×dua puluh enam×

Romance Series 18456

LIMA Bulan Kemudian...

"Dalam kiraan tiga, Encik Fawwaz pejam mata perlahan-lahan. Ikut semua arahan saya dan jangan melawan okay," ujar seorang doktor perempuan.

Fawwaz menutup matanya perlahan-lahan dan setelah itu dunianya terus gelap. Telinganya masih mendengar suara doktor itu dengan jelas. Kini dia berada di suatu tempat yang sangat asing.

Tempat yang dipenuhi masa silamnya di mana pertama kali Khalish muncul dalam dirinya. Kepalanya terasa sangat sakit apabila semua kenangan itu menjelma kembali sekali gus. Fawwaz mengawal pernafasannya dengan mengikut arahan doktor tersebut.

"Encik Fawwaz, cuba cari di mana Khalish berada. Tenangkan diri okay.," ujar doktor itu lagi.

Fawwaz memejam matanya erat kemudian membuka semula. Kini seseorang yang sangat dia kenali sedang berdiri di hadapannya. Seseorang yang sudah lama tidak muncul sehingga dia mampu mengawal dirinya.

"Khalish, aku nak buang semua dendam yang ada. Aku tak nak kau ada dalam diri aku lagi. Aku nak jadi Fawwaz dan bukannya Khalish yang negatif," ujar Fawwaz perlahan-lahan.

Khalish memegang bahu Fawwaz lalu menepuk-nepuk perlahan.

"Terima kasih kerana izinkan aku tumpang dalam diri kau. Maafkan aku atas semua kesalahan yang aku lakukan. Aku dah rosakkan hidup kau," ujar Khalish.

Khalish memandang Fawwaz lama sebelum terus menghilang. Senyuman manis terukir di bibirnya. Kepalanya diangguk perlahan sebelum terus menghilang. Air mata Fawwaz mula mengalir.

"Encik Fawwaz... Encik Fawwaz..." bahu Fawwaz ditepuk perlahan-lahan.

Fawwaz segera membuka matanya. Air matanya yang mengalir terus dikesat kasar. Dia memerhati sekeliling, entah kenapa dia merasakan dia telah kehilangan sesuatu yang selama ini berada dalam dirinya.

"Encik Fawwaz pandai melukis?" soal doktor itu.

Fawwaz menggeleng kepalanya. Memang sejak kecil dia tidak pernah pandai melukis. Hanya Khalish sahaja yang pandai melukis kerana dia selalu jumpa lukisan di dalam bilik tidurnya apabila dia tidak sedarkan diri. Di bawah lukisan itu pula terdapat tandatangan Khalish.

"Sekarang saya nak Encik Fawwaz cuba lukis buah epal di hadapan itu. Ini kertas lukisan dan pensel." Perlahan-lahan Fawwaz menyambut kertas lukisan itu.

Tangannya pantas sahaja melukis buah epal itu tanpa sebarang ragu-ragu. Dia juga pelik bagaimana dia boleh melukis dengan baik. Lukisannya juga sangat halus dan cantik. Fawwaz menghulurkan semula lukisan itu kepada doktor kemudian dia membelek-belek tangannya. Apa dah jadi pada dirinya?

"Cantik sangat. Sekarang ini, semua kebolehan Khalish sudah menjadi kebolehan Encik Fawwaz. Dia tidak pergi tinggalkan diri Encik Khalish terus, dia tinggalkan kebolehan yang ada dalam identitinya pada Encik Fawwaz. Khalish sudah tiada," terang doktor itu.

Sekarang Fawwaz akan mulakan hidupnya yang baru. Hidup yang sangat dia inginkan dari dahulu. Semua dendam di dalam hatinya telah pergi bersama dengan Khalish. Apa yang perlu dia lakukan sekarang hanyalah memohon kemaafan daripada orang-orang yang dia pernah sakiti dahulu.

"Hi Uncle Fawwaz," ujar Mikael sambil mendukung anaknya ke dalam bilik Fawwaz.

Fawwaz tersenyum melihat sepupunya itu. Mikael yang banyak membantunya sepanjang tempoh rawatannya. Siapa sangka Mikael dan Fawwaz boleh berbaik semula seperti dahulu. Fawwaz mengambil Azrael lalu mencium pipi si kecil. Azrael ketawa mengekek apabila diagah oleh Fawwaz. Azrael sangat sihat dan wajahnya sangat comel seperti ibu bapanya.

"Azrael dah lapar susu ya." Umairah melangkah masuk ke dalam bilik sambil membawa sebotol susu. Wanita itu juga sudah semakin sihat. Wajahnya juga sudah kembali berseri-seri.

"Maira, saya minta maaf ya. Saya tak patut lakukan semua itu pada awak dahulu," ujar Fawwaz perlahan. Wajahnya jelas mengambarkan sesalan yang amat.

"Sudahlah, perkara dah lepas kan. Takpa, saya tak ambil hati pun. Kita kan satu family." Umairah tersenyum manis. Mikael berdehem apabila melihat keadaan agak tegang.

"Apa plan kau selepas ini bro?" soal Mikael.

Fawwaz menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia masih belum merancang apa-apa rancangan lagi. Mungkin dia akan kembali menghidupkan studionya yang sudah lama terbengkalai itu. Lagipun banyak tempahan customer yang dia tidak siapkan sejak beberapa bulan lepas.

"Kahwin kot." Fawwaz terus ketawa. Mikael pula mencebik. Baru sahaja sembuh ada hati nak kahwin. Ingat diri dia tu laku sangat.

"Pahal kau. Aku pun laku lah. Come on bro. Ini Fawwaz lah,' tambah Fawwaz lagi.

"Jom Azrael. Kita tak boleh dengar sembang pelik kaum Adam ni. Azrael kecil lagi. Jangan ikut perangai daddy dan Uncle Fawwaz okay." Umairah terus mendukung anaknya keluar dari bilik itu.

Mikael dan Fawwaz pula hanya mampu ketawa mendengar kata-kata Umairah itu.

"Aku rasa nak serah diri pada pihak polis. Aku harus bertanggungjawab atas semua hal yang berlaku," ujar Fawwaz secara tiba-tiba.

"Tak boleh ke kita selesaikan semua ini tanpa libatkan pihak berkuasa?" tanya Mikael.

Fawwaz tersenyum lalu menggeleng perlahan.

"Aku tak nak jadi pengecut."

*****

WAJAHNYA yang cantik dahulu telah ditumbuhi biji-biji berwarna merah. Ada juga yang telah pecah hingga mengeluarkan cecair yang busuk. Sungguh dia kesal atas semua perbuaatannya dahulu. Kalaulah dia jaga batas pergaulannya dahulu, semua ini tidak akan jadi. Air matanya setiap hari pasti akan mengalir mengenang nasib diri.

Dia ternampak kelibat Mikael dan Umairah sedang menemani anak mereka bermain-main di taman permainan. Mikael kelihatan sangat bahagia di samping keluarganya. Langkahnya dibawa ke arah keluarga kecil itu. Dia menarik selendang menutup wajahnya.

"Assalamualaikum." Salam diberi kepada Umairah.

"Waalaikummussalam." Umairah segera menyambut salam itu. Dahinya dikerut melihat wanita di hadapannya.

Mikael segera mendukung Azrael lalu mendekati Umairah. Siapa pula yang bercakap dengan isterinya itu? Siap pakai hitam semua pula.

"Siapa ni sayang?" soal Mikael sambil memeluk bahu isterinya itu. Umairah hanya mengangkat bahu. Dia tidak tahu gerangan siapakah yang menegurnya sebentar tadi.

"Ini aku Erin. Aku datang sebab nak minta maaf daripada Maira dan kau Mikael. Aku menyesal dengan apa yang aku buat selama ini." Erin menanggalkan selendang yang menutupi wajahnya.

Umairah menekup mulutnya setelah melihat keadaan wanita itu. Erin yang sangat cantik dahulu kini semakin hodoh. Wajahnya ditumbuhi banyak biji berwarna merah malah mengeluarkan bau yang sangat meloyakan tekak. Bawah mata wanita itu juga kelihatan sembab mungkin kerana terlalu banyak menangis. Pipinya juga kelihatan cengkung sehingga menampakkan bentuk rahang.

"Aku menghidap AIDS. Semenjak Mikael tinggalkan aku, aku tak boleh kawal nafsu aku. Aku langgan merata lelaki dan akhirnya nasib aku begini. Aku minta maaf Maira kerana cuba bunuh kau sebelum ini. Mungkin Tuhan nak balas semua kejahatan aku selama ini. Aku redha sangat jika cara ini saja taubat aku diterima,"ujar Erin lagi.

"Kami dah lama maafkan awak Erin. Awak tak ada salah dengan kami. Saya harap awak sabar tempuhi ujian ini. Jangan risau, kami sentiasa memaafkan kau," ujar Umairah.

Erin juga mangsa keadaan sebenarnya. Demi sayang pada Mikael, dia sanggup lakukan apa sahaja untuk mendapat lelaki itu semula. Malangnya, dia gunakan cara yang salah untuk dapatkan Mikael. Erin menarik semula selendang itu menutup wajahnya. Sungguh dia cemburu dengan kebahagiaan yang Umairah dapat.

"Aku pun nak minta maaf dengan kau. Aku yang buat kau jadi macam ini," ujar Mikael yang telah lama berdiam diri.

Erin mengangguk kepalanya. Air matanya yang mengalir itu terus diseka. Erin terus menapak ke belakang perlahan-lahan lalu memusingkan tubuhnya. Langkahnya terus dibawa pergi tanpa melihat keluarga itu lagi. Dia bersyukur kerana Umairah mahu memaafkan dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience