×epilog×

Romance Series 18456

"DADDY, Azrael nak pergi main seesaw tu. Boleh tak?" soal Azrael sambil menarik hujung baju Mikael.

Mikael memandang jongkang-jongkit yang berda tidak jauh dari tempat duduknya. Setelah berfikir seketika, Mikael mengangguk kepalanya memberi kebenaran kepada Azrael. Beginilah rutin harian Mikael setiap petang. Dia akan bawa Azrael ke taman permainan berhampiran rumahnya supaya Azrael dapat bergaul dengan rakan-rakannya. Dia tidak mahu anak tunggalnya itu kekok apabila berhadapan orang ramai kelak.

Maira 5:45 P.M.

Mummy & daddy nak datang petang ini. Diorang baru je inform pada maira tadi.

Mikael 5:47 P.M.

Okay sayang. Kejap lagi abang balik bawa Azrael. Nak kirim apa-apa tak?

Maira 5:50 P.M.

Tak payah la. Barang nak masak dah ada. SYS :)

Mikael menyimpan telefon bimbitnya ke dalam kocek seluar. Dia melangkah ke arah jongkang-jongkit untuk mengajak Azrael pulang. Malangnya Azrael tidak berada di situ. Mikael sudah mula cemas. Dia segera mencari di sekitar taman permainan dan kawasan terdekat. Kelibat Azrael masih juga tidak kelihatan.

"Mana kamu pergi ni Azrael." Mikael sudah mula buntu. Bagaimana pula jika Azrael telah diculik. Jarang sekali Azrael pergi ke sesuatu tempat tanpa memberitahunya dahulu.

Mikael mengambil keputusan untuk pulang ke rumah setelah hampir beberapa jam minit mencari anak lelakinya. Bapa mana yang tidak risau jika anak yang baru berusia empat tahun hilang daripada pandangan mata. Mikael bergegas mencari Umairah yang sedang memasak di dapur. Tangan Umairah ditarik lalu digenggam erat. Mata wanita dihadapannya itu dipandang sedalam mungkin.

"Azrael hilang." Mikael memejam rapat matanya.

Terbuntang mata Umairah mendengar kata-kata Mikael. Dia terus merentap tangannya. Langkahnya terus diatur ke arah pintu utama. Dia perlu cari Azrael seakrang juga. Bagaimana jika Azrael diculik orang jahat? Adakah mereka akan sakiti Azrael?

"Wait Maira. Abang akan cari dia lagi. You should wait at home. Maira perlu jaga keadaan Maira. Remember this right?" Mikael menuding jarinya ke arah perut Umairah yang semakin membesar itu.

"I'm okay. Maira kena cari Azrael juga." Air matanya sudah mula mengalir. Dia taknak kehilangan Azrael sekali lagi.

"No! You stay here at home. Abang akan call Fawwaz. Maybe he can help me." Mikael segera mengeluarkan telefon bimbitnya.

Nombor telefon Fawwaz didail. Berkali-kali dia menelefon sepupunya itu, tapi langsung tidak berjawab. Selalunya Fawwaz jarang untuk tidak menjawab panggilannya. Paling kurang pun Aira yang akan menjawab pangilannya. Tiba-tiba....

"Hello....." ujar satu suara di corong telefon.

"Hello Fawwaz. Anak aku hilang. Kau kena tolong aku sekarang juga," ujar Mikael bertubi-tubi. Wajah Mikael berubah reaksi apabila hanya mendengar tawa di hujung corong.

"Fawwaz.. Kau okay tak?" soalnya lagi. Kali ini lebih serius.

"Kau yakin ke aku ini Fawwaz or maybe I need to introduce myself again Tengku Umar Mikael," ujar suara itu lagi.

"Khalish....... Damn you ! Kenapa kau boleh muncul lagi. Mesti kau yang culik anak aku kan. Ahh !" jerit Mikael.

Umairah segera menenangkan Mikael. Dada lelaki itu diurut perlahan apabila nafas Mikael tidak menentu. Bodoh ! Kenapa dia boleh kembali pula. Bukannya dia tak akan kembali lagi.

"Daddy... Daddy.. I'm scared. Please help me.. Daddy !" tangisan Azrael bergema di hujung corong telefon.

"I'll get you sayang. Wait for daddy okay," ujar Mikael sebelum panggilan ditamatkan.

Mikael segera mengesan kedudukan panggilan sebentar tadi. Khalish bukan seperti Fawwaz. Lelaki gila itu akan buat apa sahaja kepada Azrael tanpa belas kasihan. Dia terus bergegas ke arah kereta. Umairah juga bergegas masuk ke dalam kereta. Dia tetap berdegil untuk ikut walaupun ditegah oleh Mikael. Akhirnya Mikael ikut sahaja kemahuan isterinya itu. Keretanya dipandu ke arah sebuah hotel.

Pelik juga kenapa Khalish membawa Azrael ke tempat begini. Selalunya Khalish akan berada di kawasan yang tidak dapat dikesan oleh GPS. Mungkin lelaki itu telah merancang sesuatu.

Mikael menyisip sepucuk pistol ke pingangnya. Pistol itu hanyalah sebagai langkah berjaga-jaga sahaja. Manusia seperti Khalish sangat licik dan penuh dengan taktik kotor. Mikael menggenggam tangan Umairah erat. Dia sentiasa memastikan langkah isterinya itu sentiasa hampir dengannya.

Dia terlalu risau untuk biarkan Umairah sendirian di dalam kereta. Langkahnya diatur ke arah lif. Dia pernah ke hotel ini dahulu dan dia sangat yakin Khalish akan menyewa bilik yang sama. Ya, bilik yang sama.

"Maira, dengar sini. Abang akan selamatkan Azrael. Tapi Maira jangan jauh dari abang okay," ujar Mikael sebelum mengucup dahi isterinya. Umairah hanya mengangguk faham.

Langkah mereka semakin hampir dengan bilik yang dituju. Mikael menarik nafas sedalam-dalamnya. Jika dahulu Aizril dan Mark sentiasa membantunya. Malangnya rakannya itu berada di luar negara. Jadi, dia harus bertindak sendirian demi Azrael. Telinga Mikael dilekapkan pada pintu. Dia dapat mendengar dengan jelas tangisan Azrael. Sakit hatinya bukan kepalang lagi. Dengan sepenuh tenaga, dia menendang pintu bilik itu sehingga terbuka.

Bilik itu kosong dan hanya ada pemain pita suara sahaja di atas katil. Suara Azrael menangis mendayu-dayu kedengaran melalui pemain pita suara itu. Tubuh Mikael terpelanting ke atas lantai apabila disepak oleh seseorang dari belakang. Jeritan Umairah kedengaran dari luar. Mikael segera bangun untuk membantu isterinya. Malangnya pintu bilik tersebut terkunci dan tidak boleh dibuka.

"Damn ! Lepaskan wife dan anak aku Khalish. Diorang takda salah dengan kau. Kau nak aku saja kan. Meh sini ambil aku. Woii Khalish ! Kau dengar tak ni !" jerit Mikael sambil menumbuk-numbuk pintu.

Tiba-tiba lampu terpadam sendiri. Mikael menjauhi pintu lalu ke arah tingkap. Dia perlu membuka langsir untuk mendapatkan cahaya. Entah apa yang si Khalish cuba lakukan ini. Mikael sudah buntu. Pintu bilik terbuka perlahan-lahan. Dia ternampak cahaya bagaikan api di hadapan pintu itu.

"Happy Birthday to you... Happy birthday to Tengku Umar Mikael. Happy birthday to you."

Terlopong mulut Mikael melihat Umairah sedang menatang sebiji kek ke arahnya. Bibirnya terus dimuncungkan apabila sedar dirinya dipermainkan. Di belakangnya pula terdapat Fawwaz yang sedang mendukung Azrael yang tersenyum girang. Aizril dan Mark juga ada sedang memeluk tubuh. Mummy, daddy dan Aira juga ada. Dia sudah terkena hari ini. Sungguh dia juga lupa tentang hari lahirnya hari ini.

"Tiup lilin cepat. Make a wish first," ujar Umairah.

Mikael memejam mata seketika. Setelah itu dia segera meniup lilin. Azrael menepuk tangannya kegembiraan. Matanya dikecilkan memandang Fawwaz. Mati-matian dia fikir dia perlu berhadapan dengan si psiko Khalish itu lagi. Azrael menghulur tangannya ke arah Mikael. Tangan Mikael pantas menyambut tubuh anaknya.

"Naughty boy. Jangan buat daddy risau lagi ya sayang." Mikael memeluk anaknya erat.

"Maira minta maaf ya buat abang risau. Semua ini plan Maira. Thank Fawwaz sebab banyak bantu," ujar Umairah.

"Rileks bro. Khalish tak ada. Fawwaz yang handsome ini sentiasa ada," ujar Fawwaz pula. Bahu sepupunya itu ditepuk-tepuk perlahan.

Mikael hanya tersenyum. Dia sungguh tak sangka dengan kejutan ini. Kini dia memandang Mark dan Aizril. Bukankah diorang berada di luar negara?

"Kitorang baru sampai je. Demi kau juga kitorang balik sini. Rindu pula dekat kau," seloroh Mark dengan pelat mat sallehnya.

"Thank you so much. Mummy.. Daddy.. Thank juga." Mikael memeluk isteri dan anaknya erat.

"By the way, korang jangan buat prank begini dah. Boleh fobia aku lama-lama,"ujar Mikael lagi.

Kata-kata Mikael hanya disahut oleh gelak tawa yang lain.

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience