×sepuluh×

Romance Series 18456

BEBERAPA bulan kemudian....

Studio telah menjadi rumah tetap untuk Fawwaz setelah dia berpindah keluar dari rumahnya demi Umairah. Keadaan Umairah juga sudah semakin sarat. Fawwaz ingin mencari Tengku Mikael, tapi dia tidak tahu di mana keberadaan sepupunya itu. Tengku Mikael harus tahu mengenai keadaan Umairah.

Terlalu banyak kerja yang dia terima sejak akhir-akhir ini. Fawwaz harus mencari seorang pembantu untuk membantunya menyediakan jadual untuk pengambaran dan penyediaan prop. Tidak menang tangan dibuatnya.

Fawwaz mengeluarkan iklan mengenai pembantu yang ingin dicarinya di media sosial dan media cetak.

Tidak sampai seminggu, ramai yang memohon pekerjaan itu. Malangnya kesemua mereka tidak menarik perhatian Fawwaz. Sesetengah berpendapat bidang fotografi tidaklah terlalu susah. Fawwaz memang tidak sukakan orang yang terlalu mengambil mudah.

"Mana lagi aku nak cari pembantu ni." Fawwaz menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Meja kerjanya dibiarkan berselerak. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Fawwaz segera menjawab dan berharap ada lagi yang sudi menyertai temuduga yang dibuatnya. Akhirnya dia tersenyum, masih ada lagi yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan. Tidak lama selepas itu seorang gadis melangkah masuk ke dalam studio Fawwaz. Dia hanya memakai sehelai t-shirt berlengan panjang bersama legging berwarna hitam. Rambutnya yang panjang pula diikat seperti ekor kuda.

"Hi, nama saya Ashla Zulaikha. Tapi boleh panggil saya Jojo. Saya merupakan pelajar yang baru saja graduate peringkat Diploma in Multimedia. Saya harap Encik Fawwaz dapat terima saya," ujar Jojo keriangan. Dia segera menyerahkan fail yang berisi resume dan sijilnya kepada Fawwaz.

Fawwaz membelek fail tersebut. Tidak kurang hebatnya juga budak ini. Setiap semester memperoleh Dekan. Fawwaz menutup fail tersebut lalu memandang Jojo. Gadis itu pula hanya memerhati sekeliling. Mungkin tertarik dengan cara hiasan sudio yang bertemakan vintage.

"Okay Jojo. Awak diterima. Untuk gaji, saya tawarkan 2k dahulu. Jika kerja awak bagus, saya naikkan lagi. Esok awak boleh mula bekerja," ujar Fawwaz.

Jojo segera melompat mendengar kata-kata Fawwaz. Tapi dia cepat-cepat meminta maaf. Dia terlalu teruja kerana Fawwaz sudi menerimanya. Lagipun siapa yang tidak mengenali Fawwaz di Malaysia. Dia merupakan salah seorang freelance photographer yang sangat dikenali disebabkan hasil kerjanya. Jojo menundukkan sedikit badannya lalu mengucapkan terima kasih.

"By the way, kalau awak ada DSLR. Boleh bawa bersama. Lagipun awak student multimedia kan, mesti tahu angle yang baik untuk photoshoot," ujar Fawwaz lagi.

Jojo mengangguk kepalanya lalu melangkah keluar dari studio. Fawwaz melepaskan satu keluhan yang sangat berat. Akhirnya ada juga manusia yang menepati ciri-cirinya. Fawwaz mengemas-ngemas mejanya. Dia baru teringat bahawa dia berjanji untuk membawa Umairah ke klinik pada hari ini untuk pemeriksaan. Jaket kulit yang tersangkut di kerusi terus disarungkan ke tubuh. Setelah itu Fawwaz mencapai kunci kereta lalu bergerak keluar dari studio.

Setibanya di rumah, Umairah sudah menantinya. Perut Umairah yang semakin memboyot menyukarkan pergerakkannya. Kasihan Fawwaz melihatnya. Hendak ditolong, Umairah tidak mengizinkan. Dia bukan sesiapa untuk Umairah. Jadi Umairah lebih gemar melakukan semuanya sendiri tanpa pertolongan.

"Fawwaz, saya ingat nak ke France selepas ini. Boleh awak uruskan tiket penerbangan untuk saya. Lagipun saya nak jumpa kawan saya di sana," ujar Umairah tiba-tiba.

"Eh, bolehkah awak naik flight lagi. Dah tujuh bulan kan. Saya okay ja nak uruskan tiket." berat hati Fawwaz nak lepaskan Umairah sebenarnya.

"Kita cuba dulu. Lagipun, saya memang nak sangat ke sana sebelum baby ni lahir." Umairah mengusap-ngusap perutnya. Fawwaz hanya menggangguk. Dia kembali fokus pada pemanduannya.

Kereta yang dipandu oleh Fawwaz kini memasuki perkarangan sebuah klinik. Setelah memarkir kereta, Umairah cepat-cepat turun. Dia tidak sabar hendak mengetahui jantina anaknya itu.

"It's a boy Puan Umairah. Congratulations. Baby awak sihat." doktor tersebut tersenyum manis.

Umairah memandang skrin. Pergerakan anaknya sangat aktif. Kini dia lebih semangat untuk membesarkan anaknya. Dia memang tidak perlukan Tengku Mikael dalam hidupnya. Lagipun lelaki itu memang tidak pernah menerimanya. Setelah selesai pemeriksaan, Umairah membawa langkahnya keluar dari bilik rawatan. Fawwaz segera menyambut kehadirannya.

"Anak saya lelaki Fawwaz," ujar Umairah dalam kegembiraan.

"Syukurlah. Nanti dia boleh jaga awak kan. Baby kena sihat selalu okay sebab nanti baby kena jaga mummy Maira pula," ujar Fawwaz sambil memandang perut Umairah yang sudah memboyot itu.

Fawwaz membawa Umairah ke pusat membeli belah untuk membeli keperluan bayi. Lagipun usia kandungan Umairah sudah cukup untuk lakukan persediaan. Umairah terpaksa berjimat untuk membeli barangan kali ini. Duitnya sudah tidak banyak lagi. Jadi, Umairah hanya membeli barang yang penting sahaja.

"Maira, saya akan bayar semua kali ini. Awak pilih sahaja mana yang awak suka," ujar Fawwaz tiba-tiba.

"Tapi, awak tak sepatutnya habiskan duit awak. Ini anak saya dan ....." ayat Umairah terus tergantung. Perit sekali dia hendak habiskan ayat itu.

"Jangan cakap begitu. Saya akan jaga baby awak seperti anak saya juga nanti. Takkanlah saya nak biarkan dia hidup tanpa kasih sayang," ujar Fawwaz senang.

Ketika Fawwaz leka memilih pakaian untuk anak Umairah yang baru lahir, Umairah terpandang pasangan suami isteri yang kelihatan sangat bahagia memlih baju-baju yang sangat cantik untuk bakal anak mereka. Tanpa disedari, bibir Umairah mengukir senyuman. Jika dahulu, dia selalu bayangkan perkahwinan yang dipenuhi kebahagian. Tapi, kini dia seorang diri menguruskan segalanya saat dirinya berbadan dua.

"Maira.... Maira...." panggil Fawwaz. Tangannya digoyangkan di hadapan wajah Umairah.

"Err... Sorry," ujar Umairah apabila tersedar daripada lamunannya.

Fawwaz perasan akan perbuahan riak wajah wanita itu. Dia cepat-cepat sahaja menghulurkan sehelai baju tidur yang sangat comel pada Umairah.

"Comel kan baju ini," ujar Fawwaz mesra.

Umairah mengangguk sambil tersenyum. Kakinya terasa sangat sakit akbibat terlalu lama berdiri. Akhirnya Umairah duduk di sebuah kerusi. Perlahan-lahan hujung jari kakinya dipicit. Kakinya sudah membengkak rupanya. Ini adalah perkara biasa yang akan dilalui oleh ibu mengandung.

"Awak okay Maira?" soal Fawwaz sambil duduk melutut di hadapan Umairah.

Umairah hanya mengangguk. Kalau diikutkan hati, hendak saja Fawwaz menolong untuk memicit kaki Umairah. Tapi dia sedar batas antara mereka.

"Awak stay sini okay. Saya pergi bayar barang." Fawwaz terus melangkah pergi.

Troli barang dipenuhi segala keperluan bayi Umairah. Sempat lagi Fawwaz membelek beberapa helai pakaian yang sangat comel. Kini tiba giliran Fawwaz untuk membayar segala barangan tersebut. Sebaik sahaja Fawwaz mengeluarkan kad kredit miliknya, sudah ada tangan yang menghulurkan wang tunai kepada juruwang tersebut. Terkejut Fawwaz dibuatnya.

"Itu anak aku, biar aku yang bayar semuanya. Kau dah jaga Maira pun dah cukup baik," ujar Tengku Mikael lalu terus berlalu pergi.

Terpinga-pinga Fawwaz dibuatnya. Perlahan-lahan kepalanya digelengkan. Inilah Mikael yang dia kenal. Walaupun ego masih menguasai dirinya, Mikael takkan pernah lepaskan tanggungjawabnya. Rupanya Tengku Mikael masih mengambil tahu akan keadaan Umairah selama ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience