×dua×

Romance Series 18456

Seminggu yang lalu ...

DURRIYATUL UMAIRAH sudah bersedia untuk memulakan pekerjaan sebagai pembantu peribadi kepada ketua pegawai eksekutif Syarikat Dermaga Holding. Pagi itu, dia datang awal ke pejabat untuk memulakan kerjanya. Semua fail yang berselerakan di atas meja dikemas dengan rapi lalu dia melangkah ke arah pantri. Dia ingin menyediakan secawan kopi untuk majikannya.

"Awal kamu datang hari ini Maira," tegur Husna yang sedang berdiri di pintu masuk pantri.

"Eh, Kak Husna. Mari duduk sini. Kak Husna mana boleh diri lama-lama. Kesian baby tu," ujar Umairah sambil menarik sebuah kerusi lalu mempersilakan Maria duduk.

Keadaan Husna yang sudah sarat mengandung itu memang menyukarkan dia untuk bergerak. Mujurlah majikannya sudah mencari pengganti dirinya awal-awal iaitu Umairah. Senang sikitlah kerjanya.

"Tengku Mikael itu memang dingin saja ke sikapnya. Kadang-kadang takut juga Maira. Bukannya apa, semua perkara dia nak perfect," rungut Umairah.

Husna hanya tersenyum. Semua pekerja di Dermaga Holding sudah tahu benar dengan sikap Tengku Mikael sebagai CEO. Setiap perkara haruslah sempurna. Tambahan pula, lelaki itu juga selalu saja menggoda pekerja-pekerjanya dengan tarikan yang ada pada dirinya. Maklumlah, siapa saja yang tidak mahukan kerabat diraja seperti dia. Senyumannya saja mampu membuatkan setiap wanita cair dan melutut padanya.

"Rasanya Tengku dah panggil. Saya pergi dulu ya." Umairah berlari-lari anak keluar dari pantri apabila terdengar suara Mikael memanggil namanya.

Langkahnya laju dibawa ke arah bilik kerja Tengku Mikael. Di pintu masuk tersebut terletak ukiran nama Tengku Umar Mikael sebagai Chief Executive Officer. Setelah membetulkan selendang yang berada di atas kepala, Umairah melangkah masuk ke dalam ruangan itu bersama secawan kopi.

Tengku Mikael sedang duduk tersandar di atas kerusinya. Pandangan matanya jatuh kepada cara pemakaian Umairah. Terlalu kekampungan cara pemakaian itu. Setiap hari memadankan baju kurung dan selendangnya. Dia mahukan pembantu peribadi yang memenuhi ciri-ciri yang dia mahukan. Kenapalah Tengku Arsyad memilih Umairah untuk gantikan Husna? Mikael mendengus kasar.

"Boleh tak kau pakai something yang agak menarik sikit. Sexy is better for you. Sakit mata aku kalau hari-hari menghadap kau begini. Kalau boleh aku nak kau free hair. Baru sedap mata memandang," ujar TengkuMikael sambil memandang Umairah atas bawah.

Terkejut Umairah mendengar kata-kata lelaki itu. Tidak mungkin dia akan mendedahkan auratnya. Permintaan ini sangat tidak masuk akal.

"Maaf Tengku. Saya tak dapat ikut kemahuan Tengku. Permintaan Tengku untuk menyuruh saya dedahkan aurat saya sangat tidak masuk akal. Lagipun bukan Tengku yang akan menanggung dosa saya kelak," balas Umairah berani.

Lelaki itu seakan terkejut dengan kata-kata Umairah. Dia memusingkan kerusi itu ke belakang lalu memeluk tubuh. Satu senyuman muncul di bibirnya lalu dia bangun mendekati Umairah yang berdiri di sudut meja. Hujung selendang Umairah direntap kasar hingga gadis itu terdorong ke arahnya. Jarak mereka terlalu dekat hingga dia dapat merasai hembusan nafas gadis itu.

"Kau memang pandai berkata-kata Umairah. Kau tak kenal lagi siapa aku. Tiada sesiapapun yang boleh melawan cakap aku. Kalau itu yang aku mahu, maka itu yang aku mahu." Tengku Mikael menarik dagu runcing milik Umairah.

Umairah meronta-ronta agar dirinya dilepaskan. Dia tidak suka dengan situasi ini. Apa kata orang jika mereka melihat keadaan dirinya dan Tengku Mikael. Pintu pejabat Tengku Mikael juga terbuka luas. Cengkaman tangan Tengku Mikael pada pergelangan tangan Umairah dikemaskan hinggakan membuatkan gadis itu mengaduh kesakitan. Dia tersenyum senang melihat air mata gadis itu mula mengalir.

"Lepaskan saya Tengku. Tak manis orang lihat. Tolonglah Tengku," rayu si gadis penuh berharap. Malangnya TengkuMikael menghiraukan rayuan gadis itu malah menarik gadis itu lebih dekat dengannya.

Tiba-tiba satu tamparan telah hinggap pada pipi kanan Tengku Mikael dan terus membuatkan lelaki itu menolak Umairah hingga jatuh tertiarap di atas lantai. Pipinya terasa perit sekali. Pandangannya yang tajam dihalakan pada Umairah yang sedang cuba untuk bangun.

"Maafkan saya Tengku. Saya tak ada niat. Saya cuma pertahankan diri sahaja." Umairah berlalu pergi meninggalkan Tengku Mikael. Lelaki itu meraba-raba pipinya yang terasa pedih. Hujung bibirnya juga terasa kebas dan ada kesan darah.

"Tak guna punya perempuan. Tak pernah ada lagi manusia berani tampar aku. Kau tunggu nasib kau." Tengku Mikael menumbuk meja kuat.

Dia segera mengeluarkan telefon bimbit miliknya lalu menghubungi seseorang. Sakit hatinyatiak tertahan lagi, ditambah pula dengan rasa sakit di pipi.

"Hello, kau jumpa aku dekat kafe sekarang." Mikael terus memutuskan talian. Dia mencapai blazer di atas kerusi lalu melangkah ke arah lif.

Langkahnya terus diatur ke arah kafe setelah keluar dari pintu lif. Dalam hatinya mujurlah dia berada di pejabat dan perlu menjaga status sebagai CEO di situ. Dia tercari-cari seseorang dan akhirnya satu senyuman muncul di bibirnya. Tengku Mikael melangkah ke arah meja yang berada di sudut kafe.

"Eh Mikael. Kenapa dengan kau ni?. Berdarah bagai. Gaduh ke?" tanya Aizril polos.

Tengku Mikael mendengus. Segera dia mencapai tisu yang berada di atas meja lalu mengesat kesan darah itu. Dia mengangkat tangan kepada pelayan lalu memesan segelas ais untuk diletakkan pada kesan luka itu.

"Kau tahu tak, minah yang daddy ambil kerja last week tu tampar aku. Pantang betul aku kalau perempuan berani angkat tangan ni. Aku mesti ajar dia cukup-cukup," ujar Mikael marah. Nada suaranya juga sudah naik satu oktaf.

Aizril yang mendengar kata-kata Tengku Mikael itu terus ketawa. Tak pernah lagi dia dengar mana-mana perempuan berani menampar Tengku Mikael. Nampaknya perempuan ini memang dah masuk mulut buaya. Aizril mengesat air matanya yang mengalir akibat banyak ketawa. Tengku Mikael sudah muram saja. Dia panggil Aizril sebab nak kongsi masalah bukannya diketawakan.

"Okay bro. So apa plan kau?" soal Aizril kembali serius.

Mikael tersenyum sinis. Banyak perkara yang bermain dalam fikirannya sejak tadi. Rancangannya pasti akan membuatkan perempuan itu menyesal seumur hidup kerana bermain api dengan Tengku Umar Mikael.

÷÷÷÷÷

"MAIRA balik dulu. Kak Husna jaga diri baik-baik. Luar tu hujan, depan koridor tu mungkin licin sedikit." Umairah melambai-lambai tangannya pada Husna lalu melangkah pergi.

"Kamu pun jaga diri. Dah malam ni. Risau pulak akak nak biarkan kamu balik sorang," ujar Husna sambil membalas kembali lambaian Umairah.

Hari ini dia terpaksa pulang lewat disebabkan banyak tugasan yang diberikan oleh Tengku Mikael padanya siang tadi. Mahu tak mahu, dia perlu menyiapkan semua kerjanya dahulu kerana esok pagi dia meletakkan semua tugasan itu atas meja majikannya. Tengku Mikael pula seperti sengaja memberikan dia begitu banyak tugasan yang perlu disiapkan segera. Mujurlah Husna sudi menemaninya. Umairah membawa langkahnya menuju ke arah perhentian bas yang berada tidak jauh dengan bangunan Dermaga Holdings.

"Hujan-hujan begini mesti susah dapat teksi," rungut Umairah.

Tiba-tiba sebuah Honda Civic Type R berhenti betul-betul di hadapannya. Tingkap kereta itu diturunkan sedikit lalu Tengku Mikael menjengul kepalanya.

"Masuk, aku hantar balik," ujar Tengku Mikael dingin.

Umairah menggeleng kepalanya. Dia menolak ajakan majikannya dengan baik. Bukannya dia tidak sudi untuk menumpang, tapi agak tidak manis dipandang orang memandangkan hari sudah malam. Tengku Mikael mendengus kasar sebelum dia keluar dari perut kereta lalu menarik tangan Umairah. Pintu kereta dibuka lalu dia menolak tubuh Umairah kasar.

"Even aku ini jahat di mata kau. Aku tak sampai hati juga nak lihat pekerja aku redah hujan malam-malam begini. Lagipun kau tu perempuan, banyak saja orang jahat malam-malam begini. Mana nak dapat teksi waktu begini." Tengku Mikael memandu keretanya laju menempuh hujan.

Umairah diam tidak berkutik di sebelah Tengku Mikael. Jalan juga menjadi semakin sesak disebabkan kemalangan yang berlaku seperti yang diwar-warkan dalam radio sebentar tadi.

"Aku nak singgah rumah kawan aku kejap. Nak ambil barang. Then aku hantar kau balik," ujar Tengku Mikael.

Umairah mengangguk kepalanya. Takkanlah dia hendak menghalang pula. Tengku Mikael hendak hantar dia pulang juga sudah cukup baik. Kereta yang dipandu oleh Tengku Mikael memasuki perkarangan sebuah pangsapuri. Suasana di situ sunyi sekali dan sesekali kilat memancarkan cahayanya.

Tengku Mikael memarkir keretanya di petak khas. Setelah itu, dia terus keluar dari perut kereta tanpa menunggu Umairah. Umairah memandang ke kiri dan kanan. Takkanlah nak tunggu dalam kereta pula. Tempat parkir ini juga gelap pula.

Tengku Mikael mengetuk cermin tingkap. "Cepatlah turun. Kau tak takut tunggu sorang?"

Umairah segera menanggalkan tali pinggang keledar lalu terkocoh-kocoh menghampiri Tengku Mikael. Sebaik sahaja memasuki lif, Tengku Mikael menekan butang nombor sembilan. Umairah berdiri agak jauh daripada lelaki itu. Terasa janggal pula bila berdua-duaan begitu pada waktu-waktu begini.

Tingg! Pintu lif terus terbuka apabila tiba di tingkat sembilan. Tiba-tiba Tengku Mikael mengeluarkan sapu tangan yang sudah dibasahi sejenis cecair lalu menekup pada hidung Umairah. Aizril muncul di pintu lif sambil tersenyum sinis. Dia segera mengangkat tubuh kecil Umairah menuju ke arah pangsapurinya. Tubuh Umairah dihempas ke atas katil kasar.

"Thank you bro," ucap Tengku Mikael sambil memandang ke arah Umairah yang sudah tidak sedarkan diri.

"So, kau nak teruskan juga rancangan kau tu. Polos ja wajah dia. Kalau aku tak sampai hati." Pandangan mata Aizril tidak lepas-lepas melihat wajah Umairah.

"Kau jangan macam-macam bro. Aku tetap nak teruskan. Dia akan terima padah atas perbuatan dia." Tengku Mikael mengetap bibir geram.

Aizril mengangkat bahunya lalu melangkah keluar dari bilik menuju ke ruang tamu. Punggungnya dihenyak ke atas sofa lalu dia mencapai remote control untuk membuka televisyen. Tengku Mikael menghampiri Aizril lalu mendapatkan tempat di sebelah rakannya itu.

"Kau teruskan saja plan kau. Aku nak keluar kejap. Apa-apa hal kau whatsapp aku okay." Aizril membawa langkahnya keluar dari pangsapuri.

Tengku Mikael pula masuk semula ke dalam bilik lalu menghampiri Umairah. Selendang yang menutupi kepala gadis itu ditanggalkan perlahan. Rambut Umairah yang mengurai itu menambahkan lagi kecantikannya. Tengku Mikael terpegun seketika melihat Umairah. Tengku Mikael membuka butang kemejanya satu persatu lalu ditanggalkan. Kemeja itu dilemparkan ke hujung katil.

Tangan Tengku Mikael mula mengelus pipi Umairah yang kemerahan itu. Hatinya melarang dia untuk teruskan apa yang terniat. Tapi apabila terfikirkan egonya, dia memang nak hancurkan gadis di hadapannya itu. Bibir Umairah diusap dengan hujung jari. Baru sahaja dia hendak merapatkan wajahnya dengan bibir itu. Ada sesuatu yang mengganggu.

Ding Dong! Loceng pangsapuri berbunyi.

"Apa lagi si Aizril nak. Takkan lupa bawa kunci pula," rungut Tengku Mikael lalu melangkah menghampiri pintu.

Berkali-kali loceng pintu dibunyikan dan membuatkan Tengku Mikael bertambah berang. Tangannya kasar membuka pintu.

"Kau nak apa lagi Aizril!" jerkah Tengku Mikael lantang.

Terbuntang mata Tengku Mikael melihat susuk-susuk tubuh manusia di hadapan pintu itu.

"Assalamualaikum Encik. Kami sedang melakukan pemeriksaan mencegah maksiat di sekitar pangsapuri ini. Boleh Encik berikan kerjasama?" soal salah seorang lelaki yang bersongkok.

Tengku Mikael jadi bingung seketika. Dia segera memberi kebenaran kepada lima orang lelaki bersongkok itu masuk. Tidak lama selepas itu, kelibat Umairah kelihatan di ruang tamu. Keadaan Umairah tidak terurus. Langkahnya juga terhuyung-hayang. Seorang lelaki bersongkok mengiringi gadis itu. Umairah masih dalam keadaan bingung dan mengurut kepalanya yang terasa berat.

"Boleh jelaskan status anda berdua ataupun sila tunjukkan sijil nikah sebagai bukti," pinta salah seorang lelaki bersongkok.

Tengku Mikael masih lagi mendiamkan diri. Lidahnya terasa kelu untuk berkata apa-apa. Dia menundukkan wajahnya.

"Nampaknya Encik tak boleh terangkan status Encik. Keadaan anda berdua juga sangat mencurigakan. Boleh serahkan kad pengenalan?" ujar lelaki itu lagi.

Tengku Mikael melangkah masuk ke dalam bilik tadi untuk mengambil kad pengenalannya. Dia juga mengambil kad pengenalan Umairah yang berada dalam beg tangan. Tidak lama selepas itu, Tengku Mikael keluar semula lalu memberikan kad pengenalan kepadalelaki itu.

"Nampaknya kamu berdua belum lagi bernikah. Berdua-duaan begini boleh mendatangkan fitnah. Saya terpaksa ambil tindakan ke atas anda berdua," ujar lelaki itu setelah membuat pemeriksaan melalui panggilan ke pejabatnya.

"Tapi saya tak buat salah pun. Saya tak sentuh dia pun. Eh Maira, asal kau diam. Kau suka dengan situasi ini ke." Tengku Mikael mempertahankan dirinya.

"Saya tak tahu apa yang Tengku lakukan pada saya tadi dan saya tak faham dengan apa yang berlaku sekarang. Saya tak salah Encik. Saya tak tahu apa yang sedang berlaku." nada suara Umairah sudah meninggi.

Tengku Mikael menumbuk dinding geram. Matanya tajam memandang Umairah. Kalaulah dia tidak bertindak bodoh, pasti semua ini tak akan berlaku.

"Sila beri kerjasama dengan mengikut kami ke Pejabat Agama. Apa-apa penjelasan pun biarlah dibuat di sana," ujar lelaki itu.

Tengku Mikael mengeluh kasar. Tangannya pantas mencapai kemeja yang ditanggalkan tadi lalu disarungkan kembali ke tubuhnya. Langkahnya dibawa terlebih dahulu keluar dari pangsapuri. Dalam hatinya membuak-buak rasa marah yang tak dapat dibendung lagi. Umairah juga seperti merelakan sahaja apa yang berlaku sebentar tadi.

"Silakan cik," kata salah seorang lelaki itu.

Umairah mengangguk lemah lantas mencapai beg tangannya. Dalam fikirannya kini hanya fikirkan ayah dan ibu di kampung. Kenapalah dia tidak pandai menjaga maruah ibu bapanya. Sepatutnya dia tidak ikut Tengku Mikael naik ke atas sebentar tadi. Dia sepatutnya tahu bahawa Tengku Mikael berniat jahat.

Aizril yang baru keluar dari perut lif pula tergamam. Terkejut juga dia apabila ternampak beberapa orang dengan siap bersongkok sedang berdiri di hadapan pintu rumahnya. Habislah kau Tengku Mikael. Aku dah pesan jangan buat kerja gila ini. Aizril masuk kembali ke dalam lif. Dia juga harus selamatkan diri. Tak mungkin dia akan serahkan dirinya begitu saja kerana bersubahat dengan Tengku Mikael.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience