
Suasana diam seketika.

“Cepatnya you nak pergi,” kataku memecah suasana diam itu.

“Apa nak buat. Ada kerja.”

“Nampaknya malam ni saya kena buat farewell party untuk you. Kita bertiga sajalah,” kataku memberi cadangan.

“Brilliant idea Chahaya,” tambah Han.

“Thank you,” balasku sambil tersenyum.

“I think we should invite our friends. Buat barbeku,” jelas Han kepadaku dan Nina.

“Ya lah. I ok juga. Boleh jumpa geng kita,” kata Nina.

“So that’s it. I will call all the team. Lucifer, Sam, Ikram, Nora, itu pun kalau dia boleh datang dari Cherating. You pergi get all the barbeku stuffs with Chahaya,” Han lihat aku memandangnya.

“Nina. Change of plan. You pergi seorang. Chahaya tolong I setup di sini.”

“No problem,” balas Nina.

“RASANYA tak hujan kan malam ni?” kataku kepada Han sambil aku menyusun pinggan bersebelahan dengan gelas minuman di atas meja. Laman yang luas itu dihiasi beberapa pohon besar yang rendang. Pokok-pokok bunga Aunty Jah memenuhi beberapa bahagian laman. Terdapat sebuah meja dan beberapa kerusi berdekatan gazebo kayu. Aku sudah mengeluarkan tempat barbeku dari dalam stor seperti arahan Han. Mujurlah tempat barbeku itu beroda. Kalau tidak, payah juga aku hendak menolaknya dengan tong gas yang sedia ada itu.
“Harap-harap tak hujan,” balas Han. Dia baru selesai membaca mesej daripada seseorang. Katanya, Sam dan Lucifer jadi datang. Ikram dan Erin belum pasti manakala Nora serta suaminya memang tidak dapat hadir. Nina pula dalam perjalanan balik. Katanya dia beli ayam dan daging yang sudah dicampur gaul dengan rencah dan perasa. Selain daripada itu, dia juga membeli burger daging, roti burger, kentang dan air bergas untuk malam ini. Makan burger lagilah nampaknya malam ini.
“Ada cukup ais tak?” soalnya kepadaku. Dia duduk di kerusi roda sambil memberi arahan sahaja sejak dari tadi. Jelas kelihatan yang dia mahu majlis malam ini walaupun ringkas berjalan lancar untuk Nina.
“Ada banyak. Saya buat dari pagi tadi lagi.”
“Ok. Thank you,” dia membuka mesej yang baru tiba ke telefon bimbitnya.
“Cousin aku dengan cousin kau jadi datang,” katanya.

Yeay! Aku boleh jumpa Erin malam ini. Seronoknya. Aku tepuk tanganku berkali-kali tanda suka. Han senyum melihat perlakuanku itu.
“Suka?” soalnya.
“Siapa tak suka kalau jumpa kawan baik. Macam awak juga. Sukakan jumpa Nina?”
Han hanya tersenyum.
“Kau suka Nina ke?” Han tanya kepadaku.
“Suka!” balasku dengan pantas.
“Kenapa kau suka dia?”
Pelik betul soalan Han kepadaku. Kenapa pula tanya soalan kenapa aku suka Nina.
“Saya suka Nina sebab dia cantik, dia baik dan kalau dia ketawa, bunyi macam musik,” balasku tanpa berfikir panjang.
“Kalau kau tahu dia dulu tidak seperti apa yang kau kenal dia sekarang, kau masih suka dia?”
“Apa soalan awak nak tanya saya ni? Saya suka Nina sebab saya kenal dia sekarang. Kalau saya kenal dia dari dulu, itu lainlah cerita. Apa pun kalau dulu dia bukan Nina seperti sekarang, itu hal dulu. Sekarang hal sekarang. Beza tu. Whatever, dulu atau sekarang, saya ikhlas suka Nina.”
“Aku pelik dengan kau ni. Kalau kau nak tahu, kebanyakan perempuan tak sukakan Nina.”
“Sebab dia terlalu cantik ke?”
“Sebab dia adalah Nina. Cantik pun ye dan berbakat pun ye. Pendek kata Nina boleh dapat apa saja yang dia mahu. Dia ada kecantikan semulajadi yang boleh buat lelaki terpikat hanya dengan sekali pandang sahaja.”
“Yap. Saya yang perempuan ni pun boleh nampak. Nina tu ibarat rama-rama yang cantik kan? Suka kita lihat tapi sukar kalau nak dekat. Itu yang saya rasakan.”
“Rama-rama yang selalu terbang dan susah nak ditangkap.”
Aku baca rangkap akhir yang disebut Han di dalam hatiku. Aku buat satu kesimpulan.
“Oh…awak simpan perasaan pada Nina ye? Kenapa tak berterus terang saja,” aku usik selaku menduga perasaan Han terhadap Nina. Kenapa aku buat begitu? Sebab aku memang kaki sebok. Mungkin juga aku teringin sangat nak ambil tahu.
“Merepek kau ni. Nina tu macam adik aku sendirilah.”
“Tapi bukan adik betul. Boleh buat isteri kalau mahu.”
Han ketawa sakan.
“Kau salah sangka ni. Aku dengan Nina macam abang dengan adik dan juga kawan baik.”
“Macam mirror image?” balasku. Memang aku nampak persamaan Han dan Nina. Mereka berdua insan seperti insan yang serupa.
“Betul. Macam mirror image,” katanya mengakui kataku. “Sebab itu kami memang tak sesuai jadi pasangan seperti yang kau sangkakan. Kau tanyalah pada Nina sendiri.”
“Tanya I pasal apa?” tiba-tiba Nina muncul dari dalam rumah ke luar laman. Dia datang membawa dua buah plastik putih berisi barang yang baru dibelinya. Dia letak kedua-dua beg plastik di atas meja. Aku nampak beberapa botol minuman bergas.
“Chaya kata kita sesuai jadi couple.”
“Hah..hah..hah…Chaya, Sharhan is my big brother!”
“Exactly apa yang I cakap pada dia,” tambah Han.
“Tapi you all nampak perfect,” aku cuba tekankan pendapatku.
“Bukan you seorang yang cakap macam tu. Ramai yang sama saja dengan you. Tapi percayalah. I dan Han tak mungkin sampai ke tahap tu. Kami pun dah pernah heart to heart. Confirm kami tak sesuai sebab kami adalah yang terbaik bila sebegini.”
“I still don’t get it. Why not?” aku masih tidak percaya dan tidak faham. Pasangan di hadapan aku ini memang secocok.
“Because we are definitely not soulmates,” balas Nina.
“How do you know?”
“Kau akan tahu bila kau jumpa orang tu nanti.”
“Sorry. Saya perlu tanya soalan ini. Macam mana nak tahu orang itu satu jiwa dengan kita, soulmates seperti yang you kata?” soalku. Mungkin aku masih teringatkan hal aku dan Nizam. Aku dan Nizam bukan ‘soulmates’ kah?
“You nak explain ke atau I nak explain Han?” soal Nina.
“You explain. You perempuan. Jadi senang nak relate.”
Nina duduk di salah sebuah kerusi. Aku pun duduk juga. Rasa ingin tahu apa yang mereka berdua ini cuba sampaikan kepadaku. Adakah Nizam bukan soulmate aku. Sebab itu aku gagal dengannya.
“You pernah bercinta Chaya?” soal Nina
“Baru putus cinta beberapa bulan yang lalu,” balasku tanpa segan silu di hadapan Nina mahupun Han.
“Oh, sorry,” balas Nina.
“Perkara kecil,” balasku.
Nina memandang Han dan kemudian beralih semula kepadaku.
“Macam mana nak tahu? You akan jumpa soulmate you bila you rasa you sayang lelaki yang you suka, yang you sayang diri you sendiri. Sayang tu terlalu dalam sampai you sanggup buat apa sahaja untuk menjaga rasa kasih itu. Tapi bukan you seorang saja yang rasa seperti itu. Ia mesti sama juga dengan pasangan you tu. Dia pun akan ada perasaan yang sama dalamnya. Maybe, you dan pasangan you ada sifat yang berbeza tapi kasih sayang dan persefahaman yang mendalam itulah yang akan buat you dan pasangan you klik! But a different kind of click. Kalau kita orang Islam, kita kata itulah jodoh kita. Kalau you nak I bagi contoh, John Lennon dengan Yoko Ono. Mereka berbeza tetapi jiwa mereka satu sampaikan geng Lennon yang lain pun tak boleh nak pisahkan mereka.”
Aku fikir tentang aku dan Nizam. Kalau aku betul sayang Nizam, mungkin aku akan berusaha untuk jaga cinta kami.
“Dalam hal I dengan Han. Kami memang bukan soulmate. Han sayang I dan I sayang Han. Sayang Han pada I sama macam dia sayang Nora. I sayang Han sama macam I sayang Nora. Mungkin ramai yang confuse sebab kami boleh klik begitu. Mungkin kerana kami berkongsi minat yang sama. Itu sahaja. Betul tak Han?”
“Betul,” balas Han.
“Mari kita ambil contoh you dengan your ex. Cuba tanya diri you sendiri. Do you love him that much? Dan bila you putus, do you feel like it is the end of the world? I rasa tak sebab you ada dengan kami di sini dan I tak nampak pun yang you selalu bersedih. That means, you dah selesai pun dengan your ex tu dan dia memang bukan jodoh you.”
Aku tiba-tiba ketawa kecil. Han dan Nina saling berpandangan.
“Kenapa ketawa?” soal Nina.
“Nizam bukan jodoh saya. Betul tu. Saya hanya tak puas hati bila mereka buat hal di belakang saya,” kataku senada sahaja.
“Nizam? Itu nama your ex ye?” bila Nina tanya, aku angguk.
“Let him go, Chaya. Let it go. He is not worth your love.”
Aku menarik nafas sedalam-dalamnya.

PARTI barbeku malam itu disertai oleh lapan orang. Yang paling awal hadir ialah Lucas atau lebih dikenali sebagai Lucifer. Seorang lelaki yang tidak berapa tinggi tetapi mempunyai wajah iras-iras pelakon Hong Kong. Aku tidak nampak langsung kejahatan yang ada pada Lucifer tetapi mungkin terlalu awal untuk aku buat kesimpulan.
Sam dan isterinya Sara tiba sejurus selepas itu. Aku ingat Sam orang Cina seperti Lucifer. Rupa-rupanya orang Melayu. Nama asalnya lain tetapi dia dipanggil Sam. Dia kelihatan seperti lelaki yang Ula selalu gambarkan di tempat kerjanya. Lelaki yang berambut kemas, berkaca mata dan tidak pandai bergaya. Berbeza dengan isterinya Sara. Rupa paras tidak secantik mana tetapi sungguh bijak bersolek dan bergaya. Tas tangan jenama Marc Jacobs tersandang di bahu dan baju polos berwarna biru gelap semestinya menunjukkan statusnya sebagai seorang yang berada.
Ketika majlis hendak bermula, barulah sepupuku Erin dan suaminya Ikram muncul tersenyum-senyum. Lucifer terus melontarkan kata-kata mengejek kepada mereka. Nina senyum malu-malu ketika menghampiriku. Aku memeluk cium Erin seperti kebiasaan kami. Gatal sungguh bila aku tengok Erin malu-malu di hadapan suaminya. Lantas aku pun mengejeknya sama seperti yang Lucifer katakan tadi. Erin hanya menjeling tetapi tetamu yang lain juga bersetuju dengan aku ketika itu.
Kami berkumpul di sebuah meja bulat. Aku tambah kerusi dari tempat makan mengikut arahan Han sebelum itu tetapi aku nampak Lucifer lebih selesa duduk di pondok berpangkin yang berdekatan. Nina pula bertungkus lumus membakar ayam panggang dan bahan-bahan lain. Ikram pergi membantunya. Aku duduk di sebelah Erin. Sambil berbual kami makan makanan ringan yang dibawa oleh Lucifer ketika datang tadi.
Hidangan secara layan diri dan keadaan agak santai. Masing-masing bercerita yang kebanyakan kisah berkisar kehidupan semasa mereka. Sekali sekala diselitkan juga cerita-cerita lama sepanjang perkenalan mereka. Aku suka suasana seperti ini. Sepanjang masa aku hanya mendengar sahaja. Cerita mereka membuatkan aku lebih mengenali siapa Han dan Nina. Bila ku amati dengan lebih dekat lagi mereka berdua, aku dapat lihat apa yang mereka cuba sampaikan kepadaku awal hari ini. Mereka sesuai berkawan tetapi tidak sebagai pasangan.
Bila ais hampir habis, aku menawarkan diri untuk mengambil di dapur. Sara, isteri Sam ingin mengikutku kerana dia hendak menggunakan bilik air. Aku pun ajaknya sekali dan bawa dia ke bilik air tetamu. Ketika aku sedang memasukkan ketulan-ketulan air ke dalam bekas, Sara menegur.
“I dengar you tolong jaga Sharhan sementara family dia ke Mekah. You jaga dia baik-baik. Jangan sampai Nina ambil kesempatan.”
Kali ini aku terkejut sedikit mendengar kenyataan yang keluar dari mulut Sara. Aku lontarkan satu senyuman kepadanya dan bertanya kenapa pula aku perlu buat seperti itu.
“Nina bukan perempuan yang baik.”
Aku angguk konon-konon ingin tahu lagi. Entah kenapa tiba-tiba perempuan ini mengata tentang Nina kepadaku. Mungkin ada sesuatu yang Nina telah lakukan sepertimana yang disebutkan oleh Han kepadaku. Agaknya inilah salah seorang perempuan yang tidak menyukai Nina.
“Saya tak berapa kenal Nina, tapi dia nampak ok je.”
“Memang nampak ok, tapi she is not what she is.”
“Really?” kali ini aku buat muka terkejut. Sepanjang minggu aku bangun dan tidur dengan Nina, rasa-rasanya aku kenal siapa Nina yang bersamaku. Seseorang yang aku boleh hormati. Tidak kisah dengan kehidupan silamnya. Aku masukkan ketulan ais dengan pantas. Rasa macam malas untuk mendengar gosip perempuan diva di sebelahku ini.
“Dia dengan mak dia perosak rumahtangga orang.”
“Betul ke?” aku tanya lagi.
“Betul. Alah…model macam dia tu boleh dapat apa saja yang dia nak. Petik jari, semua dapat. Silap-silap guna err.. You know what I mean,” tambah Sara lagi.
“I don’t want to know,” balasku lembut. “Anyway, kalau dia macam tu, you jaga suami you baik-baik sebab suami you dah kahwin. Han masih bujang lagi. So, I think its ok with Nina kalau dia nak dengan Han,” balasku. Raut wajahku selalunya menampakkan aku seseorang yang jujur padahal dalam hati aku ingin mengajar sedikit perempuan yang sedang mengutuk orang lain ini.
“Hubby I Nina tak pandang.”
“Eh jangan you. Hubby you mesti banyak duit kan. Kalau you kata Nina tu jenis pisau cukur, baik-baik you. I takut dalam diam-diam, dia cari suami you pula nanti,” kata-kataku mula meresap masuk ke dalam minda Sara. Aku nampak kali ini dia pula yang berfikir panjang. Bukan niatku untuk buat cerita tetapi aku memang pantang kalau ada yang bercerita dahulu. Apatah lagi kalau cerita itu kurang sesuai dengan pendengaran aku. Setelah aku siap memasukkan ketulan ais ke dalam bekas, aku mengajak Sara yang sudah jelas kelihatan kurang senang untuk pergi bersama denganku.
Perkara pertama yang aku lihat ialah perubahan wajah Nina bila dia nampak aku keluar bersama-sama Sara. Kesian Nina. Firasatku mengatakan Nina ialah seorang yang baik. Mungkin siapa dia dan peristiwa yang telah berlaku itu mungkin tidak berpihak kepadanya.
“Siapa nak ais!” jeritku untuk mengelakkan rasa kurang selesa yang timbul di hatiku.
“Chahaya! Come sit with me,” kali ini Lucifer mengajak duduk bersamanya di pangkin. Aku menyahut setuju. Aku ke tempat membakar untuk mengambil seketul ayam. Alang-alang ke situ, aku tanya kalau Lucifer mahukan sesuatu juga.
“Ambil I satu ketul ayam, please and thanks honey,” katanya.
Aku anggap itu kata-kata yang datang dari mulut seseorang yang nakal sahaja.
“Chahaya. I nak satu juga,” Aku dengar Han pula bersuara. Aku angguk. Nina datang ke sisiku. Dia tolong pegang dua pinggan. Aku masukkan satu ketul ayam di setiap pinggan.
“Ni you bawa kepada Han. Yang ini biar I bawa untuk Lucifer tu,” kata Nina.
Aku ok saja. Aku ambil satu pinggan dan bawakan kepada Han.
“Tukar bahagian dada,” arah Han kepadaku. Aku pergi semula ke tempat barbeku. Mujurlah ada bahagian dada ayam. Aku tersenyum sambil mendengar Lucifer mengayat Nina. Aku bawa ayam kembali kepada Han.
“Duduk sini saja,” arah Han kepadaku sambil menunjukkan kerusi di sebelahnya. Semua yang berada di situ memandangku semacam sahaja. Aku tengok kening Erin terangkat-angkat. Dari tenpatku, aku boleh baca soalan dari bibir Erin.
Is there something going on between you two?
Aku balas pandangan Erin. Kalau Erin dapat membaca gerakan bibirku, ia berbunyi seperti di bawah ini pula:
Kau jangan nak fikir yang bukan-bukan.
Erin balas semula. Kami sudah biasa berbual sebegini Kali ini dengan ekspresi wajah.
Why not?
Aku balas dengan wajah yang kurang berminat dan satu lagi ekspresi yang membuatkan Erin menutup mulutnya dari ketawa.
Not interested. He may be big but small in that area!
“Apa tu?” tegur Han bila nampak cara satu jariku menunjuk ke arah bawah.
“Tak ada apa-apa,” balasku sambil menggigit ayam bakar. Sedapnya.

-------------------------------///-----------------------------------

“WHY don’t you sleep over?” ajak Han kepada Lucifer. Erin dan Ikram sudah pun pulang setengah jam sebelum itu. Hanya Lucifer dan pasangan Sam-Sara sahaja yang masih berada di situ.
“Boleh. Kalau aku boleh tidur dengan Chahaya dan Nina,” balas Lucifer.
“Kau nak kena ni?” tanya Han sambil menunjukkan penumbuknya.
“Aku kata tidur saja. Bukan buat apa-apa pun,” balas Lucifer.
“Aku pun tunjuk saja penumbuk ni. Bukan nak buat apa-apa pun,” balas Han.
“Aku tahu. Anyway, aku nak saja stay tapi aku kerja esok. Lagi pun ramai awek aku di pejabat tertanya-tanya mana bos mereka yang handsome pergi kalau aku tak masuk kerja. Kau jaga diri Han. Cepat-cepat sihat dan kita boleh rematch tenis. Last time, aku kalah dengan kau. Jadi aku nak rematch balik. Aku rasa kali ni mesti aku boleh kenakan kau. Kaki kau tu dah second hand.”
“Boleh blah la kau!”
“Ok Nina. Please keep in touch,” kata Lucifer. “You balik London, jangan hook up dengan Mat Salleh. I di sini lagi handsome daripada mereka. So make sure you call me bila balik sini lagi.”
“Ok, Luc.”
“And Chahaya,…Chahaya, Chahaya, Chahaya…..so nice to meet you tonight. If you miss me, here’s my card. You call me,” kata Lucifer sambil menyerahkan sekeping kad kepadaku. “
Aku tersenyum sambil menerima kad daripadanya. Lucifer berjabat dengan kami semua sebelum pergi. Begitu juga dengan Sam dan Sara yang tinggalkan anak kecil dengan pembantu rumah untuk hadir ke majlis ini. Takut nanti anak kecil itu tercari-cari pula. Selepas mengucapkan selamat tinggal, mereka juga beredar dari situ.
Aku dan Nina mula mengemas.
“Are you ok, Nina?” soal Han. Aku baru perasan yang Nina diam sahaja.
“Ok,” jawab Nina selamba.
“You still tak boleh masuk dengan Sara?”
Nina angguk.
“Biarlah. Perempuan macam tu memang menyusahkan saja. I hairan kenapa Sam pilih dia sebagai isteri.”
Nina terduduk. Entah apa yang difikirkannya.
“Sara beritahu saya supaya berhati-hati dengan Nina,” aku buat kenyataan. Kali ini aku mendapat perhatian Nina dan Han.
“Apa dia kata?” tanya Han ingin tahu.
“Dia kata Nina bukan seorang yang baik. Suruh saya jaga Encik Sharhan jangan sampai Nina cekup Encik Sharhan.”
“Dia kata macam tu?” tanya Han lagi. “Sial betullah perempuan tu.”
“Han…please. Biar sajalah,” kata Nina.
“Dari dulu lagi dia suka cari pasal dengan you,” kali ini aku nampak wajah Han sudah berubah sedikit. Wajah marahnya sudah kembali. Aku rasa bersalah pula sebab buka mulut.
“Dia cerita apa lagi?”
“Tak banyak, tapi tak pentinglah,” aku cuba mengelak daripada menyebut hal emak Nina. “Saya suruh dia jaga Sam baik-baik daripada suruh saya jaga Encik Sharhan.”
“Kenapa kau nak kata macam tu pula?”
“Sebab dia sibuk kata Nina suka suami orang lepas tu suruh saya jaga Encik Sarhan baik-baik. Apa hal! Encik Sharhan kan belum kahwin lagi, buat apa nak jaga. Lebih baik dia jaga suami dia sendiri, betul tak? Sengaja nak api-apikan saya.”
“Kau kata macam tu pada perempuan macam Sara? Apa dia jawab?”
“Dia diam. Mungkin dia sedar apa yang saya kata tu masuk akal.”
Nina dan Sharhan saling berpandangan.
“Chaya…you percaya ke apa yang dia kata tentang I,” soal Nina kepadaku.
“There is always two sides of a story. Saya baru dengar satu pihak saja. Tapi kalau sebelah pihak tak mahu cerita pun tak apa. Hakim dan juri pun tak boleh nak jatuhkan hukuman kalau tidak dengar dari kedua-dua belah pihak,” balasku sambil tersenyum.
“Thank you,” balas Nina. Aku nampak ada sinar di matanya. Begitu juga dengan Han. Aku senyum tetapi sekejap sahaja. Aku ingat balik kata-kata aku sebentar tadi. Two sides of a story. Aku sudah beri peluang pada Nad untuk dia ceritakan bahagian dia tapi dia yang tidak mahu berterus terang. Aku bahagian yang lagi satu dan aku juga hakim dalam kes aku sendiri. Selayaknya, aku boleh jatuhkan hukuman untuk Nad dan Nizam.

MALAM itu aku dan Nina berbual panjang. Kami sisihkan Han yang akhirnya diam di dalam bilik seorang diri. Kami layan sahaja apa rancangan di tv sambil berbual. Kami lama melayan video musik. Mungkin bagi Nina, rancangan hiburan adalah seperti makanan harian di dalam pekerjaannya. Aku suka lihat Nina. Bukan kerana kejelitaannya. Mungkin kerana keperibadiannya. Dia tidak sombong atau bongkak seperti kebanyakan orang yang ada kelebihan sepertinya. Dia peka terhadap keperluan orang lain. Ambil contoh aku dan masalah rambutku. Dia peka sekali. Dan akhirnya dia tidak ambil kisah apa orang kata tentangnya. Sifat tidak kisah itu yang buat aku tertarik dengan Nina.
“Fikir pasal I ke?” soalnya. Aku memang perasan dia ini memang peka orangnya.
“Saya rasa sedih sebab you dah nak pergi.”
“Alah….kalau I pergi pun, bukannya you tak tak boleh contact I. Kalau nak ke London, call me bila-bila masa.”
“Saya tak banyak duit nak ke sana, tapi kalau ada rezeki, mana tahu, kan. You jadi model sejak umur berapa tahun ye?”
“Dari umur enam belas tahun. Sekarang ni dah lama sangat rasanya. Itu yang tengah cari plan untuk buat something else. Dunia model ni sekejap saja Chaya. Bila you dah tua, dah kurang permintaannya. Makin ramai orang muda yang naik. Sekarang ni pun budak-budak kecil pun masuk kelas untuk jadi model suatu hari nanti. I ada muka Asia. Sekarang ni, orang Asia semakin laku di mana-mana.”
“You tak terfikir ke nak berkeluarga suatu hari nanti?”
“Tak tahu. I memang ada bad experience about family institution. Lainlah macam you. Walaupun you gagal bercinta, at least you masih lagi ada harapan.”
“Harapan apa pula? Saya pun dah rasa malas. Dah give up dengan lelaki. Saya dah tak mahu lagi rasa nak bercinta. Hidup single ni sebenarnya menarik juga. Tak terikat dengan siapa-siapa.”
“Sebab you tak jumpa your soulmate lagi,” balas Nina.
“There is no one for me.”
“Why not?I ada potential candidate yang sesuai dengan you. Sharhan single lagi. Grab him,” kata Nina sambil tangannya seperti menangkap angin di udara.
“Kalau Encik Sharhan, terima kasih sajalah. Lagipun, dia tu macam tak suka perempuan saja kecuali dengan you,” kataku tanpa berdalih.
“Bukan tak suka Chaya. Dia pun ada bad experience dengan perempuan. Fell in love with this girl one day. She broke his heart and went away.”
“Ye ke? Patutlah dia macam tu. Frust bercinta rupa-rupanya.” Baru aku tahu kisah cinta Han. Kecewa macam aku jugalah.
“Itu bukan jodoh namanya. Suatu hari nanti, mana tahu, dia akan berjumpa dengan seseorang yang istimewa. Perempuan yang boleh buat dia gila bayang. Bila tiba masanya, kita akan tahu siapa perempuan tu, bukan?” sambil Nina bercakap, sambil dia pandang aku dengan penuh bermakna.
“Harap-harap bukan saya. Apa-apapun, tahniahlah kepada sesiapa yang dapat dia nanti,” kataku bersahaja. Nina faham apa yang aku nak sampaikan walaupun dia masih memberi pandangan dengan sesuatu makna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience