30 : Rezeki

Romance Series 18456

AIR mata Umairah mengalir tatkala dia memangku si kecil Aidan. Berkali-kali dia mengucup ubun-ubun Aidan dan kata maaf terbit dari bibirnya. Kalaulah dia lebih berhati-hati ketika itu, pasti Aidan akan lahir dalam keadaan sihat.

Mikael menghampiri Umairah lalu memeluk bahu isterinya itu. Aidan mula merengek apabila tidurnya diganggu. Keadaan Aidan sudah semakin membaik dan akan dibenarkan pulang dalam masa terdekat.

Umairah pula sudah dibenarkan pulang ke rumah dua hari yang lalu. Kali ini Mikael mengupah sebuah agensi yang menyediakan perkhidmatan dalam pantang untuk menjaga Umairah. Sebelum ini Tengku Arwana yang akan menjaga. Tapi kesihatan wanita itu agak merosot sejak belakangan ini.

"Dia comel sangat macam Maira," ujar Mikael sambil mencuit dagu isterinya.

Tersipu-sipu Umairah diperlakukan begitu. Sebelah tangannya menarik tangan Mikael lalu digenggam.

"Thank for giving me Azrael, Airina and Aidan. Maira harap keluarga kecil kita akan bahagia buat selamanya."

Mikael mengangguk lalu mengucup dahi isterinya. Kali ini dia akan beri perhatian sepenuhnya untuk keluarga kecil mereka. Dia akan pastikan dia sendiri dapat melihat anak-anaknya membesar di hadapan mata dan tidak lagi terlalu sibuk dengan kerja.

Tiba-tiba kedengaran suara seseorang sedang berdehem. Umairah cepat-cepat menolak dada Mikael agar berhenti mengucup dahinya.

"Depan anak pun boleh," sindir Idzlan dalam tawanya.

Idzlan dijemput masuk ke dalam bilik itu oleh Mikael. Sebuah hamper yang dipenuhi barang bayi dihulurkan pada Mikael. Idzlan kelihatan agak teruja apabila memandang wajah polos Aidan.

"Hi baby Aidan. Uncle adalah superman yang bantu kamu hari itu," ujar Idzlan.

"Yelah, kau superman tapi aku man yang hasilkan dia," seloroh Mikael.

Umairah hanya menggeleng kepala mendengar gurauan dua orang lelaki itu. Tangannya spontan menutup kedua-dua belah telinga Aidan.

"Aidan jangan dengar. Besar nanti jangan naughty macam daddy dan uncle Idz okay. Diorang berdua ni dulu crocodile tapi sekarang dah jadi alligator pula."

Tawa Idzlan dan Mikael meletus. Kedua-dua mereka terua menjegilkan mata ke arah Umairah.

"By the way, aku datang sini nak beritahu something pada korang." Idzlan kembali serius.

"Ada apa bro?"

Idzlan memandang ke arah pintu lalu seorang lelaki berpakain kot lengkap melangkah masuk. Sebuah dokumen dihulurkan pada Idzlan. Dokumen itu dihulurkan pada Umairah. Mikael cepat-cepat mengambil Aidan yang berada di pangkuan isterinya.

Berkerut dahi Umairah membaca isi dokumen itu. Setelah itu dia memandang Idzlan semula meminta penjelasan.

"Saya dah alihkan 50% saham syarikat Raden Holding pada awak. Sekarang awak antara pemegang saham tertinggi syarikat. Sekarang awak bukan pagi arkitek tapi salah seorang pemilik syarikat," terang Idzlan panjang lebar.

"Tapi kenapa? Saya selesa jadi arkitek saja."

Idzlan tersenyum. Mikael pula hanya menjadi pemerhati sahaja. Aneh juga rasanya apabila Idzlan sanggup serahkan saham syarikat pada Umairah sedangkan Umairah pekerja baharu di situ.

"Hujung bulan ini saya akan ke Russia bersama keluarga. Saya perlukan orang kepercayaan untuk uruskan syarikat. Jika Dermaga Holding nak bergabung dengan Raden Holding pun saya tak kisah."

Umairah semakin tidak faham dengan situasi sekarang. Setakat nak pergi Russia untuk dua tiga hari sahaja takkanlah sampai nak serahkan syarikat pada orang. Umairah sedar akan sesuatu. Dia memandang Idzlan lama.

"Jangan cakap awak takkan pulang ke sini lagi," sengaja Umairah meneka.

"Saya mungkin tak akan kembali lagi. Ibu nak menetap di negara kelahirannya. Lagipun kami dah lama tak pulang ke sana. Saya juga rasa saya perlu luangkan lebih masa dengan ibu."

Idzlan memghulurkan sebatang pen kepada Umairah untuk menandatangani dokumen itu. Berat hati Umairah untuk menerima kenyataan itu. Walaupun dia baru sahaja mengenali Idzlan, lelaki itu banyak membantunya dalam diam.

"Saya harap kita tak akan lost contact. Saya senang dapat kenal dan berkawan dengan awak Idz."

Bibir Idzlan menguntum senyuman yang menyembunyikan perasaannya yang berbelah bahagi. Dia juga tak akan lupakan Umairah dan dia sendiri akan pastikan mereka terus 'berkawan'.

Mikael menghampiri Idzlan lalu memeluk lelaki itu. Dia juga sangat-sangat berterima kasih kepada Idzlan kerana mempercayai isterinya untuk mengambil alih syarikat itu.

"Saya minta diri dahulu." Idzlan membawa langkahnya pergi.

Dia memang mahu cepat pergi dari situ sebenarnya. Hatinya sedaya upaya menahan rasa sebenarnya. Sukar untuk dia memadam perasaan terhadap Umairah. Kenyataan bahawa Umairah isteri Mikael juga sangat perit baginya.

Idzlan mempunyai alasan tersendiri mengapa dia bersetuju untuk mengikut ibunya pulang ke Russia. Dia cuba untuk kuat dan berlagak biasa di hadapan Umairah. Tapi dia tak mampu sebenarnya. Setiap hari terpaksa menghadap Umairah bukan perkara yang mudah untuknya. Takkanlah dia mahu hentikan Umairah dari kerja pula. Jalan terbaik adalah biar dia yang pergi membawa diri.

Mikael memandang Idzlan yang semakin menghilang dari pandangan matanya. Dia tahu apa yang dirasakan oleh Idzlan. Bertahun mereka kenal dan sudah tahu benar sikap masing-masing. Sekali lagi dia dan Idzlan terperangkap dalam permainan cinta. Cuma kali ini dia terlebih dahulu mengorak langkah dan Idzlan tewas.

"Kenapa Idz nampak sedih ja abang? Dia mesti tak sanggup nak lepaskan syarikat yang dia dah bangunkan dengan penat lelah sendiri kan," ujar Umairah polos.

"Tak adalah sayang. Abang nampak Idz okay ja. Perasaan sayang mungkin."

Umairah hanya mencebik. Lelaki kalau bab nak baca perasaan orang memang gagal. Tapi dia memang dapat melihat ada kesedihan pada wajah Idzlan. Belum pernah dia lihat wajah Idzlan semendung itu. Biarlah apapun yang dirasakan oleh Idzlan. Doanya hanyalah berharap agar Idzlan terus bahagia.

"Eh sayang. Abang rasa nak melawat Aira kejap lagi. Nak ikut?" soal Mikael.

"Nak. Maira kasihankan Aira sebenarnya. Fawwaz pun nampak tertekan saja."

Mikael mengeluh. Kalaulah dia tak libatkan Fawwaz dan Aira dahulu, semua ini tak akan berlaku. Aira disahkan menghidapi tekanan perasaan yang sangat teruk. Umairah juga meminta Mikael untuk menarik semula laporan polis. Biarlah Aira dirawat dan dia harap Aira akan sembuh semula seperti dahulu.

"Abang bangga ada sepupu seperti Fawwaz. Dia sangat kuat. Daripada split personality dahulu hinggalah masalah sekarang, dia tak pernah putus asa. Kadang-kadang abang cemburu dengan dia. Bagaimana dia mampu hadapi semua itu."

"Alah, abang pun kuat juga. Kuat cemburu." Umairah menjelirkan lidahnya pada Mikael.

Mikael terus menarik pipi Umairah geram. Sejak akhir-akhir ini, makin kuat pula Umairah menyakatnya.

"Maira, abang nak tanya sikit."

Umairah mengangkat kening. Dah kenapa Mikael senyum penuh makna begitu.

"Apa beza Maira dengan penapis air?"

Umairah mencebik. Soalan budak darjah berapa pula yang Mikael merapu. Awalnya dia malas layan. Tapi Mikael memaksanya untuk menjawab juga. Akhirnya dia katakan tidak tahu saja.

"Penapis air menapis bendasing dalam air tapi Maira tak tapis apa-apapun dan terus masuk dalam hati abang."

"Macam tak logik saja pickup line abang ni." Umairah menggeleng kepalanya.

"Yelah tak tapis apa-apa sebab filter hati abang rosak." Mikael memuncungkan bibirnya. Percubaan pertama pickup line GAGAL!

Umairah tersenyum sebelum menarik telinga Mikael dekat dengan bibirnya.

"Chia chia chia. Nanti belajar dan cuba lagi ya sayang."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience