×enam×

Romance Series 18510

Lima Bulan Kemudian...

UMAIRAH duduk termenung di meja makan setelah menyiapkan semua kerja rumah. Hidupnya menjadi agak sunyi setelah Mak Mah berhenti kerja tiga bulan yang lalu. Kesihatan wanita tua itu semakin merosot. Disebabkan itulah Tengku Mikael terpaksa memberhentikan Mak Mah walaupun hatinya terasa berat. Apa yang penting adalah keadaan kesihatan Mak Mah.

Pada awalnya Tengku Mikael ingin mencari pembantu rumah yang baharu. Tapi Umairah enggan menerima. Biar dia sajalah yang menguruskan rumah itu sendiri. Lagipun, dia tetap isteri kepada Tengku Mikael. Semua keperluan lelaki itu perlu disediakan olehnya sendiri.

Tiba-tiba kedengaran loceng pintu berbunyi, lambat-lambat Umairah melangkah membuka pintu. Dia tersenyum melihat Fawwaz yang sedang berdiri di hadapan pintu. Lelaki itu banyak membantunya sejak mereka berkenalan lima bulan lalu. Tambahan pula mereka sama-sama pernah menetap di bumi Eropah dahulu. Jadi, lebih banyak pengalaman yang sama-sama mereka kongsikan. Lelaki itu juga sangat menghormati privasi dirinya.

"Mikael ada?" tanya Fawwaz.

Umairah menggangguk lalu menjemput Fawwaz masuk. Dia berlari-lari anak memanjat anak tangga ke bilik Tengku Mikael. Selesai saja memaklumkan kehadiran Fawwaz, Umairah berlalu ke dapur untuk menyediakan minuman.

"Kalau datang nak jumpa Maira, jumpa sahaja. Jangan jadikan aku sebagai alasan untuk kau datang ke sini," ujar Mikael sinis. Terdetik juga rasa cemburu di hatinya melihat keakraban Fawwaz dan Umairah.

"Kalau aku nak jumpa pun apa masalah kau. Lagipun kau bukan layan dia macam wife kau pun. Aku datang ni sebab nak bagitahu kau yang mummy suruh kau balik KL. Company dah kacau bilau sejak kau pergi. Daddy call pun kau tak angkat kan." Fawwaz memeluk tubuh.

Hubungan mereka agak dingin kebelakangan ini disebabkan Fawwaz terlalu mempertahankan Umairah. Ego Mikael juga semakin mengeruhkan keadaan. Tipulah kalau Tengku Mikael langsung tidak menyimpan rasa sayang pada Umairah sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

"Nantilah aku balik sana. Lagipun daddy boleh uruskan syarikat," rungut Tengku Mikael sambil menghisap rokok. Inilah tabiat buruk Tengku Mikael, dia akan menghisap rokok apabila fikirannya berserabut. Namun, dia bukanlah perokok tegar.

Fawwaz mengangkat bahunya. Dia malas nak masuk campur urusan keluarga Tengku Mikael. Matanya terarah kepada Umairah yang sedang menghidangkan air. Tanpa sedar bibirnya mengukir senyuman. Gadis ini masih seperti dulu. Sentiasa menjaga auratnya dan masih cantik. Cuma kelihatan agak kurus sahaja.

"Kau tunggu apa. Cepat pergi belakang," jerkah Tengku Mikael kepada Umairah. Gadis itu agak terkejut lalu bergegas ke dapur.

"Tolong call mummy dan daddy. Mereka risaukan kau saja," ujar Fawwaz sebelum meminta diri.

Tengku Mikael mengeluh. Dia tak ingin menjadi CEO Syarikat Dermaga Holding pun. Semua tugas terletak atas bahunya semenjak dia mengambil alih syarikat itu. Tengku Mikael juga tidak pernah meminati bidang bisnes. Semuanya disebabkan wasiat nendanya. Dia terpaksa juga menerima jawatan itu kerana kesemua harta akan diberikan pada orang lain jika dia tidak bertanggungjawab.

Tiba-tiba Tengku Mikael terdengar tangisan kecil dari dapur. Dia terus bergegas ke sana dan ternampak Umairah sedang tersandar di dinding sambil memeluk lututnya. Telefon bimbitnya pula berada di tepi. Tengku Mikael panik seketika. Jarang dia melihat Umairah menangis begitu melainkan apabila dimarahi olehnya sahaja.

"Kenapa kau menangis?" soal lelaki itu kasar.

Umairah terus memeluk Tengku Mikael yang sedang bercangkung di hadapannya. Dia memerlukan seseorang untuk menenangkan dirinya. Tengku Mikael tidak pula menolak tindakan Umairah itu malah merelakannya. Tangannya yang kaku perlahan mengusap kepala gadis itu.

"Ayah dan Ummu saya terlibat dalam kemalangan. Mereka meninggal dunia," ujar Umairah tersekat-sekat. Tangisannya makin menjadi-jadi.

Tengku Mikael agak terkejut. Dia teringat semula Umairah pernah meminta kebenaran untuk pulang ke kampung pada minggu lepas. Tapi, dia bertegas menghalang gadis itu.

"Maafkan saya Tengku. Saya tak patut buat begini. Saya masuk bilik dahulu," Umairah melonggarkan pelukan lalu berlari ke dalam bilik.

Lidah Tengku Mikael kelu. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Kakinya berat melangkah ke arah bilik tidur di tingkat atas. Perlahan-lahan tangannya mengetuk pintu bilik itu.

"Kenapa Tengku?" soal Umairah sambil menyeka air matanya yang degil mengalir.

"Kau bersiap. Kita balik kampung kau." Tengku Mikael terus pergi.

Air mata Umairah terus mengalir laju. Memang itu yang dia harapkan. Dia ingin menatap wajah ayah dan ummi buat kali terakhir.

*****

PERJALANAN ke kampung halaman Umairah di Pulau Pinang tidak mengambil masa yang begitu lama kerana mereka berada di Kedah. Umairah kelihatan agak tenang berada di kerusi sebelah pemandu. Alunan bacaan ayat suci al-Quran di corong radio juga membuatkan Tengku Mikael tidak banyak bercakap.

Setibanya di rumah Umairah, Tengku Mikael dapat melihat orang ramai sudah mula berkumpul. Umairah terus berlari ke dalam rumah sebaik sahaja kereta dihentikan. Tengku Mikael memandang sekeliling. Rumah gadis itu tidaklah terlalu daif. Bahagian bawah diperbuat daripada bata dan atasnya kayu seperti kebanyakan rumah mewah ni kawasan kampung. Dia menanggalkan kaca mata hitamnya lalu digantung pada bahagian leher bajunya.

Tengku Mikael bersalam dengan beberapa orang lelaki yang berada di luar rumah sebelum memanjat tangga masuk ke dalam rumah. Matanya menangkap imej dua kujur tubuh terbaring di tengah-tengah ruang rumah. Kelihatan Umairah duduk di antara dua tubuh itu. Tengku Mikael pula berdiri kaku di tepi dinding.

Seorang lelaki yang kelihatan sama umur dengan Mikael mendekati Umairah sambil membisikkan sesuatu. Gadis itu mengangguk perlahan lalu berjalan menuju ke dapur. Tidak lama selepas itu Umairah muncul semula memangil Tengku Mikael ke dapur. Terdapat tiga orang lelaki yang berada di situ. Mungkin abang-abang Umairah.

"Kenalkan ini Tengku Umar Mikael. Dia majikan ..."

"Saya suami Umairah." Tengku Mikael terus mencantas kata-kata Umairah.

Umairah terus memandang Tengku Mikael. Dia juga agak terkejut dengan pengakuan lelaki itu. Wajah Tengku Mikael tenang saja manakala Umairah sebaliknya. Dia takut akan reaksi abang-abangnya.

"What do you mean Tengku? Husband adik saya? Lima bulan Maira tak balik dah ada suami. Apa semua ni Maira!" jerkah Amzar iaitu abang sulung Umairah.

Tengku Mikael terkedu seketika. Umairah juga terkejut. Dia tidak pernah melihat Amzar meninggikan suara begitu kerana abangnya seorang yang agak pendiam. Tengku Mikael cuba menerangkan segala-galanya dengan baik tapi Amzar tidak mahu mendengar.

"Please go Maira. Abi dan Ummi pasti kecewa dengan kau. Sejak kecil diorang beri didikan agama yang mencukupi, tapi apa kau buat? Angah tak sangka betul," sindir Zarith pula.

"Abang-abang semua boleh salahkan saya. Maira langsung tak bersalah. But please kita selesaikan dulu urusan pengebumian Abi dan Ummi." Tengku Mikael cuba menyelesaikan semua masalah dengan baik.

Amzar dan Zarith tidak menghiraukan kata-kata Tengku Mikael malah terus berlalu pergi. Air mata Umairah yang sejak tadi bertakung mula mengalir. Takkan along dan angah pula nak tinggalkan dirinya. Dia buntu sangat. Kalau Tengku Mikael buang dirinya, siapa lagi dia ingin menumpang simpati. Umairah memandang seorang lagi abangnya yang sedang berdiri di tepi dinding. Sejak tadi lelaki itu tidak berkata apa-apa.

"Maira, abang takkan masuk campur urusan hidup Maira. Abang doakan terbaik untuk Maira saja. Mikael, tolong jaga adik aku seperti kau jaga diri kau sendiri. Lagipun aku rasa kau lebih kurang sebaya dengan aku saja. So, kau still muda lagi dan boleh bahagiakan adik aku." Huzair menghampiri Umairah lalu memeluk gadis itu, satu kucupan dihadiahkan pada ubun-ubun Umairah. Huzair juga berlalu pergi.

Pada hari itu, Tengku Mikael menghulurkan tenaganya untuk membantu urusan pengebumian Abi dan Ummi. Hatinya agak tersentuh melihat layanan dingin Amzar dan Zarith terhadap Umairah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience