×dua belas×

Romance Series 18510

"HELLO Fawwaz, saya ada di KLIA sekarang. Boleh awak jemput saya?" ujar Umairah.

"Awak dah sampai Malaysia?" tanya Fawwaz di hujung talian. Nada suaranya jelas kedengaran agak terkejut.

"Ya, tolong jemput saya. Kalau tak boleh, saya balik sendiri."

"Awak tunggu situ. Saya datang." Fawwaz terus menamatkan panggilan.

Setelah kejadian semalam, Umairah mengambil keputusan untuk pulang terus ke Malaysia sehelai sepinggang. Dia sudah tak sanggup untuk berdepan dengan lelaki bernama Tengku Mikael itu lagi. Fikirannya sudah buntu sangat sekarang. Perlahan-lahan Umairah menyentuh bahagian lehernya, masih terasa sakit kesan cengkaman tangan Tengku Mikael.

"Maira !" panggil Fawwaz.

Umairah segera mendapatkan lelaki itu. Air matanya terus laju mengalir apabila tiba di hadapan Fawwaz. Lututnya terasa begitu lemah. Fawwaz cepat-cepat memaut bahu Umairah lalu dibawa menuju ke arah keretanya. Umairah tidak henti-henti menangis di dalam kereta. Buntu Fawwaz dibuatnya.

"Kenapa awak suruh Mikael jumpa saya? Kenapa? Awak tahukan dia takkan pernah berhenti sakiti saya. Saya benci dia sangat-sangat," ujar Umairah dalam tangisannya. Bibirnya mula diketap geram.

Fawwaz mengeluh lemah.

"Saya tak ada niat pun Maira. Saya tak tahu apa yang dia dah lakukan pada awak sampai awak jadi begini."

"Awak dah makan?" soal Fawwaz. Umairah hanya mengggeleng. Selera makannya sudah mati agaknya. Dia langsung tidak terasa lapar langsung.

"Saya nak balik," ujar Umairah dingin.

Fawwaz mengeluh lagi. Keras sungguh hati Umairah.

"Kita pergi studio saya. Rumah ada kawan saya tumpang malam ini."

Tiba-tiba telefon bimbit Fawwaz berdering. Nama Tengku Mikael tertera pada skrin. Lambat-lambat Fawwaz menjawab panggilan itu.

"Dia dah sampai Malaysia. Dia selamat. Kau tak perlu risau." Fawwaz terus menamatkan panggilan.

"Even Mikael itu jahat, awak tetap kena hormat dia sebagai isteri. Awak tak boleh pergi begitu sahaja. Awak kena fikirkan perasaan dia juga Maira," ujar Fawwaz dingin.

"Awak suruh saya fikirkan perasaan dia? Ada dia fikir perasaan saya bila dia buang saya dulu. Saya ini isteri dia. Isteri yang sah," nada Umairah sudah meninggi.

Fawwaz terus memberhentikan kereta. Kadang-kadang dia juga geram dengan sikap keras kepala Umairah itu. Bahu Umairah ditarik kasar supaya menghadap wajahnya.

"Saya kenal Mikael itu lebih dari saya kenal awak Maira. Apa yang dia lakukan bersebab walaupun kadang-kadang saya tak boleh terima apa yang dia lakukan. Jika awak terus begini, perkahwinan awak mungkin akan berakhir," ujar Fawwaz.

Umairah menepis tangan Fawwaz kasar.

"Memang saya nak perkahwinan ini berakhir. Saya dah tak sanggup lagi nak hidup begini. Saya dah penat dengan semua ini. Mungkin ini hukuman untuk saya sebab derhaka pada ummi dan ayah. Saya anak yang jahat."

"Maira! Awak tak jahat. Awak cuma sikit khilaf sahaja. Jodoh awak sudah tertulis dengan Mikael. Mungkin awak yang akan mengubah dirinya nanti," pujuk Fawwaz lembut.

Umairah mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. Tak guna dia bertekak dengan Fawwaz kerana lelaki itu memang akan akan menangkan sepupunya juga. Kini kereta yang mereka naiki sudah hampir tiba di studio Fawwaz. Lelaki itu turun terlebih dahulu untuk membuka pintu studio dan lampu.

"Jom masuk Maira. Hari nak hujan ni. Awak stay dulu. Saya pergi beli makanan. Awak boleh gunakan bilik rehat saya dekat atas," ujar Fawwaz.

Umairah terus keluar dari kereta lalu masuk ke dalam studio. Dia langsung tidak memandang Fawwaz. Hatinya terasa panas sahaja pada malam itu. Fawwaz hanya menggeleng kepalanya melihat karenah wanita itu. Mungkin disebabkan pembawaan budak agaknya. Fawwaz memandu keretanya pergi untuk mencari makanan untuk wanita itu.

Umairah membawa langkahnya naik ke bilik rehat Fawwaz. Di dalam bilik itu hanya dilengkapi sebuah katil bujang dan sebuah almari pakaian. Jadi disinilah Fawwaz tidur selama ini. Umairah membuka almari tersebut lalu mengeluarkan sehelai tuala bersih. Dia mula membuka selendang yang menutupi kepala lalu diletakkan di atas katil tersebut.

"Dark circle. Mungkin tidur tak cukup dua tiga hari ini," rungut Umairah sambil memeriksa bawah matanya pada cermin.

Umairah membawa langkahnya ke arah tandas. Badannya sudah terasa sangat melekit dan tidak selesa. Usai sahaja membersihkan diri, Umairah membawa langkahnya ke arah ruangan kerja Fawwaz yang berada di bawah. Banyak gambar yang tertampal di dinding. Kamera-kamera milik Fawwaz juga berselarakan atas meja.

Umairah tertarik dengan sebuah pintu yang agak tersembunyi di sudut studio. Entah kenapa dia teringin sangat nak melihat apa yang ada di dalam situ. Jangan Umairah, mungkin itu bilik privasi Fawwaz. Kau tak boleh cerobohi privasi orang. Umairah mengingatkan dirinya berkali-kali.

Walaupun berkali-kali dia mengingatkan dirinya, kakinya masih lagi tetap melangkah ke arah bilik itu. Kini tangan Umairah sudahpun memegang tombol pintu dan bersedia untuk membukanya.

"Maira, jangan buka," tegur seseorang.

Umairah segera melepaskan tombol pintu itu lalu memalingkan wajahnya ke arah pemilik suara.

"Maaf, saya tak bermaksud nak cerobohi privasi awak," ujar Umairah lalu melangkah menjauhi pintu itu.

Fawwaz hanya mengangguk. Dia meletakkan plastik yang berisi makanan ke atas meja. Setelah itu dia menghampiri peti sejuk lalu mengeluarkan sebotol minuman oren Twister.

"Makan dulu Maira. Saya belikan awak nasi goreng kampung saja." Fawwaz menuang air ke dalam gelas.

Umairah mengusap perutnya perlahan. Tiba-tiba sahaja terasa lapar. Umairah menarik kerusi di hadapan Fawwaz lalu mula menjamah makanan.

"Awak tidur dalam bilik di atas. Saya akan tidur dalam studio dekat bawah. Kalau perlukan apa-apa, awak kejutkan saya. Saya nak naik bilik kejap, mandi," Fawwaz membawa langkahnya pergi.

Umairah pula meneruskan menjamah makanan. Matanya masih lagi memandang ke arah pintu bilik tersebut. Perasaan ingin tahunya semakin melonjak-lonjak apabila niatnya dihalang oleh Fawwaz sebentar tadi.

Usai makan, Umairah mengemas semula meja lalu duduk di kerusi dalam studio kerja. Tidak lama selepas itu, Fawwaz muncul dengan membawa dua mug berisi Nescafe. Satu dihulurkan pada Umairah. Fawwaz mengambil tempat di hadapan Umairah lalu mencicip Nescafe daripada mug.

"Mikael akan balik malam ini. Esok dia akan jemput awak. Saya tak ada hak nak halang dia," ujar Fawwaz tiba-tiba.

Air muka Umairah terus berubah apabila nama Mikael disebut. Dia pulang ke Malaysia sebab nak larikan diri daipada Mikael. Kenapa pula lelaki itu terus-terusan mengejarnya pula.

"Saya tak nak jumpa dia. Tak ada sesiapa yang boleh faham saya ke?" rungut Umairah.

Fawwaz hanya mendiamkan diri. Pelbagai rungutan yang terluah daripada bibir Umairah. Sejak-sejak berbadan dua ini, Umairah memang banyak merungut. Sikapnya juga boleh dikatakan berubah juga. Mungkin pembawakan budak agaknya.

"Awak nak masuk bilik itu?" soal Fawwaz tiba-tiba.

Umairah memandang sekilas ke arah pintu bilik yang tertutup rapat itu lalu mengangguk perlahan. Fawwaz tersenyum lalu bangun menghampiri bilik tersebut. Daun pintu ditolak perlahan lalu pintu itu terbuka luas. Umairah segera menghampiri Fawwaz. Dalam bilik itu dipenuhi bingkai gambar yang ditutup dengan kain putih.

"Masuklah, semua ini hasil kerja saya ketika di Perancis dulu. Mungkin awak akan terkejut lihat semua hasil kerja saya ini," ujar Fawwaz separuh berbisik.

Umairah memandang Fawwaz sekilas lalu membawa langkahnya masuk ke dalam bilik itu. Dia memerhati segenap ruang, seram pula dia lihat semua bingkai yang tertutup itu. Umairah terpandang sebuah bingkai di penjuru bilik, entah kenapa dia tertarik sangat untuk melihat gambar di sebalik kain putih itu.

"Bukalah....," ujar Fawwaz.

Umairah menyentuh bingkai gambar itu dengan hujung jarinya. Kain itu terus melorot jatuh ke bawah. Tidak berkelip mata Umairah melihat gambar itu. Bibirnya sedikit terbuka menandakan dia sangat terkejut.

"Apa ni Fawwaz?" ujar Umairah separuh menjerit.

Dia melihat kembali gambar tersebut. Gambar itu adalah gambarnya yang diambil secara curi-curi. Gambar itu diambil ketika dia menyertai sebuah seminar di Perancis dahulu. Itupun ketika dia belajar di sana.

"Pertama kali saya nampak awak ketika seminar bersama pelajar Malaysia di kampus. Saya adalah senior awak ketika itu. Mungkin awak tak pernah nampak saya. Tapi, saya selalu nampak awak Maira," ujar Fawwaz sambil menundukkan wajahnya.

"Tapi kenapa awak tak munculkan diri awak sahaja?" soal Umairah.

Fawwaz ketawa sinis.

"Saya ini lelaki yang penakut. Saya baru sedar saya sangat sayangkan awak setelah tahu tentang perkahwinan awak dan Mikael. Sakitnya hati saya setelah tahu semua itu. Saya cintakan awak." Fawwaz menundukkan wajahnya.

"Tapi kalau sekarang awak masih simpan perasaan itu, baik hapuskannya. Awak buat saya rasa insecure. Jadi, selama ini awak jaga saya bersebab?" nada suara Umairah sudah meninggi.

Fawwaz mengangguk. Merona kemerahan wajah Umairah akibat menahan marah. Dia terus menumbuk dada Fawwaz berkali-kali. Air matanya sudah mula mengalir laju. Umairah pantas membuka semua bingkai gambar yang terdapat dalam bilik itu dan semuanya adalah gambarnya.

"Awak memang gila Fawwaz. Maafkan saya. Saya akan bayar kembali semua yang awak belanjakan pada saya. Halalkan makan minum saya selama ini," Umairah pantas membawa langkahnya keluar dari studio.

Langit dipandang sekilas. Nampaknya hujan sudah mula turun membasahi bumi. Umairah terus melangkah pergi tanpa menghiraukan hujan yang membasahi tubuhnya. Apabila sedar dia diekori oleh Fawwaz, Umairah semakin melajukan langkahnya.

"Saya percayakan awak selama ini Fawwaz. Saya fikir awak insan yang Allah kirimkan kepada saya untuk bantu diri ini. Tapi saya silap, awak buat semua ini bersebab." tangisan Umairah semakin menjadi-jadi.

Umairah berjalan-jalan tanpa arah. Dia berlari-lari anak mencari tempat perlindungan. Ketika ingin melintas jalan, Umairah tidak perasan ada sebuah kereta yang meluncur laju ke arahnya. Akibat terlampau terkejut dengan kehadiran kereta itu, Umairah terus jatuh pengsan.

Pemilik kereta itu keluar lalu menghampiri Umairah. " Ya Allah, Umairah."

Fawwaz memerhati daripada jauh sahaja. Dia meraup wajahnya yang dibasahi air hujan. Dia kenal akan pemilik kereta itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience